Tuesday, February 06, 2018

JIBAM ::: Filem Yang Baik

assalamualaikum 😊
good morning.
morning la sgt ha ha ha da kul 11.11 dah jam desktop ni.

sape yg dah tgk Jibam?
best kan? baru teringat nak share pendapat saya tentang filem ni.
filem ni di panggung tak brape dpt sambutan. kutipan dikatakan hanya RM241,000.
ada saya baca komen-komen pengkritik filem yg negatif. tapi tu la, saya suka filem ni 😍.
utk tahu best ke tak, sape yg lom tonton, boleh la langgan di AstroFirst. dah kuar dah...

JIBAM ::: Naskhah Klasik Yang Indah
lakonan oleh Buntat plak, i like 👍.

dah diketahui umum, filem ni dihasilkan daripada novel Jibam oleh Ujang.
novel tu adalah di era 90-an. frankly speaking, saya tidak membaca novel Jibam. 
tapi saya tahu, daripada kawan-kawan, kisah Jibam ni 😉.
meskipun pengkritik filem mempunyai pandangan bahawa filem ni mcm kucar-kacir, but still enjoy menonton.
saya gelak. ada unsur-unsur kelakar kat byk babak. menyentuh hati 😄.
air mata saya bergenang juga di babak-babak tertentu.
barisan pelakon pun semua berjaya membawa watak dgn berkesan. kecuali Mia Ahmad, watak dia mcm tempelan saje. takde impak.
paling saya suka, watak Kazar. as always, saya memang suka kalau Kazar berlakon 👍.

Suman, ayah Jibam ada kelebihan mengubatkan org. tapi, difitnah org kononnya Suman ni ubat org guna jembalang. Suman merajuk hati, berpindah keluar dari kampung masuk ke hutan. tinggal dan teroka hutan tersebut hingga jadi sebuah kampung.
Suman dibunuh oleh Ngah Sudin, time sama-sama cari buluh ke hape ke dlm hutan. kenapa Ngah Sudin bunuh Suman, ia tak diterangkan dgn jelas dlm filem. sampai akhir filem pun, takde sape tahu siapa yg bunuh Suman. ada la skit babak tu, org kampung tuduh Usin Singai. sebab Usin Singai lari keluar dari kampung.
nak dijadikan cerita, dari awal filem, Ngah Sudin ni sgt tak suka dengan Jibam. dipukul nya... diterajang nya... ditumbuk nya Jibam tanpa belas kasihan. tapi tu la, Jibam masih lagi pergi ke Ngah Sudin. dia kan lembam, hati bersih, mana la ada perasaan dendam.
babak Jibam cuba nak ubatkan Tipah tu kelakar 😆😆😆.
kisah pisau lipat warna merah Suman, yg ada di tgn Jibam... bab ni pun tak brape jelas dilakonkan.
tiba-tiba hilang, dijumpai bersama rangka mayat Suman.
tapi yg dikatakan oleh Jibam, "pisau tu ayah yg bagi aku...". so kat sini kita kena faham-faham sendiri la ye. Jibam kan anak istimewa...

memang agak bercelaru plot filem ni, namun, kena la kita tgk elemen-elemen yg nak diketengahkan. lain pengarah filem, lain cara arahannya. adaptasi novel plak tu, maka, keaslian nak kena jaga.
overall, a nice story. saya tonton dgn kak Nurin dan Syuhada. diorang pun suka.
letih la saya lepas tu jadi tukang cerita balik babak-babak yg tak jelas pada diorang. tak kisah ler tu 😅.

saya suka filem ni. indah. latar belakang filem ni memang suasana kampung yg pendalaman.
serasa saya, pengarah memang nak pamerkan suasana tahun sekitar 90-an kot. menepati novel.
moga pasni, pengarah Che Mie dpt la amik pengajaran di atas kritikan negatif.
sesungguhnya kritikan itu membina sesuatu  / seseorang menjadi lebih baik...

sekian la review simple dari saya yg bukan pengkritik filem 😄😄.

46 comments:

  1. Replies
    1. yes. sgt comel Buntat :)
      and, sgt pandai bwk watak tu.

      Delete
  2. maam best je cerita ni... nak tgk...ada kat tv ke? ke camna? serius taktau ape crita sbb xde tv kat umah...tau pon melalui internet jela..huuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah open kat AstroFirst, cikYan.
      boleh kot langgan.

      Delete
  3. sy xtgk movie ni tp sy bc novelnya ms sek men dulu... tu novel kedua sy menangis bersggh2... mmg terkesan smpi arini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. citer ni sgt sedih. ayah yg dibunuh. isteri yg menjaga 3 anak. salah seorang anak istimewa. didengki org. tanah dirampas :(
      cuma impak filem ni kalau tgk tak brape sedih.
      boleh diperbaiki jalan cerita. pada pndpt aida yg menonton la :)

      Delete
  4. Ada tengok filem ni kat Astro First. Tak tengok lagi. Kadang2 filem camni tak dapat sambutan walaupun jalan cerita ada makna sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida memang dari awal nak tgk filem ni.
      firstly, bcoz of Buntat kot :)
      and then, bcoz ia Novel hot dedolu.

      Delete
  5. Betul,..ada beberapa bahagian cerita yang tidak jelas. Tapi saya tetap suka cerita Jibam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita amik secara keseluruhan lah kan, farrah.
      baru ada nikmat nyer :)
      baru la kita bantu industri filem utk terus buat filem gini.
      instead of filem lawak aje, filem gini sepatutnya meletop di pawagam.

      Delete
  6. SA beli citer Jibam ni kat astro first..mula2 x faham citer ni...tp bila dah tgok ulang kali baru faham ...memang filem ni naskah terbaik la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.
      plot nyer sepah2 skit.
      byk maksud tersirat!
      kalau tak tgk bebetul, confirm keliru.

      Delete
  7. menarik kisah jibam ni sebenarnya bila baca novel, sedih pun ya jugalah tapi saya tak tonton pulak filemnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe one day kena spend masa tonton filem nyer.
      nice. especially Buntat. suka dia...

      Delete
  8. wah..kena tengok ni..tq for sharing!!

    ReplyDelete
  9. saya tengok dkt wayang
    sedih sebab filem nih bagus tapi yang datang menonton tak sampai 10 orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga aida baca review.
      hingga nak tamatkan tayangan nyer, kan.
      sedih plak... terbaik filem ni.
      mungkin promosi tak brape galak kot.
      tak mcm promosi filem abg long fadil kat tv.

      Delete
  10. Terasa macam nak tengok juga citer ni...

    ReplyDelete
  11. Dah terlalu lama akak tak ke panggung. Nampak sangat dah meningkat usia.

    ReplyDelete
  12. haha kenapa nama jibam tu, masa kecil dulu orang dekat n9 ada juga nama jibam, heheh, buntat jadi jibam pula ye, kenapa baru tahu pasal cerita ni iklan tak keluar tv ke camne ?

    ReplyDelete
  13. ooo cite ni lah hari tu anak2 ngan bapak kat umah ni tengok..kemain anak2 jenuh bersoal dengan bapaknya..kenapa gitu kenapa gini..El pun tengok sikit2 jer..tp kena tengok jugak..sbb cite ni mcm ada sesuatu jer

    ReplyDelete
  14. Filem yg ada kelainan camni yg i nak tengok. Rasa cam pernah baca novel ni.

    ReplyDelete
  15. Dah tengok! cuma tak sampai la bab sedih tu. sampai ke hati bab lawak je. huhu..

    ReplyDelete
  16. My bad sebab tak berkesempatan tengok cerita Jibam ni lagi. But, onie ada tengok trailer dia dan ramai kata filem ini slow dan mempunyai jalan cerita sendiri. Mungkin, setiap orang mempunyai pendapat yg berbeza kan.

    ReplyDelete
  17. baca jugak review hari tu. ada ckp best dan ada ckp tak best

    ReplyDelete
  18. Pernah dengar cerita pasal jibam. Tapi tak tengok dan tak baca lagi novelnya. Nak carilah nanti.

    ReplyDelete
  19. Macam sedih je ceritanya aduh kalau tengok mesti nangis.
    Lama tak tengok wayang. Kena tengok kalau ada kat AStro

    ReplyDelete
  20. Pernah baca nivel dia klu x silap. Cerita keleuargaan sarat dengan emosi. Tapi pemilihan watak mmg tepat

    ReplyDelete
  21. Tak pernah lagi tengok cerita ni tapi semalam ada nampak kat astro first dah masuk. Nak tengok lah cerita jilbam ni, mcm best kan.

    ladylisaa.com

    ReplyDelete
  22. Oh tak pernah tengok pulak cerita Jibam ni walaupun tau tentang filem ni. Pelakon adik ni pun memang pandai berlakon. Sayang kutipan kat wayang tak berapa memberansangkan.

    ReplyDelete
  23. Ada perasan iklan citer ni ada kat astro first tp xterfikir pun nak tengok. Nak jugak tgk buntat belakon filem. Hehe. Nnt bosan2 boleh la nengok nya

    ReplyDelete
  24. tak pernah tengok cerita ni tapi tau la sikit-sikit kisah jibam ni sebab dulu pernah dengar member cerita. Ni budak yang berlakon drama pukul 7 tu kan.. sape tu Buntat ekk

    ReplyDelete
  25. Ada juga baca revie Jibam ni.majoiti kata brst dan sedih.tapi sayanglah kuipan filem ni tidak memberangsangkan.selalunya filem mcm ni kan memang kurang dapat sambutan kalau nak dibandingkan dengan filem bergenre aksi.

    ReplyDelete
  26. Tak berkesempatan lagi nak tengok cerita Jibam ni. Tapi sayangnya takde sambutan daripada penonton. Cerita macam ni la yang sepatutnya gempak di pawagam. Kisah keluarda dan masyarakat. Ni tak asyik cerita cinta dan hantu yang ntah apa2.

    ReplyDelete
  27. Mungkinkah jalan cerita yang bercelaru tu sebagai satu seni? hehe.. adatlah bikin filem, ada yang suka, ada yang tak suka..eh, saya tak tengok lagi ni..tak sedar pun kewujudan filem ni hehe

    ReplyDelete
  28. Suka tengok cerita ni ada pengajarannya walaupun ending rasa kesudahan yang berapa jelas tertumpu pada 2 watak je ending yang lain tak tau ape jadi

    ReplyDelete
  29. Tak pernah tengok sebab tak langgan Astro. Tapi pernah tau la Jibam ni especially dari novel Jibam tu. Bila kurang promosi, orang ramai pun tak tahu filem ni keluar. Kadang2 filem yg best pun tak ramai orang tengok.

    ReplyDelete
  30. Kalau ada Kazar tu TB pun nak tengok gak.. sebab minat dengan lakonan kazar yang kelakar tu.. kelakar dan bersahaja.. hehehe.. hemm.. nanti boleh la luangkan masa nengok citer ni..

    ReplyDelete
  31. Sha baca novel dia je.. filem tak berpeluang lagi nak tengok..

    ReplyDelete
  32. yup Mia Ahmad hanya tempelan.. kalo stakat tempelan mummy pun boleh..keh keh keh.. :P

    ReplyDelete
  33. Woww, serious best ?? Ok, nak cari online nanti.........tQ info.
    Tak pernah baca jugak...huhu

    ReplyDelete
  34. alaa tak tgk lagi.. cmni kene tgk gak la ni

    ReplyDelete
  35. Saya tengok filem ni di kedai makan. Ceritanya nampak slow. Tapi saya rasa banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem ni. Buntat memang pandai berlakon!

    ReplyDelete
  36. Baca sinopsis dia mcm pening sikit hehe. Agaknya kena tgk dlu bru mcm dapat clear view hee

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)