Friday, March 09, 2018

Bertanggungjawablah... Meskipun Bukan Dengan Anak Sendiri!

assalamualaikum...

pagi ni nak share perkara sentap skit. kejadian kelmarin (Rabu)...
di hadapan sekolah Syuhada. lebih kurang jam 1:20 ptg.
saya di dalam kereta bersama Izzat. menunggu Syuhada tamat sekolah lebih kurang jam 1:30 ptg.

Bertanggungjawablah... Meskipun Bukan Dengan Anak Sendiri!

terkejut dgn kereta 👆👆👆.
seorang anak kecil (Tahap 1) buka kereta semata-mata utk lempar sampah ke luar kereta!!!
sampah tu adalah kertas ais krim.
anak-anak Tahap 1 tamat sekolah jam 1 ptg. saya percaya kereta 👆👆👆 sedang menunggu anak Tahap 2 la. 
tu yg masih di situ... agak nyer pemandu kereta 👆👆👆 belanja la anak tu ais krim sementara menunggu.

saya memanjangkan leher nak perhatikan ruang pemandu.
tingkap nyer terbuka. dari cermin sisi dan cermin belakang, nampak la susuk tubuh kecik aje kat ruang pemandu tu.
alamak! ada la plak pemandu. perempuan 😕.
saya tak pasti, pemandu tu ibu atau hanya tukang ambil anak-anak sekolah.
lebih dari 2 org lah anak-anak yg ada dlm kereta, and masih menunggu setelah kami bergerak balik rumah.

aduhai... nak kata perempuan tu tak perasan anak tu buang sampah, tak logik.
sgt tak logik!
kalau saya la, tahu anak-anak sedang makan dlm kereta, awal-awal da pesan, "sampah buang kat sini ye". mesti da prepare plastik or ruang di mana sampah boleh diletakkan.

depan sekolah tu. tempat mendidik anak-anak. betapa lah tak educated buang sampah begitu skali, kan!!!
sib baik lah Izzat ada dlm kereta. tak boleh saya nak keluar dari kereta, karang lain plak jadik nya. dah le byk kereta parking belakang. org ramai... serba-salah nak keluar dari kereta.
if not, nak aje saya berlakon amik sampah tu dan buang ke tong sampah berdekatan.
geram!

byk kejadian tgk manusia buang sampah merata-rata.
sakit hati! memanglah sampah tu takde kena-mengena dgn saya, tapi kelakuan tu menyakitkan hati lah...
marilah sama-sama kita sebagai org dewasa, ajar anak-anak kita dan anak-anak org lain buat perkara yang betul.
patuh peraturan dan undang-undang. jaga kebersihan.

ok. sekian sharing sentap di pagi jumaat.
moga di jumaat yg penuh barokah ni, kita semua menjadi org yg lebih baik dari sebelum ni. Aminnn...
bye 💙💙💙

32 comments:

  1. mmg ada org segilintir xe perasaan mcm tu..xrasa nak jaga kebersihan..kita tgk mmg rasa geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih, kan? nak salahkan anak, tak patut la. sebab ada org dewasa bersamanya...

      Delete
  2. Sebab tu ibu bapa perlu mendidik dan menerapkan ajaran untuk anak sendiri kan..kalau tak dididik memang akan jadi macam tu..SA kalau nampak memang tegur sebab anak kita pun tengok kan..secara tak langsung jadi pengajaran pada anak kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la SA. rasa geram sebab sian dekat anak tu. tak dpt ajaran yg betul. tak boleh la kita as org dewasa nak beri alasan "tak perasan". kita sama-sama la jaga kebersihan alam sekitar.

      Delete
  3. Eshh.. Grm je rasa... Takkan tak perasan ada ank buang sampah... Kalau kita pon dah pesan awl2 kat ank buah jangan buang luar.. Buang dlm kete kt beg plastik yg dh sediakan.. Siapa buang luar, moksu bentikan kete, korang tinggal balik sendiri.. Hahaha.. Terus dgr kata... Harap2 kita smua ajar anak2 mahupun diri supaya bersifat bertanggungjawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. kebertanggungjawaban tu perlu kita terapkan dlm diri anak-anak.

      Delete
  4. Pelik bila orang suka buang sampah merata. Longkang depan rumah pon banyak sampah, ntah siapa yang buang. Bila hujan lagi lah sampah tu jadi lagi banyak...hurmm macam mana lah nyamuk tak membiak... Kat sekolah cikgu ajar jangan buang sampah merata, tapi parent pula buat tak endah..tu yang jadi masalah.. anak-anak irra kalau sampah plastik makanan ni semua dia passing kat mommy..

    ReplyDelete
  5. Mom should train their children not to throw rubbish out from car. I hate it when I see this coz' cleanliness is our responsiblity.

    ReplyDelete
  6. itulah, buang sampah di luar kereta. Itu belum lagi di jalan raya, selamba je buka tingkat baling tisu. Aduhai... moga kita semua sama-samalah menjaga kebersihan, janganlah di buang sampah merata-rata tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni byk kali aida nampak, cikrose. nak snap gambo memang tak dpt la kan.
      aduhai. yg membuang tu, org dewasa plak tu, bukan kanak-kanak.

      Delete
  7. Sebenarnya mak ayah kena main peranan dan didik anak-anak elok-elok. Kalau dah tak ditegah daripada mula memang lah anak akan amalkan perangai tu sampai ke tua dan berterusan. Tak best lah macam tu kan. kebersihan perlu di jaga sepanjang masa!

    ReplyDelete
  8. wahh buang sampah dari kereta nampaknya kanak-kanak kena diexpose kan lagi mengenai recycle items... tapi kalau boleh cuba try tegur wanita cakap kat anak anak atau mungkin dia jemput budak supaya angkat balik sampah tu masukkan dalam tong sampah at least dia sedar tentang pentingnya menjaga kebersihan... sbeab ianya tanggungjawab bersama

    ReplyDelete
  9. Kalau anak anak makan apa apa dalam kereta memang dah pesan awal awal buang sampah dalam plastik yg ada dalam keeta jgn buang merata rata sebab iu perangai orang yang tak ada kesedadan sivik!

    ReplyDelete
  10. Kita pun rasa geram. Kat depan kawasan sekolah pulak tu kan. Semalam pun baru je ada insiden penyewa orang Indonesia mel;udah depan rumah i depan mata i. Teruslah kena maki. Pelikla manusia perangai macam ni. Kita rela simpan bawak balik rumah sampah. Harap ada kesedaranlah lepas ni memasing kan.

    ReplyDelete
  11. Takpe lah .. Kita tak tau hal sebenar . Mungkin ada cerita yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la cerita nyer Uzu. buang sampah.
      sampai ke sudah tak dipungutnya, tutup aje pintu.
      aida tunggu jugak la anak tu dimarahi org dewasa dlm kereta tu sebab memang nampak jelas ada komunikasi dlm kereta kecik tu. dan sampah dikutip.
      tidak pun... hmmmm kalau 10 kereta camtu, penuh la sampah tepi jalan tu.

      Delete
  12. Dari kecillah kena didik anak-anak untuk menjadi orang yang mementingkan kebersihan dan juga menjaga alam ni kalau dah mula-mula buang yang kecil-kecil dan besar buang yang lagi besar betul tak...

    ReplyDelete
  13. Oh myyyy hmmm kena tegur juga mak ayah kanak2 ni. Klu anak berkelakuan seperti ini berkemungkinan besar dipengaruhi cara hidup ibu bapa mek...

    ReplyDelete
  14. Ish ish... Kita walaupun dah beranak pinak... tetap buang sampah dalam kereta.. Siap ada plastik khas untuk sampah... Bila jumpa tong sampah baru bawa semua sampah keluar dari kereta...

    Ish ish ish.... no komen... tak reti nak membawang

    ReplyDelete
  15. Rawlins miming sediakan plastik kecil dalam kerata untuk membuang sampah. Kalau tak didindik dari kecil, mamangava sampai ke tua perangai anak-anak takkan berubah. Itu juga menggambarkan parents dia macam mana kan.

    ReplyDelete
  16. Selagi kita hidup. Perkara mcm ni kena hadapi dan mampu tengok je kan? Nak tegur nanti bergaduh. Tapi orang macam tu la yang melahirkan generasi tidak menjaga harta benda awam,buang sampah merata-rata dan vandalism. Walaupun dalam genetik dan kehidupan seharian nampak. Harap anak-anak ni boleh fikir mana baik dan buruk secepat mungkin. Supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik. Manusia boleh berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. agreed. mampu tgk. pendam geram.
      sian lah anak-anak tu. dpt exposure yg tak elok.
      membesar dgn cara gitu bakal menyusahkan org lain secara jangka masa panjang...
      da besar, nak nasihat? hmmmmmm...
      melentur buluh, biar dari rebung nyer, kan?

      Delete
  17. hence why we have a rotten society now. this is just throwing rubbish out of the car, would you believe me if I said a school kid probably at the age of 8-10, showed me the middle finger randomly from a mini-van as I was waiting for the traffic light to turn green...it's scary and crazy.

    ReplyDelete
  18. These days lots of kids are very naughty. They know it is wrong but still throw rubbish even when adults tell them not too.

    ReplyDelete
  19. Omg!!! mak bapak tak ajar ke? How come the kid buat macam itu, tak boleh ke buang sampah dalam tong sampah. I hope that something can be done.

    ReplyDelete
  20. that's why people say,family education is the most important. i have seen some girl high educated tapi mulut sgt bisa and even to family pun tak ada manners and menyampuk time orang tengah meeting meeting ni... - Rach

    ReplyDelete
  21. Kak, serious nak cakap ni.Benda buang sampah merata ni normal sgt. Lagi lagi bila kita nampak ada je org dewasa dlm kereta tu tapi org tu buat dek je. Padahal dia tahu kot. Dia boleh pesan yg mcm akak kata tu. Inilah contoh selfish yang senang sgt nak nampak kak.

    ReplyDelete
  22. Bukan kata kanak-kanak je Aida.. Ada tu orang tua, selamba je lempar sampah di tengah jalan.. Kadang tu memang geram tahap petala, sebab tu Sha pastikan ada spare bag plastik dalm kereta.. Kalau anak-anak makan ke apa, senang nak kumpul sampah..

    ReplyDelete
  23. Dulu pernah bawa kawan dalam kereta dia kumpul semua sampah2 makanan kami pastu dia lempar keluar, tergamam zumal sambil drive...

    ReplyDelete
  24. Adehlaa..kalau x di ajaf anak2 keci mcm tu mmg dorang akan buag sesuka hati la kan..parutnya ibu bapa dah pesan kaalu sampah jgn buang merata kaalu x de tong simpan dulu dlm plastik ke pastu dh jumpa tong sampah baru buang..sedihkan kalau ada org mcm ni

    ReplyDelete
  25. Memang ada segelintir dari kita camni tapi nak buat camne kan

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)