Saturday, March 10, 2018

Resepi : Asam Pedas Ayam

assalamualaikum...

salam pagi sabtu 😊...
pe program korang ari ni? balik kampung? bwk anak-anak tido hotel?
jalan-jalan bandar cuci mata? atau ada plan nak gi shopping baju / kain utk aidilfitri nanti?

Syuhada ada program UPKK. program motivasi. separuh hari ni hingga tengahari. mr.asben follow Syuhada kerana ibu bapa dijemput hadir bersama.
Nurin pula, tak balik semlm. ada program sekolah, Cintai Rasul, dari ptg semlm hingga mlm ni.
lewat ptg nanti, tunggu la dia call. samada dia nak balik rumah atau tak weekend ni.
hu hu hu rinduuuuuu kak Nurin.

so pagi ni, ibu & Izzat aje di rumah. pagi tadi hujan. tak dpt nak kemas-kemas pasu bunga kat luar tu spt yg dirancang. so, lepak aje dgn Izzat tgk kartun.
ada la time skit update blog kecil ni.
baca balik komen di entry asam pedas ni, teringat la plak yg last Rabu masak asam pedas ayam.
sib baik ada snap gambo 😍.



as always, kalau saya share resepi, takde la sukatan yg spesifik. asalkan boleh aje cekut-cekut :
  • bawang kecik, bawang putih, kunyit... blend halus.
  • tumis semua tu sekali dgn secubit dua halba. meresik nanti baunya πŸ˜‹. kalau mak saya, akan masukkan belacan tau. saya tak guna belacan.
  • then masukkan ciliboh. saya guna 3 senduk ciliboh. mr.asben suka kuah pepekat skit. gorenglah hingga terbit minyak.
  • masukkan semangkuk air asam jawa dan ayam. biar la ayam tu empuk sempurna.
  • then, saya memang wajib masukkan bendi dan daun kesum. best!!! boleh la jugak masukkan terung. tapi saya kurang gemar. prefer bendi.
  • lastly, perisa la dgn garam secukup rasa.
Resepi : Asam Pedas Ayam
tu dia daun kesum... biasanya saya aje yg makan daun kesum ni.
tapi kali ni, syuhada pun dah berkenan nak makan.

Resepi : Asam Pedas Ayam
daun kesum yg harum semerbak... wajib letak!

perihal asam pedas ayam ni... saya nak citer satu kisah lama πŸ˜….
ada satu kali tu, saya ke satu kedai makan agak terkenal la kat taman kota laksamana.
memang dikatakan asam pedas situ sedap. kedai kecik aje di perkarangan rumah.
tgh pilih-pilih lauk, saya pun tgk tgk lah lauk satu persatu.
then, saya buka periuk, isinya tenggelam dek kuah asam pedas yg merah menyala. terkeluar la satu soalan dari mulut saya, "kak, ni asam pedas apa ni, asam pedas ayam ekk?".
akak tu pun terus la jwb dgn suara yg kuat, "eh, bukan lah dik. tenggiri. mana ada asam pedas ayam". siap gelak lagi kat saya πŸ˜€. saya tak reply pe pun. senyum simpul aje.

yes. jarang kot ada jual asam pedas ayam kat melaka ni.
tenggiri. kembung. pari. tetel. jenahak. ikan duri. tu la yg biasa-biasa kita jumpa.
asam pedas ayam ni memang mak biasa masak. makanan saya dari kecik. tak brape pelik la kot.
nanti nak tanya mak, asal mana ekk asam pedas ayam mak ni? hi hi hi...

asam pedas ayam ni pun masak ari tu atas permintaan Syuhada.
saya kalau blank nak masak pe next day, akan tanya la Syuhada and Nurin. saya ikutkan je cadangan diorang biasanya...

ok ler. sampai sini je coretan saya pagi ni.
harap korang happy ari ni ye... weekend adalah hari bersama famili kan.
till then, bye.

26 comments:

  1. terus teringin nak masak asam pedas balik rumah nanti.selalu pening nak pilih menu apa. ni ada resepi senang boleh la cuba hehe.thankyou share resepi sis

    ReplyDelete
  2. Feberet anak suka makan asam pedas ikan pari. Tulah kalau nak share resepi, tak berapa reti kira pakai sukat sudu. Selalu main campak2 jer

    ReplyDelete
  3. Pernah masak ayam asam oedas nih p tak dapat sambutan suami dan anak anak diorang tak suka...Mimi je habiskan seorang

    ReplyDelete
  4. Dulu jarang makan asam pedas. Tapi sejak ros duduk Batu Pahat, selalu makan. Sedap... asam pedas Melaka pun Ros suka. Kalau jalan Melaka, mesti makan jugak asam pedas walau dah selalu makan. Rasa dia tak sama kan.

    ReplyDelete
  5. Favorite adik ana ni aida. Dia sorang je yg suka. Ana dan suami lagi suka asam pedas ikan je. Nak lain sikit asam pedas tetel. Melazat di buatnya. Resipi arwah nenek. Sedap sgt.

    ReplyDelete
  6. this is my first time hearing asam pedas chicken...usually it's fish right? omg i want to cook this up n taste like a.s.a.p

    ReplyDelete
  7. wow! biasanya kalau kuah pekat macam tu mesti sedap!

    ReplyDelete
  8. Merah asam pedas akak nampak sangat menyelerakan, dah lah asam pedas ni fav meal saya. Nak mintak mak masakkan lah esok! Hehe

    ReplyDelete
  9. Dulu liez tahu asam pedas msk dgn ikan je. Ada member buat asam pedas ayam mmg best. Tp first time tahu letak halba tu

    ReplyDelete
  10. sedapnyaa asam pedasss hehe tp kalau pedas sgt menangis jugak qeela makan haha! betul, kat sini pon jarang dgr / jumpa asam pedas ayam, tp tau jugaklah now heheh since pernah jumpa before ni. and samaaa, qeela pon prefer bendi for asam pedas hehe πŸ‘πŸΏπŸ˜

    ReplyDelete
  11. plan hari ini? Kena bawa anak ke sekolah.. ada sesi bertemu keluarga...

    tak pernah try asam pedas ayam... tapi my wife pernah juga nak masak, cuma kita kurang sikit.. kalau ikan... kita laju je

    ReplyDelete
  12. Sedap tu nmpk tu.. Sy ni xbpe pndai sgt buat asam pedas. Biasa2 je kalo buat pon. Sbb suka yg sedap pekat tuh. Yummeh lapaq pulak tgk. Hahahah

    ReplyDelete
  13. Sama lah ngan akak, lebih suka tanya kat anak2 dorang nak makan apa, yang itulah akak masak so konfem laku, kan hihi

    Akak dulu pun tak pernah dengar asam pedas ayam, duk kat Kota Tinggi, 25 tahun yang lalu baru dengar menu tu dari jiran, dia masak.. sedap

    Tak pernah lagi akak masak, nak try lah resepi ni, oohh nak kene boh halba ya, tu rahsia mercik bau, ok2 lah

    Time kasih sudi berkongsi resepi

    Cara Nak Buat Duit Dengan Blog Walaupun Orang Tak Membeli Apa2 Dari Kita

    ReplyDelete
  14. Adam pedas ayam. Favourite ni. Tapi x tu masak. Lepas ni boleh l cuba resepi ni

    ReplyDelete
  15. Yummm yummmm sedap pulak tengok asam pedas ni. Sis kalau buat asam pedas ayam akan letak kerisik..umm lama dah tak masak asam pedas..besok nak masak lah

    ReplyDelete
  16. Alahaiii dan-dan teringin pula. Rindu nak makan ayam pedas orang Melaka-Johor

    ReplyDelete
  17. Yup, Malacca you only can find Asam Pedas ikan. So spicy but nice. At kl you able find Asam Pedas Ayam but like your recipes.

    ReplyDelete
  18. I biasa masak ikan asam pedas je, wow ayam asam pedas pun nampak sedap juga kan. Kadang lebih senang nak beli ayam dapipada ikan kat kedia or supermarket. Ok la kalau ada masa i cuba recipe ini.

    ReplyDelete
  19. Terliur tengok kuah asam,..geram tengok daun kesum segar tuh

    ReplyDelete
  20. Hmmm..sedapnya kak mmg suka dan selalu msk asam pedas

    ReplyDelete
  21. Asam pedam ayam, mak ika pernah masak. Hee. so takda la yang cm pelik disitu. Dekat rumah jarang masak asam pedas sebab tak ramai yang makan huu. Thanks kak share resepi. Simple :)

    ReplyDelete
  22. Lama tak masak asam pedas ini.. Sha kalau buat asam pedas ayam, suka letak daun limau purut..

    ReplyDelete
  23. Hmmm selalu Zumal kalau masak setakat asam pedas ikan je pari atau kembong, ayam belum pernah buat...

    ReplyDelete
  24. Betul la..biasa asam pedas sinonim dgn ikan..tp pernah mkn asam pedas daging lagi sedap asam pesas ikan..asam pedas ayam x penah mkn

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)