assalamualaikum & salam sejahtera 💛

salam pagi sabtu 😊. pe program korang ari ni? balik kampung? bwk anak-anak tido hotel?
jalan-jalan bandar cuci mata? atau ada plan nak gi shopping baju / kain utk aidilfitri nanti?

Syuhada ada program UPKK. program motivasi. separuh hari ni hingga tengahari. mr.asben follow Syuhada kerana ibu bapa dijemput hadir bersama. Nurin pula, tak balik semlm. ada program sekolah, Cintai Rasul, dari ptg semlm hingga mlm ni. lewat ptg nanti, tunggu la dia call. samada dia nak balik rumah atau tak weekend ni. hu hu hu rinduuuuuu kak Nurin.

so pagi ni, ibu & Izzat aje di rumah. pagi tadi hujan. tak dpt nak kemas-kemas pasu bunga kat luar tu spt yg dirancang. so, lepak aje dgn Izzat tgk kartun. ada la time skit update blog kecil ni. baca-baca balik komen di entry asam pedas ni, teringat la plak yg last Rabu masak asam pedas ayam. sib baik ada snap gambo 😍. boleh la dijadikan bahan update blog ni.

as always, kalau saya share resepi, takde la sukatan yg spesifik. asalkan boleh aje cekut-cekut. tgk kuah, cair sgt ke. rasa kuahnya, masam ke, masin ke. gitu la.

bahan-bahannya : 
  • ayam (kebiasaannya saya hanya akan beli bahagian kepak, thigh dan peha) 
  • daun kesum 
  • bendi 
  • secubit halba
  • bawang merah - ditumbuk halus 
  • 2 inci kunyit hidup - ditumbuk halus 
  • 2 btg serai - diketuk 
  • 4 senduk ciliboh 
  • air asam jawa 
  • secubit garam 

cara-cara mudah nak masak asam pedas ayam :
  1. tumiskan halba, bawang merah, kunyit hidup dan serai sehingga naik bau.
  2. masukkan ciliboh. masakkan sehingga terbit minyak dan ciliboh tu garing cantik. 
  3. masukkan ayam dan air asam jawa. air asam jawa ni agak-agak ye. jgn nanti kuah terlalu cair! tak sedap plak. masak hingga daging tetel tu empuk. 
  4. lastly, masukkan daun kesum, bendi dan perisakan dgn garam sesedap rasa

Asam Pedas Ayam | Resepi asam pedas yang mudah dan sedap!
tu dia daun kesum. biasanya saya aje yg makan daun kesum ni.
tapi kali ni, syuhada pun dah berkenan nak makan.

Asam Pedas Ayam | Resepi asam pedas yang mudah dan sedap!
daun kesum yg harum semerbak. wajib letak!

saya nak kongsi satu kisah lama 😅. ada sekali tu, saya ke satu kedai makan agak terkenal la kat taman kota laksamana, banda hilir, Melaka. memang dikatakan asam pedas situ sedap. kedai kecik aje -di perkarangan rumah. tgh memilih lauk, saya buka periuk satu-persatu. dalam satu periuk, isinya tenggelam dek kuah asam pedas yg merah menyala. terkeluar la satu soalan dari mulut saya, "kak, ni asam pedas apa ni, asam pedas ayam ke?".

akak tu pun terus la jwb dgn suara yg kuat, "eh, bukan lah dik. ikan tenggiri. mana ada asam pedas ayam. takde orang yang buat la ayam asam pedas.". siap gelak lagi kat saya 😀. saya hanya tersenyum simpul aje, tiada respons perkataan.

yes. jarang kot ada jual asam pedas ayam kat melaka ni. tenggiri. kembung. pari. tetel. jenahak. ikan duri. tu la yg biasa-biasa kita jumpa. asam pedas ayam ni memang mak biasa masak. makanan saya dari kecik. tak pelik kot. asam pedas ni olahan banyak negeri seperti Johor, berbeza cara, berbeza rasa, kan.

p/s : korang biasa masak asam pedas ayam? 

ok la. tu aje perkongsian hari ni 😉.