Wednesday, March 21, 2018

Resepi : Masak Lemak Telur Itik & Belimbing Buluh

assalamualaikum...

kat melaka ni tak brape susah nak dpt kan telur itik. 
di pasar malam...di pasar besar apatah lagi. byk jual. kat kedai runcit pun ada selalunya.
belimbing buluh pun mudah dapat...
antara nak masak dgn tak aje hi hi hi πŸ˜ƒ.

masak lemak ni antara masakan yg paling mudah. lebur aje semuanya.
tapi... saya masih kurang mahir dgn masak lemak ni.
jadik tu jadik la... tapi kurang la. tak sama mcm mak saya masak hu hu hu πŸ˜“.

Resepi : Masak Lemak Telur Itik & Belimbing Buluh


  • tumbuk halus --> kunyit.
  • serai --> ketuk.
  • bwg putih & bwg merah --> hiris.
  • semua 3 bahan tu masukkan dalam periuk sekali dgn air. kuantiti air, ikut la brape byk korang nak. kemudian nanti nak masuk santan, kan.
  • air da mendidih skit, terus saya pecahkan telur itik 5 biji. 
  • serasa telur tu da mengeras cantik, barulah saya masukkan santan sekotak. perisa dgn garam dan letakkan belimbing buluh yg saya potong dua.
  • kacau skit lebih kurang... dah.


Resepi : Masak Lemak Telur Itik & Belimbing Buluh
makan begitu saje pun sedap.
kemudian, saya nak try buat sambal itam belimbing buluh. in shaa Allah...

style masak ikot org, berbeza, kan?
dan style masak kekadang ikot bahan.
and saya tak masuk cili padi dlm masak lemak. nanti Izzat tak boleh plak makan, kan?
kalau ada cili padi, masak lemak lebih ummph πŸ‘!

terkenang pokok belimbing buluh kat ofis. time berbuah, Allahu Akbar, lebat.
skang ni pun member kata byk buahnya. lom ada time nak gi amik.
nak try buat sambal itam dgn pressure cooker πŸ˜…. kalau sukses, best nyer... 
Ramadhan dah dekat ni. bersahur tu penting ada sambal itam, sambal goreng, apa-apa jenis sambal yg simple.
nak dpt kan semangat bersahur utk anak-anak... dan ayah diorang 😜.

ok. tu aje mau borak.
korang kalau ada tips / resepi / style lain masak, bleh la share ekk.
... bye!

11 comments:

  1. Bestnya! Mudah dpt bahan telur dan belimbing tu..baru je buat mggu lepas masak lemak telur itik dan belimbing ni..dua2 beli kat kwn dari ng sembilan..kat tempat JM susah nk dpt..hurmm mmg sedap la heee..10biji rm7

    ReplyDelete
  2. umah cik timm pun ada belimbing buluh ni..tapi time kita nk msak buah xde, time xnak bergugus-gugus buahnya tumbuh..huhu..

    ReplyDelete
  3. Puasa ganti dah buat lum Aida? Kita tak habis lagi ni huhu.... cuti sekolah susah nk ganti sebab anak anak ajak keluo...

    Jarang sangat buat masak lemak telo itik Aida, entah kenapa ek. Kita kalau masak lemak buh cili sikit je, anak yg bongsu tu pun kurang makan pedas ngalahkan Ikut Izzat pulak hihi...

    ReplyDelete
  4. singgah sini, nampak sedap tapi tak pernah nak masukkan belimbing buluh. hihi

    ReplyDelete
  5. Masak lemak telur itik dah biasa makan, cuma tang letak belimbing tu je belum hehe

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa dah lama tak makan tu. Belimbing tu kalau dapat cicah garam pun sedap

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. Kesukaan sha ini.. Tapi sha tak pandai buat.. kikiki..
    Gi makan umah aida lah.. :)

    ReplyDelete
  8. fav sangat masak lemak telur itik ni!

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)