Monday, March 19, 2018

Resepi Mudah Ayam Buttermilk Nyum Nyum Nyum

assalamualaikum...

salam 1 Rejab.
alhamdulillah. moga umur kita semua dipanjangkan sehingga ke Sya'ban & Ramadhan. Aminnn...

pagi tadi sepagi menguruskan kereta masuk bengkel.
😓😓😓 sedih btol la. ada kereta lain langgar belakang. nak keluar simpang tiga, kereta tu di belakang. kita tgh busy tgk kereta dari kanan, bila lah nak clear. tetiba dia langgar bumper kereta!
sgt la cuai.
huh! rasa nak marah aje. tapi masa tu, saya berjaya la kawal marah.
buat report polis. nak claim insurance kereta tu. tapi tu la. kereta kita da damage. takkan sama mcm asal. sedih!!!

ptg ni hah... baru la nak masak.
dah kuar dah bahan. tapi layan blog jap. update entri bagi tenang jiwa lara ni hah...
kasik up satu entri pasal resepi yg pertama kali saya test. ni masakan beberapa minggu lepas ye.
ari ni masak lain 😆.

Resepi Mudah Ayam Buttermilk Nyum Nyum Nyum
bahan-bahan utama, selain dari dada ayam yg dipotong dadu

  1. dada ayam dipotong dadu tu, korang campurkan la dgn 2-3 sudu tepung gandum, 1 biji telur dan 1 sudu serbuk kari ayam. perap la kejap. ari tu saya perap dlm 2 jam.
  2. then, goreng rangup. ketepikan.
  3. utk kuah nya yg mudah sgt tu, pertama cairkan 1/8 butter di kuali utk menumis.
  4. then, tumiskanlah bwg putih, bwg merah, cili padi dan daun kari hingga naik bau harum...
  5. masukkan 1/2 tin susu cair. kacau dan kacau dan kacau... perisa la dgn garam dan gula secukup rasa.

Resepi Mudah Ayam Buttermilk Nyum Nyum Nyum
saya tak campurkan kuah dgn ayam goreng.
hanya curahkan kuah ke atas ayam goreng bila nak makan.
nak maintain kerangupan ayam goreng tu...

mudah.
simple.

boleh la cuba nanti-nanti ye korang 👍👌👌...

14 comments:

  1. Nampak menarik...boleh cuba nanti..Dania suka lauk2 simple macam ni

    ReplyDelete
  2. tips ohsem ini.. Asingkan kuah.. nak makan baru bubuh.. Suka.. suka..

    ReplyDelete
  3. namapk menarik, boleh try nanti ni :)

    Salam Sejahtera.

    Jemput join pencarian bloglist April 2018

    : http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html

    ReplyDelete
  4. macam menarik ja..boleh cuba nnti ni

    ReplyDelete
  5. huaaaaaaaaaaa...terliurrr sedap nih... nk cuba la nanti

    ReplyDelete
  6. Adeh! Geram jgk la kan kete kena sondol dek org lain cuai

    ReplyDelete
  7. Ayam buttermilk ni menyelerakan ..x penah masak so nk copy resipi ni 😬

    ReplyDelete
  8. allahu, senang jer eh, boleh try weekend ni, timaceh!

    ReplyDelete
  9. Oo kira asing la lauk dengan kuah tu ye. Ok juga kan

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)