Tuesday, March 06, 2018

Resepi Mudah : Kentang Goreng Cili Padi & Sambal Telur Pecah

assalamualaikum...

minggu baru telah bermula.
eh... bulan pun dah baru 😅. hu hu hu hmmmm memang payah nak istiqomah update blog tiap hari.
puas la buat azam nak jadi blogger tegar. hmmm tak jugak berhasil hi hi hi... sabo jer lah.
februari ari tu hanya 11 entry hi hi hi... takpe la. janji jalan blog ni tiap bulan...

and ari ni, sharing simple. masak-memasak.
saya jarang masak masakan yg susah payah. sebab tak reti! 😄
karang bersilat aje lebih, hasil nyer... nan hado. maka, seringkali ulang tayang menu simple yg sama.
yg bila saya masak, famili makan hingga licin.
berbaloi duit beli brg dapur...

Resepi Mudah : Kentang Goreng Cili Padi & Sambal Telur Pecah
kentang goreng cili padi

alkisah masakan ni berasal daripada dapur kakak saya.
kalau ke rumah dia, memang akan selalu la dijamu lauk simple yg sedap ni.
sedap sgt sebab ada cili padi. kakak saya tu is permaisuri cili padi!!! cili padi is her favourite.

very the simple :
  • 3 biji kentang di potong sesuka hati, ikut la pattern yg korang suka. goreng dan ketepikan.
  • segenggam ikan bilis yg da dikopek, digoreng rangup. ketepikan.
  • 2 labu bawang besar, dipotong bulat dan cili padi yg jugak dipotong gaya yg korang suka. 2 bahan ni digoreng hingga naik bau, sesedap rasa... minyak jgn byk ekk...
  • then masukkan kentang dan ikan bilis tadi... gaulkan jap aje. tutup la api dapur.
  • siap 😊.
makan la dgn nasi panas-panas. ratah gitu aje pun ok.

Resepi Mudah : Kentang Goreng Cili Padi & Sambal Telur Pecah
sambal telur pecah

saya hampir setiap hari menyambal. mr.asben cannot live without sambal.
kebetulan, kami ni dari keturunan yg sama, sambal tak boleh takde dlm menu harian 😂.
maka, setiap hari saya akan berfikir, apa yg nak disambalkan ari ni? hu hu hu...
and sambal telur pecah ni adalah antara makanan saya dari kecik tau. my favourite! 💜💜💜

very the simple :
  • tumis bwg besar hingga wangi.
  • masukkan ciliboh. byk mana ikut suka hati. then biar ia garing sampai terbit minyak.
  • masukkan air asam jawa... and terus la pecahkan telur. kuali saya tu kecik aje, boleh pecahkan 4 biji telur je.
  • jgn dikacau. nanti hancur telurnya... biarkan la. rasa-rasa dgn sudip, kalau da boleh terbalikkan telur tu, baru la terbalikkan...
  • then menjelang da nak siap, perisa la sambal tu dgn garam & gula sesedap rasa...
  • siap!
ada juga org prefer hancurkan telur tu.
jadik la sambal telur hancur. saya kurang suka. sebab nak sambal nyer tu 😊.

ari ni da ada idea nak masak pe. ayam da kuar kan dari freezer.
nak masak awal skit... ptg karang ada projek jahitan nak dilayan 😍.

ok korang. moga ari ni korang ceria, gembira dan sihat sejahtera ye.
kalau ada tuesday blues tu, buat-buat takde lah... pe la erti hidup tanpa dugaan hi hi hi... bye!

39 comments:

  1. DUA2 TU PUN KEGEMARAN SAYA JUGA, SEDAP MAKAN DENGAN NASI PANAS

    ReplyDelete
  2. tq for sharing the recipe.. I pun nak try try masak ni... nampak mudah dan sedap.. yummy!
    kentang gorang yummy!

    ReplyDelete
  3. Tengok sambal tu tengah di masak atas kuali nampak terliur pulak. Pandai betul awak masak boleh ar try buat ni masa bulan puasa nanti.Sebab tengok cara resepi macam tak susah sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab da biasa masak, cindy.
      simple simple boleh la hi hi :)

      Delete
  4. Sedapnya..masak simple macam ni yang buat nasi seperiuk habis ni..lupakan la kejap diet tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg malas masak lauk simple gini, SA.
      abis lah diet ibu hu hu hu :(

      Delete
  5. Resipi ni nampak mudah disediakan dan menyelerakan. Boleh juga sesekali try nanti sbb kdg2 klu hujung minggu, saya suka masak ganti tempat mem hehe. Thanks sharing resipi menarik ni :)

    ReplyDelete
  6. Wow..my feberet tuu... Kita suka gila dua2 ni.. Lagi2 smbal telur pecah... Makan sampai xcukup..bertambah2. Hahaha. Sedap ni makan time panas2 kan

    ReplyDelete
  7. Selalu buat bilis goreng cili padi je. Lepas nie boleh try letak kentang pulak. Mohon share ya resepi tu

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kentang Goreng cili padi. Tapi kita macam ada alergik dengan ikan bilis.. jadi tak boleh la nak try..sedapnya ikan bilis rangup rangup tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye ke? alahai irra.
      ikan bilis ni kekadang penyelamat di kala tak tau nak masak pe.
      ikan bilis sambal.
      ikan bilis dgn petai.
      ikan bilis goreng rangup...

      Delete
  9. Kalau tak ada idea nak masak apa memang inilah lauk yg saya akan masak. Semalam pun baru saja masak sambal telur pecah nih

    ReplyDelete
  10. Menu simple tpi terbabas kalau makan menu simple mcm ni sebab sedap tau...
    Kita pun kalau xda idea nak masak apa..memang masak mcm gini jugak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la alia.
      terbabas 2-3 pinggan :) ha ha ha

      Delete
  11. Kekadang masak simple-simple camnilah lagi puas makan. Nak-nak kentang goreng cili padi tu. Memang fevret. Ratah lauk je pun puas hati

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian menu-menu ni. nampak simple, tapi kalau kita cuba buat tak taulah jadi ke tak. hehe. maklumla kita ni teruna bujang x pandai masak ka.

    ReplyDelete
  13. Nice recipe to try. I am sure my family will like your recipe, maybe too spicy for my son because he cannot stand spicy food.

    ReplyDelete
  14. terima kasih resepi ni tapi i selalu buat yang kentang cili pecah tu, memang layan makan kentang dengan nasi panas, sambal telur pecah tu pun nampak mengancam, nanti i nak masak i tiru lah resepi u ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.
      kentang tu makan dgn nasi, kan...
      bwg lebih... pergggh!

      Delete
  15. terima kasih atas resepi ini. Hihi uzu pon ada idea nak masak apa esok

    ReplyDelete
  16. husband suka sambal telur pecah ni... tapi msred nampak kentang tu lagi sedap...

    ReplyDelete
  17. sedapnya.. Simple tapi menyelerakan..

    ReplyDelete
  18. sedap je nmpk kentang tu..lapar pulak..hahahhaa...kdg buntu jugak asyik msak yg sme je kan..

    ReplyDelete
  19. Simple and interesting dish that prepare by you. I can't eat too spicy so prefer to try the telur pecah. So cute the name of the dish.

    ReplyDelete
  20. That's looks super yummy and easy to do. And I should really not read recipes like this at night...even after eating I am still hungry!!!

    ReplyDelete
  21. Oh my both these recipes look so good! The sambal telur pecah is definitely a favorite- will need to try and make this for my husband soon.

    ReplyDelete
  22. I wanna try this two recipe. So hungry when thinking of it...

    Racheal

    ReplyDelete
  23. Teringinlah nak buat sambal telur pecah tu. Selalu kalau sambal telur...telurnya dah siap goreng dulu. This time pecahkan terus dlm tu ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida tukar tukar jugak.
      sambal telur rebus.
      sambal telur goreng.

      Delete
  24. sambal telur pecah tu ila suka mkn dgn bubur nasi... tp pakai samabl segera jelah

    ReplyDelete
  25. Masakan macam ini la kita nak, simple home cooked food is the best. I pernak masak kentang goreng cili padi with taucu. Tambah sikit taucu for the taste and sedap makan with nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good idea, kelly. taucu :) love it!
      tq for sharing...

      Delete
  26. Resepi yang simple tapi itulah yg paling menyelerakan hehe. Kadang tu, macam bila mak pening nak masak apa. Adik adik request masak lauk cmni je. Hee kadang tu smpai tak cukup hehe

    ReplyDelete
  27. Sedapnya menu, zumal dah lama tak memasak...

    ReplyDelete
  28. Masak simple mcm ni pun leh mkn nasi bertambah tau

    ReplyDelete
  29. Lauk favourite kita! Makan lauk ni hari-hari pun tak apa. Kita follow sini ;)

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)