Sunday, April 22, 2018

Review Wayang : Dukun

assalamualaikum 😌

dlm pada jari jemari ni laju tanpa henti menaip assignment skang ni...
dlm pada otak memikirkan pe perkataan yg nak ditaip satu persatu sedikit demi sedikit...
leher stress. mata penat.
buat secawan kopi. panas-panas. hirup... 
mlm ni memang nak stay up skit. jeling jam, baru jam 11 mlm. lom lagi tgh mlm hi hi hi hi...
aaahh releks 😌. lagi 2 minggu aje masa utk submit 3 assignments. then, final exam.
sebulan lebih lagi abis la semester 2 ni. sedihnya... student life is a great life!
cepat aje masa berlalu. kalau bekerja dulu, masa dirasakan berjalan dgn sgt lambat 😆.

ok, biarkan assignment tu diam-diam dulu. now, nak share, saya da tonton Dukun 😏.

Review Wayang : Dukun
Review Wayang : Dukun
tapi gambar-gambar 👆 kami snap mlm tadi...

bila saya tonton citer Dukun ni, yes, setiap plot nyer tu saya berimaginasi, adakah gini kes Mona Fendy?
adakah ni diorang ambil dari kes mahkamah Mona Fendy? Adakah... ? Adakah...?
ntah la. ada sebab kot kenapa filem ni ditangguhkan tayangannya selepas beberapa tahun.
ada juga saya baca isu-isu kenapa ditangguhkan...

Diana (Umie Aida) dituduh membunuh bisnesman, Datuk Jefri (Adlin Aman Ramli). maka, keseluruhan citer ni berkisarkan siasatan terhadap Diana. nak dijadikan cerita, peguambela Diana, Karim (Faizal Hussein), mempunyai kisah dia tersendiri. isteri hilang 10-12 thn yg lepas. anaknya, Nadia (Elyana) lari dari rumah.
akhirnya, Diana disabitkan bersalah. mayat isteri Karim dijumpai dlm keadaan yg pelik. di situ la timbul kaitan antara Diana dan Karim dan menjelaskan tagline filem ni iaitu "Akhirnya kita bertemu...". rupanya isteri Karim berkaitrapat dgn Diana di mana Diana la yg membantu dia hamil. kehamilan isteri Karim itu merupakan satu perjanjian antara isteri karim dan Diana agar anak itu (Nadia) nanti diserahkan kepada Diana.

maka, apa yg dpt saya simpulkan ialah citer Dukun ni adalah tentang Karim.
di manakah isteri karim. siapa Nadia. kenapa Nadia.
kes Mona Fendy hanyalah inspirasi sehingga terhasilnya watak Diana dan Datuk Jefri.

jalan citernya agak kompleks.
kalau terlepas satu scene, mungkin kita tak dpt tangkap next scene.
and anak-anak kalau tgk, perlukan org dewasa utk explain certain scene. at the end, kita dpt rumuskan semua. and baru la ada relevan nyer certain part 😌.
lakonan Umie Aida is as usual, terbaiklah. no doubt. menjadik sgt 👍.

saya kasik 7/10 markah. tahniah team Dukun.
😉  

26 comments:

  1. saya selalu dengar review yang bercampur baur- ada kata best ada kata tidak. Hmm.. Nampaknya kena tengok sendirilah ni! Tapi biasanya, kalau drama inspirasi kisah benar ni memang lebih tragik dan dramatik, iyalah sebab nak tambah unsur seni kan. hopefully Dukun tak mengecewakanlah! Hihi..

    ReplyDelete
  2. Wah tengok wayang..dok ajak husband tengok dukun, dia tak mau. Hahaha tak sesuai untuk anak kecil sama kot.. tak sabar juga la nak tengok lakonan umie aida. Mesti best

    ReplyDelete
  3. Amboi aida. maraton tengok wayang ke apa ni. Hehe. ramai juga yang dah tengok dukun ni. Ana tengok trailer je dulu.tu pun dah rasa seram. Asal ternampak trailer tu tutup cepat2. Takut woo.

    ReplyDelete
  4. Owhhh..ingat majoriti pasal mona fendy. Tapi nampak macam best. Saya nak tengok la nanti. Thanks for the review. :)

    ReplyDelete
  5. 12 tahun punya cerita..still rasa hebat lagi..rasdanya sebab watak utama dia umie aida tu yg sangat menjadi si dukun tu hehehe

    ReplyDelete
  6. Kata berdasarkan kisah benar Mona Fendey tapi saya rasa macam ada tokoh tambah jugak sebab dah 12 tahun berlalu kan?. Ada kawan suami berbangsa cina dia dah tengok movie ni. Dia kata best.

    ReplyDelete
  7. Tak berkesempatan nak menonton Dukun lagi. Tapi husband yaya dah tengok dia kata memang best cerita ni

    ReplyDelete
  8. Movie ini penuh dengan suspend. Looks like a good movie for me to watch it soon.

    ReplyDelete
  9. Ada kawan-kawan kata sedikit bosan dengan jalan cerita dan seram tu tak sangat. Cuma mungkin sebab kita dah tahu kisah Mona Fendy di luar movie Dukun ni tu yg seram tu. saya bayangkan dia kupas kisah pembunuhan Datuk tu

    ReplyDelete
  10. SA pun dah tengok..siap bawak Dikutkan SA ni penakut citer2 hantu..laaa..bukan citer hantu la..hehehe..but kagum dengan Umie Aida...dia memang menjiwai watak...

    ReplyDelete
  11. TQ Aida untuk review ini.. Sha ini walaupun suka baca novel seram tapi nak tengok filem macam ini memang takkan lah.. kikiki..

    ReplyDelete
  12. nak juga tengok ajak mr hubs tapi dia x nak layan coz dia simpati pd kawan dia (anak kpd arwah mona). close friend.. so terpaksalah kita abaikan.. mayb tgk online jerlah nanti kalau dah ada.. sob sob

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat produksi dukun dengan cerita yang sangat menarik dan tidak bosan sepanjang menonton saya tak ada rasa seram tapi ia ada adegan yang menggerumkan..

    ReplyDelete
  14. Ika kalau cerita seram ni. Seram sampai seminggu. Tak berani nk tengok. Huhu tapi teringin sebab 90% kata wajib tengok best katanya.

    ReplyDelete
  15. ramai ckp filem ni best dan berbaloi tunggu sampai bertahun2

    ReplyDelete
  16. Masa tengok filem ni, perghh cantik betul Umie Aida. Kemudian dia bawa watak tu menjadi sungguh. Watak tangan banyak dalam penjara tu takut sangat. Meremang!

    ReplyDelete
  17. Masih x tgk lg.. sbb tu de org kata.. buang imaginasi mona fendy bru nmpak sisi lain tuk ceta ni.. 2

    ReplyDelete
  18. Dukun memang mengerikan sebab ceritanya kita tahu adalah berdasarkan kisah Mona Fendi. Saya kagum dengan pengambaran dan kualiti lakonan mereka semua - sangat komited pada watak mereka.

    ReplyDelete
  19. ada yang cakap best, ada yang cakap tak best. Nanti lah saya pergi tengok sendiri cerita nie. Yang pasti, kisah mona fendy nie memang menyeramkan dan mengerikan. Takutttt

    ReplyDelete
  20. tak adala exactly citer mona fandey. banyak jugak tokok tambah. tak faham kenapa filem ni diharamkan tayangan sampai kena tunggu 12 tahun

    ReplyDelete
  21. ooo.. patutlah.. macam banyak kisah karim tu je .. TB pun tengok separuh je sebab ada orang share kat FB hari tu.. kalau nak tengok penuh kena pi cinema la kan.. huhu.. nak tau gak apa kaitan diana tu dengan karim..

    ReplyDelete
  22. Itulah filem ni memerlukan kita banyak berfikir kalau terlepas sesuatu babak hurm... memanglah susah nak hadam huhuhuhu....

    ReplyDelete
  23. Zumal seram dengan watak Diana tu. Kena tengok siang-siang jer...

    ReplyDelete
  24. dah tengok juga, setuju dengan review ni yg filem ni lebih kepada kisah Karim tu.. citer yg MA tu diambil sikit2 je,,

    part dalam penjara yang di transfer saka dia tuuu seraaammmmmm..huhu

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)