Wednesday, April 11, 2018

Sorok Bau Budu !!!

assalamualaikum...

aduhai. panas ekk cuaca skang ni. Allahu Akbar 😎.
kebetulan, minggu ni, Syuhada sukan sekolah. klimaks nyer esok.
dari hari isnin hingga la tadi, bersukan. suara Syuhada pun dah berubah serak-serak basah πŸ˜“.
saya da bebel dah tadi. "minum cukup air, dik", "jaga kesihatan, dik, skang musim panas"...
jumaat Syuhada cuti. alhamdulillah. sekolah amik cuti peristiwa.

ni hah, tgh hujan. dari jam 5:15 ptg tadi lebih kurang. hujan panas!

ok tinggalkan bab cuaca dan sukan sekolah tu.
saya nak citer pasal drama kat astro prima jam 12 tghari tadi 😌.
tajuk nyer Sorok Bau Budu. citer lama. ulangan. biasa la astro, yg baru-baru semua kat channel warna, mustika, astro first, box office. channel ria, prima ni channel ulang tayang ajer πŸ˜†

Sorok Bau Budu !!!
ni pelakon utama. Zul Huzaimi.

citer nyer simple...
Ider (Zul Huzaimi), anak Kelantan. meninggalkan kampung halaman ke KL utk cari rezeki.
mcm2 keje la dia cuba. at last, jumpa la sorang lelaki. dpt la Ider ni keje di showroom kereta, salesman.
lelaki ni la yg ubah cara hidup Ider sehinggakan Ider terus hilang ciri-ciri Kelantan, termasuk la slang kelate nyer. terus ubah cakap gaya KL.
3 tahun Ider tak balik kampung.

Sorok Bau Budu !!!

nak dijadikan cerita, Ider dpt housemate, kebetulan org Kelantan.
kelakar time Ider ni hidup dgn housemate dia. housemate dia memang anak jati Kelantan. dgn wau bulan nyer, budu nyer, kepok nyer, nasi kerabu nyer, dikir barat nyer πŸ˜ƒ.

Sorok Bau Budu !!!

mendekati raya Aidil'Adha, emak abah Ider ni nak dtg KL.
abah Ider, lakonan Sabri Yunus, nak sgt jumpa Ider agar Ider balik kampung beraya tahun ni. abah Ider dah beli sekor lembu utk korban guna duit bulanan yg Ider bagi.
dlm pada tu, adalah drama di antara Ider dan emak abah nyer.
sehingga rahsia Ider pecah dan diketahui oleh abah nyer, bhw Ider berlakon seolah-olah bukan anak Kelantan.

Sorok Bau Budu !!!

sedih hati abahnya. lakonan sabri yunus, korang tau la kan. dia sgt bagus berlakon.
sayu aje...
dipendekkan cerita, akhirnya Ider balik kg di pagi raya korban tu.

moral of the story, bangga lah dgn latar belakang kita. tak salah kot nak guna gaya bahasa kelantan di KL. t'ganu ke, nismilan ke, perak ke, pahang ke,...
rasanya zaman skang ni takde org kisah kot kan πŸ˜„.
kelantanese ni memang amat semangat kenegerian. saya amat tahu tu. 6 thn di UIA, ramai kawan saya org pantai timur. tapi saya takde masalah dgn tu pun.
ada juga negeri lain yg semangat kenegerian. but bagi saya secara peribadi, kelantanese is yg paling kuat la.
dari mereka la saya belajar gaya bahasa, budaya dan makanan.
sama la jugak dgn kawan dari negeri-negeri lain. kami semua mix and match with each other.
apa la nak dimalukan dgn latar belakang kita.

saya ni dilahirkan di JB. tapi membesar di Melaka.
pernah bersekolah di JB. then belajar di UIA 6 thn, lembah pantai dan gombak.
then balik ke Melaka, bekerja.
kebetulan, mr.asben pun bekerja di Melaka now ni.
berkahwin dgn org Nismilan. so... saya ni kalau barat selatan ni kawasan saya la.
negeri mana saya sokong???
memana yg menang πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

ok tu jer πŸ‘‹

8 comments:

  1. Best citer ni..tapi tulahh geram gak gan Idel tu menyalahkan budaya pula

    ReplyDelete
  2. rasa mcm pernah tgk cite ni kat tv3.. :D

    ReplyDelete
  3. ekin lama duk kelantanse.. loni duk merantau kedah hihihi

    ReplyDelete
  4. orang kelantan memang agak kuat kenegeriannya.. dulu classmate pun macam tu jugak..

    ReplyDelete
  5. Pernah juga tengok citer ni tapi rasa dah lama... Tak perlu la kan sorok2 nanti terlepas juga...

    ReplyDelete
  6. Astro ni main langgar je,raya lambat lagi pun steady tayang drama raya.haha

    ReplyDelete
  7. tak sure lah pernah tengok ke tak tapi kelakar jugak jalan cerita dia ni

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tgok citer ni...jarang dapat peluang tgok tv hehehe..kalau cuti lama memang pulun la tgok tv..apapun..betul..just be yourself laa..kalau asal kampung tu x yah la nak malu kan..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)