assalamualaikum 😌

ramadhan pertama. less than 3 jam lagi nak berbuka 😄.
da siap masak pun. ni rehat kat depan tv. tgk ulangan drama baru kat astro ria.
menunggu asar...


tersasar daripada perancangan!
tak dpt nak update blog dgn challenges ni since hari PRU.
bukan la dok asyik dgn PRU yg da bertukar kerajaan ke PH. badan tak brape sihat... batuk-batuk. 
dan semlm ada final consultation dgn lecturer utk assignment before submission next week.
so tu yg sibuk tu menaip menyiapkan assignment. 
tak dpt blogging mahupun blogwalking.

ari ni continue la challenge ni. day 10 👇👇👇.

paling latest beli air sedap ni lah 👍.

semlm beli. on the way back melaka from UKM, singgah ofis jap, amik Air Jagong Dara marbeles ni.
beli terus 10 botol buat stok berbuka 2-3 hari.
kalau masuk dlm freezer, air jagong ni boleh tahan 3 bulan. elok la tu...
utk org Melaka, boleh la call no phone kat botol 👆.
setiap hari buka dan dijual di area Klebang. kalau nak delivery, boleh tapi call dulu lah.
recommended! sedap. manis. pekat 😋. harga jual rm2 sebotol.

bila Ramadhan ni, anak-anak berpuasa, kita nak kena prepare kan makanan dan minuman yg istimewa skit.
nak bagi semangat pada diorang. kekadang kita pun teringin nak makan minum lain skit kan 😃 hi hi hi.
so, ibu ayah spend duit skit la buat stok makanan minuman.
mcm saya, setakat hari ni yg saya prepare utk Syuhada adalah coklat cadbury, coklat kitkat, air jagong... kordial pun saya da beli 2 flavour.
dari segi lauk-pauk, itu da wajib la yg anak dan mr.asben request. kita ni tukang masak jer.
kebetulan thn ni saya memang free to masak setiap hari. hmmmm... in shaa Allah.
utk hari ni and 2 hari akan dtg, da tau da what to masak. brg basah semua da beli semlm.
setakat sayur, beli kat kedai runcit ajer lah.

bazar Ramadhan? tak rasa nak spend duit di bazar Ramadhan.
memang la PM da announce GST 0%. tapi akan turun harga ke? akan murah ke?
pendapat peribadi saya, memang tak la 😔. so, memang tak la ke bazar Ramadhan...

ok la. have to pen off. nak solat and rest jap.
bye 💛.