assalamualaikum 😊

pagi ni bermula dgn indah. Ramadhan ke 9 di hari Jumaat.
cuma saya ada ngantuk skit la... jap jap lagi baru nak 😴😴😴 jap.
mlm td berjaya la stay up sampai lebih kurang jam 3 pagi.
3 hari ke arah final exam paper. laskopek for semester ni.

nak share movie yg saya tgk few weeks ago.
best! recommended 👍

Review Movie : Hichki ::: Memang Best & Penuh Pengajaran :::

lakonan terbaik Rani Mukherjee. well-known actress, tak syak la bakat lakonan nyer.
citer ni berkisarkan perhubungan antara guru dan murid-murid.
bagaimana seorang guru tu berkorban masa dan tenaga semata-mata nak memajukan murid-muridnya.

Review Movie : Hichki ::: Memang Best & Penuh Pengajaran :::

Naina Mathur mempunyai sindrom tourette dari lahir.
namun, itu tak jadikan dia seorang yg kebelakang. dia tekad utk jadi guru.
tapi tu lah. begitu byk temuduga yg dia hadiri, semuanya menolak atas sebab sindrom tourette dia tu.
Naina tak pernah putus asa. 
sehari ke sehari dia tetap pergi hadir temuduga utk jadik guru.
akhirnya... berjaya juga menjadi guru di satu sekolah elit di Mumbai. tapi...

sindrom tourette : penyakit neuropsikiatrik yang membuat seseorang mengeluarkan ucapan atau pergerakan yang sepontan (tic) tanpa boleh dikawal

Naina diberikan tanggungjawab mendidik murid-murid di kelas 6F. kelas yg paling belakang.
sebelum Naina, ada 7-8 org guru da resign sebab tak mampu mendidik 6F.
murid-murid di dalam kelas tu merupakan anak-anak dari golongan miskin.
mereka menghadapi tekanan hidup. dan pada mereka, belajar pandai tu tak penting kerana tiada guru yang berjaya mendidik mereka.

Review Movie : Hichki ::: Memang Best & Penuh Pengajaran :::

Review Movie : Hichki ::: Memang Best & Penuh Pengajaran :::

ada seorang guru lelaki yang mengajar kelas pertama, 6A, kelas paling pandai.
guru lelaki ni sentiasa menggagalkan usaha Naina mendidik murid-murid 6F.
guru lelaki ni juga yg merendah-rendahkan usaha Naina terhadap murid-murid 6F.
pada dia, tak seharusnya murid-murid tu berada di dalam sekolah tu kerana akan menjatuhkan prestasi sekolah. aduhai 😒.
sedih jugak la bila tgk part ni tau. kesian anak-anak tu.
dah le hidup susah. pastu dipinggirkan di sekolah... mereka jadi sgt tak positif when it comes to education.
bukan salah mereka bila mereka tak berminat utk belajar bila dilayan oleh guru sedemikian rupa, kan...

Naina usaha keras utk anak murid nya. siap gi rumah diorang la 😃.
dia mencabar diri sendiri.
dipendekkan cerita... mcm2 la anak muridnya buat kat dia semata-mata nak Naina putus asa dan resign.
patahkan kerusi guru lah.
meletupkan bahan kimia lah.
aduhai 😄.

korang wajib tgk Hichki ni. lelebih kalau korang seorang guru. the more u must tgk Hichki.
menaikkan semangat kita agar tak putus asa mendidik.
biar betapa susah pun, betapa tak pandai pun murid kita... kita kena terus mendidik.
sometimes murid kita tu tak tahu kepandaian mereka di mana.
mereka sangka mereka bodoh, lembab, benak, ... maka, guru la perlu keluarkan pandai mereka.
letakkan pandai mereka tu ditempatnya.

Review Movie : Hichki ::: Memang Best & Penuh Pengajaran :::
6F, Naina & Tuan Pengetua
ni la 14 org murid-murid Naina.
nakal. ganas. tak amik kisah. tapi mereka 14 org bersatu hati tau.
saling menjaga antara satu sama lain.

Review Movie : Hichki ::: Memang Best & Penuh Pengajaran :::

ending Hichki, Naina berjaya la. 2 org daripada muridnya berjaya menjadi pelajar cemerlang di akhir tahun.
sehinggakan di hari tua Naina, dia la pengetua skola tu 👍.
murid-murid 6F semuanya berjaya.
guru lelaki 6A tu? akhirnya dia sedar kesilapan dia menilai org.

movie yg bagus. beri inspirasi. 
tontonan sekeluarga yg memotivasikan 👍.