assalamualaikum 😉

pagi ni nak masak laksa Johor, in shaa Allah. 

saya & 2 kakak ada ni hah kat rumah Emak Abah. 
adik-beradik  Emak nak singgah beraya.
gonna be another interesting day. saya suka bila ada family gathering gini. 
sekejap...  tapi penuh makna. 

so, nak throwback dulu citer AidilFitri ketiga kami. 
pepagi Ahad tu, 2 kakak saya da balik ke rumah mertua. 
tinggal la saya & abang. sepagi kami relax di rumah mak. 
call la jugak pak-pak sedara, tapi most of them masih beraya di mana-mana. tak dpt kami singgah ziarah. 
selepas Zohor, barulah kami bersiap. keluar nak terjah pak sedara yg terdekat sini. 
kalau ada, ada la... kalau tiada, takde rezeki la nak berjumpa. 

all of us... setiap kepala yg join trip beraya ada dlm gambar 😎

adik bongsu Abah yg sekarang ni duduk rumah arwah Atok Nenek. memang nostalgia la kalau le rumah ni.
terkenang zaman kekecik dulu kala.
kebetulan time kami dtg, ada plak famili Mak Ndak saya, adik abah yg keempat.
memang havoc lah sekejap.
part the best was time amik gambar before berpisah.

 kami sekali lagi 😀

 kami lagi, tapi tukar side laman rumah arwah Atok Nenek

 sekali dgn sape-sape sempat nyelit dlm gambar 😍

arwah Atok Nenek da lama tiada. 
seingat saya,  waktu tu saya masih belajar di UIA. sejak tu, time raya mesti tunggu lah pak-pak sedara balik kampung. 
rumah kami kebetulan memang di kampung, 5 minit dari rumah arwah Atok Nenek ni. 

mcm-mcm gaya Izzat ni tau 😁😁 

kami kemudian mengarah ke rumah sepupu Abah di belah pantai. sebuah rumah wajib pergi bagi saya. 
berborak-borak. makan-makan kuih raya. then, wajib ke pantai la... bangga ada kampung di tepi pantai 😍.



 Ammar, anak buah saya sorang ni minat plak posing gaya hindustan 😂


 excited sungguh si Ibu di belakang tu ha ha ha 😀 


mak dara & anak-anak dara 💜

habis beraya, kami gerak balik rumah Abah. penat dah melayan anak-anak berenam nih.
few minutes before maghrib, adik saya pun tiba. bertambah 3 lagi anak-anak buah 😅.
korum dah cukup, mlm tu barulah dikeluarkan stok bungapi. memeriahkan suasana mlm raya.
aktiviti wajib la utk anak-anak. kena pantau. jgn biar diorang main sendirian.






my boyfriends   😍


2 bff ni 💙 


sakan la anak-anak main bungapi. 
meriah. gembira. kecoh! 
gelagat diorang ni memang mengusik hati. difikirkan semua, memang buat kita tergelak. 
saya sgt suka mengumpulkan anak-anak buah saya ni. eratkan sillaturrahim sesama diorang .

seharian kecoh.
letih. tapi best!