assalamualaikum kawan-kawan 😃

Jumaat. Ramadhan ke 16. separuh bulan dah. alhamdulillah...
amacam korang? da siap prepare for Aidilfitri? 😀
utk kami, terkini...

  • baju kurung saya & kakak-kakak weekend ni baru nak gi amik. kami masih tempah di tukang jahit yg lama. masih tak berasa sesuai nak beli baju kurung yg siap. kami bertiga tempah sepasang sorang aje thn ni.
  • jubah kakak-kakak pun in shaa Allah weekend ni siap di alter. alter tang labuhnya. agar selesa dipakai di hari raya ke sana ke mari.
  • tudung kami bertiga? tudung bawal saya berlambak. boleh pakai ajer. pagi tadi baru aje beli 4 helai bawal Aidijuma hi hi hi... utk kak Nurin & Syuhada, beli tudung bawal online from kelantan. diorang nak berbawal thn ni.
  • baju melayu mr.asben da siap iron 😅.
  • baju melayu Ijat akan cari in shaa Allah. mudah aje dia. mcm last year, kami beli di mlm raya hi hi hi...
  • baju kasual Ijat, da beli time sales Chinese New Year ari tu. da siap cuci dah...
  • songkok raya Ijat.... yeszaaa... wajib gak ni masuk list lom settle hi hi hi...

preparation paling simple.
jumlah baju paling sikit saya pernah tempah utk diri sendiri. considering ada beberapa baju tahun-tahun yg lepas masih belum dipakai. maka, limit myselft to only one baju baru this Aidilfitri.
  • tukar duit baru utk angpow kanak-kanak.
  • kerepek raya.
  • kuih raya.
ni pun akan dilaksanakan next week.

ok ok ok... back to tajuk 😅😅 😆. membebel ke lain plak dah...
2 hari dapur tak berasap ari tu tau. weekend. Ramadhan ke 10 dan 11.
Ramadhan ke 10 makan mcD saje. mr.asben dan Ijat xde rumah, balik kampung.
Ramadhan ke 11, hanya beli di bazar Ramadhan. saya memang tak masak sebab dok study for exam pagi Ramadhan ke 12 tu.

ni sambungan utk entry pertama dan entry kedua 😋.
all about menu berbuka puasa...

Iftar & Sahur ::: Hari 8 - Hari 12
day 8

mr.asben bwk balik 3 taufufah, kegemaran kami laki bini, dan sebungkus bubur lambuk.
saya buat masak kurma ayam dan ayam goreng berlada. simple.

Iftar & Sahur ::: Hari 8 - Hari 12
day 9

Jumaat tu memang meriah iftar kami.
for the very first time, saya buat masak lemak siput sedut 😋.
bak kata mr.asben, dia surprise yg saya buat masakan tu for iftar ha ha ha ha...
kebetulan jiran ada jual siput sedut yg da siap-siap dibersihkan dan dipotong. so, senang la uolls.
then, masak skit bendi berlada dan sayur campur dgn suhun.
then, mr.asben tercinta singgah bazar Ramadhan, beli plak kerabu kerang dan kerabu maggi.
hmmmmm penuh meja!
sakan la kami anak-beranak meratah siput sedut. makan rebut-rebut kerabu kerang dan kerabu maggi.
kak Nurin ada rumah. complete la kegembiraan berbuka.

Iftar & Sahur ::: Hari 8 - Hari 12
day 12

Isnin tu masak dgn penuh kegembiraan jugak. exam da habis!!! alhamdulillah...
shopping brg basah di Mydin. da plan dah pe nak masak for 2-3 hari ke hadapan.
ptg tu buat masak asam ikan tenggiri, sambal telur hancur dan ulam timun ajer.
masak asak ikan tenggiri ni pun mr.asben yg cadangkan. elok la... kepala otak saya ni dah naik migraine memikirkan what to masak.

saya beli ikan tenggiri 3 keping aje di Mydin. yg dah siap-siap potong. memang jarang beli sekor.
anak-anak kurang skit makan ikan. 3 keping ikan tenggiri saiz sederhana berharga RM15!
aduhai!!! sekilogram RM38. sebab da siap potong kot.
sebab tak nak membazir, tutup mata byr aje la. nak elak buang-buang lauk.

Iftar & Sahur ::: Hari 8 - Hari 14
day 13

Selasa tu lauk berasaskan ikan dan berkuah juga, singgang serani selar kuning.
ada lebihan skit sambal telur semlm. bila ada singgang, saya sure akan prepare budu. best!

Iftar & Sahur ::: Hari 8 - Hari 14

day 14

Rabu kembali kpd menu sambal. sambal memang tak boleh tidak kat umah ni.
kali ni sambal sotong. couple kan dgn tomyam ayam.

Iftar & Sahur ::: Hari 8 - Hari 14
day 15

semlm... ada lebihan tomyam ayam.
buat la skit sambal sardin. merangkap lauk sahur. then, airfry 3 keping daging kambing perap. makan la kami kambing panggang utk berbuka semlm. puas hati!
beli di Mydin, 3 keping yg da siap perap tu RM33. ok lah... ubah selera skit semlm.
nak cari daging lembu sebenarnya, takde plak time tu. kambing pun kambing la...
sedap tau kambing perap kat Mydin ni rupanya. first time saya beli, terus terpikat. akan beli lagi hi hi hi...

😅  😅  😅
tak mudah tau nak masak tiap hari. bagi saya lah.
boleh migraine mikirkan pe nak dihidangkan.
now pun tgh fikir apa menu ptg ni 😄. kak Nurin ada mlm ni. tu nak kena fikir ni.
seminggu 2 hari dpt berbuka di rumah, so memang saya fikir lebih skit la utk kak Nurin.
selebihnya, makan la nasi kawah di asrama.

ok. tq for reading la bebelan mak-mak di dapur ni.
moga beri idea pada mak-mak lain nak masak pe ye. in shaa Allah.
saya pun dok baca blog mak-mak lain amik idea hi hi hi hihi...

bye.