assalamualaikum 😌😌😌

hari ni Izzat ok ok saje. tapi masih saya cutikan dari bersekolah.
seharian di depan mata saya. pemantauan ketat-ketat. pemulihan segera adalah wajib!
mahu kan dia sihat sepenuhnya. makan ubat ikut time. minum air suam. tidur dgn selesa.

sedar tak sedar, pagi esok dpt gaji dah hu hu hu...
awal benau! baru aje dpt gaji Mei, dah nak gaji Jun.
gembira? gembira la jugak sebab dah gaji, sape tak gembira, kan.
tapi seram 😬😬😬. 48 hari ke hari gaji Julai korang oii. jauuuuuuuuhhhh tu.

Informasi Untuk Penjawat Awam ::: Peringatan Hari Raya Aidilfitri

langkah berjaga-jaga, dgn gembiranya saya akan terus buat pembayaran bil-bil dan lain-lain rutin bulanan awal-awal.
then ketepikan duit belanja utk bulan Julai.
baki tu, baru la utk di selamat kan sepanjang raya. seolah-olah lom dpt gaji Jun.
moga Allah permudahkanlah urusan saya ni hah.

so utk korang penjawat awam yg lain, sama-sama la kita beringat ye.
berhemah dlm berbelanja.
sebelum nak beraya dgn bergaya, seluk-seluk poket dulu. bersederhana...

Informasi Untuk Penjawat Awam ::: Peringatan Hari Raya Aidilfitri

ptg tadi dah brape ekk?
akan capai 100 juta kah? 
apakah yg akan dibuat dgn dana Tabung Harapan Malaysia ni ye?
tak sabar menanti pengumuman nyer. moga dpt la diselesaikan mana-mana hutang negara yg perlu diselesaikan. kembalikan wang rakyat yg dirampas!!!
jgn la dibantu 1MDB dah ler. tu brg rampasan hari tu dah boleh kot dicairkan cecepat.

saya tidak berminat dgn tabung 👆👆👆, lebih berminat di bulan Ramadhan ni utk buat tabungan :
  • pembangunan sekolah tahfiz
  • brg keperluan utk asnaf
  • tabung masjid
ni lebih direct kpd yg memerlukan. kita nampak apa yg kita beri. alhamdulillah...
yg penting ikhlas 😊😊😊.
ramai sahabat saya yg jadi sukarelawan utk byk pertubuhan membantu beberapa golongan dlm negara dan luar negara. itu yg saya byk maklumat utk semua ini. byk saluran yg boleh disalurkan bantuan kewangan.
Allahu Akbar. sungguh murni usaha sahabat-sahabat saya. kita tak dpt menghulurkan bantuan dari segi tenaga & masa, kita sumbangkanlah dari segi wang ringgit. 
RM50 pun, kalau ramai-ramai, beribu jugak jadik nyer kan. in shaa Allah.

Informasi Untuk Penjawat Awam ::: Peringatan Hari Raya Aidilfitri

saya setuju sgt bila mana kerajaan baru memutuskan utk membebaskan peminjam dari sekatan perjalanan. and if can, blacklist CCRIS ke CTOS ke kalau ada, mohon di clear kan.
kesannya sgt besar.
rata-rata peminjam adalah pemuda-pemudi yg baru nak mulakan hidup.
mereka bayar, tapi kekadang tertangguh... kekadang tak cukup amaun.
kita takkan tahu apa masalah org lain. kita nampak dia senang, tapi mana lah tahu dia ada masalah lain. jgn sesekali mengata org kalau kita tak merasa apa yg dia rasa.
yg penting, dia cuba sedaya-upaya utk byr, kan?
unless kepada sejumlah peminjam yg langsung tak byr sesen pun, yg ni patut di blacklistkan seumur hidup! langsung takde rasa tanggungjawab!
da pinjam. da abis belajar. da dpt kerja. da kawin beranak-pinak. da beli harta. tapi hutang belajar ignore camtu aje. usaha la skit oii!
ptptn pun letak caj pentadbiran yg tinggi. bila la nak selesai.
caj pentadbiran ni ya wajib dimansuhkan!!!

so pada saya, meskipun gaji peminjam lom capai RM4000, jgn la ditangguhkan. terutama penjawat awam.
byr la... dan teruskan bayaran. after all ia dah pun dimasukkan dlm komitmen bulanan, kan?
elakkan caj pentadbiran yg tinggi kalau ditangguhkan. jgn buang duit.
kalau tangguh tapi jumlah bayaran maintain, takpe. ni makin meningkat. amacam?
susah dahulu, senang-senang kemudian.
dlm Al-Quran, Allah da kata, hutang wajib byr. maka, selagi mampu, byr lah.

pertama, tak payah nak derma ke Tabung Harapan Negara, maintain byr PTPTN pun akan membantu kurangkan hutang negara.
dan kedua nya, kita beri peluang pada anak-anak yg baru nak meminjam dgn PTPTN.
agar negara ada dana nak biayai pinjaman utk mereka-mereka ini, kan... tak ke pahala kita ada di situ?
anggap jer la begitu kan.

akhir kata, doa kan agar pemimpin kita dpt idea yg bernas utk tadbir negara.
duit rakyat kembali kpd rakyat. negara kita kembali unggul seperti suatu masa dahulu.
kita mungkin tak bersetuju dgn satu-satu perkara.
saya sendiri pun ada yg mcm geram dgn keputusan kerajaan. tapi, muhasabah diri.
ada lah tu disebaliknya, kan...

tata 👋