Thursday, June 07, 2018

Izzat | Senjata Lambang Keganasan !

assalamualaikum 😊

pagi ni, pagi ketiga Izzat tak ke sekolah.
mlm tadi alhamdulillah dah tak panas dah badan dia.
kebetulan, selepas subuh tadi ayah Izzat dah gerak ke KL. ada meeting.
hmmmmm bila Izzat dgn ibu, memang liat lah nak ke sekolah 😅. hadoi lah... manja terlebih!
tunjuk muka kesian. memang ibu kesian nak oii...

maka, hari ni berkepit dgn ibu lah ye seharian.
hujan lebat tadi dari kul 7 pagi. ni dah stop lah... tapi awan masih berat tu hah nampaknya.
saya dah le byk hal. nak ke bsn. nak ke pejabat pos. nak ke family store beli sotong.
bila anak bertuah ni ada, pergerakan semua tugasan saya bakal perlahan skit. cuaca pun mendung semcm kan...

bercerita tentang Izzat.
bulan Julai ni bakal genap 6 thn. thn depan naik Darjah 1 in shaa Allah.
Izzat aktif.
Izzat tak boleh dok diam seminit.
akan diam kalau tido aje tau.
tu yg bila takde Izzat, hidup kami akan jadi boring hu hu hu...

minat Izzat ialah game stick war legacy (ntah betol ntah tak nama game ni).
kalau on youtube di tv, dia pasti akan tgk pasal stickwar ni. hadoi lah... memang lelaki tulen betol.
then, kalau-kalau la kami-kami ni buka cerita kami plak, samada drama ke, movie ke, sukan ke, berita ke, Izzat akan main sorang-sorang lah.
masa tu la dia akan berlari dari hujung dapur ke hujung ruang tamu ni.
akan melompat dari sofa ke lantai.
berguling ke sana, berguling ke sini...

mainan feveret Izzat 👇👇👇

Rumah Penuh Dengan Senjata Lambang Keganasan !
penutup kotak mainan tu dijadikan shield, ala-ala captain america 😆
tu pun alat memanahnya ntah kat mana time ni. tu yg tak dpt snap gambo sekali.

tu pun dah berkurang dah senjata Izzat.
patah riuk dibuatnya. kalau nak keluar ke mana-mana, mesti dia nak bwk memana senjata dia.
his favourite is pedang kaler hijau tu.
sometimes, abis kami-kami ni dibelasahnya dgn senjata-senjata dia tau. menjerit-jerit lah kakak-kakak.
dia membelasah bebetul punya hayun. memang sakit kita dibuatnya.
tapi, Izzat not that ganas la. tidak la menerapkan unsur-unsur keganasan dlm rumah.
di bawah pemantauan yg ketat. setakat permainan saje.

Rumah Penuh Dengan Senjata Lambang Keganasan !
ni pot favourite Izzat kalau makan.
nak makan sendiri, depan tv. mesti nak dok situ. tepi dinding.
tak nak tempat lain. dia kata, "takot hantu" 😆😅😅

Rumah Penuh Dengan Senjata Lambang Keganasan !
ni pun antara brg Izzat yg kadang-kadang lintang-pukang kat ruang tamu ni.
bila Izzat gi sekolah, dpt la disusun molek gini.

Rumah Penuh Dengan Senjata Lambang Keganasan !
ni mainan kekecik Izzat.
tak brape main dgn semua ni. 
Izzat prefer pedang nyer, pemanah nyer...

kalau dah lelaki tu, lelaki la jugak kan.
memang ciptaan Allah ni unik. tak perlu kita inform, nalurinya dah tau pe yg dia minat.
kita as ibu ayah ni, mendorong aje dia selagi ia ok ok aje.

okeh la. nak kuar umah dah. sementara hujan lom nak mencurah ke bumi selebat-lebatnya lagi.
nak ke poslaju dulu pepagi ni. poslaju hadiah top commentator Mac, April & Mei.
👋

6 comments:

  1. Sebayalah dengan anak kite tapi anak kite gegurl.. next year Darjah Satu.

    ReplyDelete
  2. Moga cepat sembuh ye Izzat..
    Acik pun masih tak baik2 dari demam ni..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)