assalamualaikum kawan-kawan 😄

apa khabar? 
moga semua baik-baik lah ye. skit lagi nak raya ni.
kat radio lagu-lagu raya da berkumandang dah... aduhai. terasa best. terasa sayu... mixed! 

mlm tadi kami sekeluarga kuar makan lepas terawikh. it was my brilliant idea 💥💥.
kami ke restoran mamak saje. minum teh tarik kaw, teh o panas, roti canai...
dari awal Ramadhan, kami tak jejaki kedai makan.
memandangkan semlm 1 jun. hari pertama Malaysia tanpa gst, excited plak nak kuar makan.
saya tak kisah langsung tentang harga makanan or barang.
sebab nyer majoriti perniagaan takkan turunkan harga la. 
ada member yg da share resit di fb semlm.
terbukti. bulan mei harga nyer RM44. semlm, harga nyer RM53. ko ghase???!!!
dah le kerajaan da tak dpt hasil. dia tambah untung hu hu hu...
so korang yg tau kes gini, peniaga naikkan harga, buat la aduan ye.
kerajaan pun kita boleh tukar semalaman, ini kan pulak pe'el peniaga yg rakus ni.

patuhi kadar sifar gst

ari ni saya nak share resepi lauk-pauk yg simple tahap dewa ni 👇👇👇.
saya bab masak ni tak brape kreatif. biasa sgt blank otak ni.
meronda la fb, blogs cari idea. selak-selak buku resepi... last skali, wasap mr.asben.
"nak makan pe berbuka ptg ni?" ha ha ha ha...

Resepi ::: Masak Lemak Siput Sedut
masak lemak siput sedut

bahan :
  1. siput sedut - dibersihkan dan dipotong
  2. santan - 2 kotak. payah sini nak cari santan fresh 😌
  3. serai - 3 btg
  4. kunyit - 4 cm
  5. daun kunyit - 1 helai, potong dlm 2 cm kekecik
  6. air - 3-4 cawan, nanti ikut selera la kuah tu nak pekat camne 😊
  7. asam keping
  8. garam secukup rasa
cara :
  1. bahan no 2 hingga no 7 masukkan semua sekali dlm periuk.
  2. masak hingga mendidih.
  3. then, masukkan siput sedut dan garam secukup rasa. kacau hingga mendidih sekali lagi.
siap! 😋


Resepi ::: Masak Asam Ikan Tenggiri
masak asam ikan tenggiri

bahan-bahan :
  1. ikan tenggiri - 3 keping. ni kiranya masak bajet. sekali masak, terus habis hi hi hi... memang beli 3 keping aje size sederhana.
  2. bwg besar - 2 dipotong bulat
  3. bwg putih - 4 dihiris
  4. halia - 2 cm dihiris
  5. lada hijau - 3 btg, dibuang bijinya.
  6. air asam jawa
cara :
  1. tumis bahan no 2 hingga no 4. bagi naik bau wangi semerbak...
  2. masukkan air asam jawa dan ikan tenggiri. agak-agak la kuahnya ye. masak jap biar mendidih seround.
  3. then last sekali, masukkan lada hijau dan perisa dgn garam 😋 

siap 👍

lagi seminggu aje anak-anak berpuasa dan bersekolah.
lepas tu, dah cuti sekolah. hmmmm dari pagi ke mlm la penuh rumah 😄.
dlm kepala ni nak buat biskut raya, masih lom sukses. adakah next week kejadian nyer?
atau takde langsung? 😅
setakat ni saya baru ada 2 kuih raya. order dgn member. order pun sebab murah.
ada plan nak gi beli aneka kerepek. nak beli kuih kapit yg ada coklat dan peanut butter tu.
sedap nyer lah...
tetamu dtg, itu yg abis dulu. berbaloi membeli nyer...

korang ada yg dah buat kuih raya?
nanti drop link ye, aida terjah blog korang baca-baca.
bye. kena pen off sini 😊😊