assalamualaikum 😀
saya suka share maklumat yg saya rasa berguna utk diri saya.

20.20.20 | Tips Lindungi Mata
link rujukan 😌

Kebanyakan pekerjaan hari ini memerlukan anda untuk menggunakan komputer sepanjang hari. 

Selepas bekerja, mata fokus ke telefon pintar. Balik ke rumah, mata di tumpukan ke TV pula. 

Ini menyebabkan mata terdedah kepada “sinaran biru” sepanjang hari termasuk di waktu malam.

Sinaran biru ini telah di ketahui mendatangkan
kesan negatif kepada kesihatan.

☑️ Menjejaskan waktu tidur dan menyebabkan memori dan ingatan anda terganggu
☑️ Merosakkan retina dan menjejaskan penglihatan
☑️ Mungkin boleh menyebabkan katarak
☑️ Mengganggu pembelajaran
☑️ Risiko kegemukan, kanser dan kemurungan

Antara saranan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan
tips 20.20.20.

☑️ Setiap 20 minit, hentikan melihat skrin komputer, telefon dan TV
☑️ Lihat objek sejauh 20 kaki
☑️ Selama 20 saat

😎😎😎

now, saya dok rumah, agak kurang mengadap komputer.
if bekerja, kalau takde keje luar, saya duduk di meja, dlm bilik, depan komputer.
bila mengantuk, ke pantri, buat air... borak jap dgn ofismet.
then, back to depan komputer.
phone jgn ckp la korang oii... sentiasa on di atas meja. bateri weak, charge pun tepi meja aje.
ada masa tu, saya da boring mengadap komputer!!!
gi surau and 😴😴😴 jap 😆😆😆. provided keje da siap ye korang.
tak lupa tinggalkan mesej kat member sebelah bilik, di mana lokasi kita. pe pe hal, roger cecepat hi hi hi...

sama-sama la kita kan jaga mata dari gajet-gajet.
terutama anak-anak 👌.