Thursday, August 02, 2018

Isomil Plus | Izzat Baby Soya

assalamualaikum 😌
selamat pagi. selamat sejahtera korang...
sedang depan tv ni. tonton Natrah @ Astro Ria. best citer ni, sedih...involved skit topik politik & kenegaraan. sesuai la sebab Ogos ni kan bulan kemerdekaan.

nak borak-borak santai aje kat blog Adianiez ni. tiada yg serius sgt 😊. citer tentang Izzat.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
nak cerita pasal Izzat dan susunya.

dlm blog, so far saya takde bercerita tentang susu anak-anak.
sebab takde rasa utk bercerita tentangnya 😄.
kak Nurin & Syuhada dulu kala, minum susu Dutch Lady.
kalau tak silap hingga umur diorang 8-9 tahun. punya la addicted to susu botol 😃.
tak nak minum guna cawan. maintain minum susu guna botol. saya layankan aje. takde pantang larang. saya takde halangan.
utk Izzat. 
anak bongsu boy ni, special terlebih. bukanlah special sebab ibu ayah terlebih byk duit ke, Ijat terlebih kasih syg ke, apa ke...
sebabnya, Izzat dari baby ada masalah 😔.
at first, minum susu lembu, ok. saya tak ingat susu apa.
then, Izzat kerap berak. memula berak yg normal. lama-kelamaan menjadi berak yg tak brape normal.
bukan tu aje, senang sgt dpt ruam lampin. bukat sikit-sikit tau!
hingga melecet. merah melelas 😓. guna cream prescribed by doktor la.
then rasanya, ada cerita di blog yg Izzat kerap demam masa kecik. hampir setiap bulan kami ke klinik. hadoi lah...
injection imunisasi Izzat pun terlebih dari yg biasa, saya amik extra di klinik swasta. rotavirus & pneumococcal. hah gitu lah kot ejaan nyer.
so, sememangnya doktor ada bagi 2-3 sample susu lembu. utk masalah terlebih kerap berak Izzat tu.

dipendekkan cerita, share problem ni dgn kakak saya. 
suka nak inform kat sini, kakak saya doktor pakar 😌. yes, we have a doctor in the house.
Isomil Plus - cadangan kakak. dia bukan sebarang-sebarang bagi cadangan. dia pakar dlm bidangnya dan kebetulan, Muhammad, anak dia pun ada problem berak-berak ni selepas genap umur 2 thn.

at first, Izzat reject susu ni. tak sedap 😅. baunya pun tak sedap!!!
lom lagi bab berak, mak aii! busuk nyer taik Izzat ha ha ha ha ha...
slowly, dia minum la... baru umur 2 thn kan masa tu, kena la jugak bagi susu, selain dari makan. minta tolong cikgu di taska utk bantu paksa Izzat minum.
nak tgk kesesuaian dia kan...

alhamdulillah, dgn kuasa Allah, Izzat tak lagi ada masalah berak-berak and ruam lampin dia berkurangan sehari demi sehari.
maka, saya proceed dgn Isomil Plus sejak tu.
nasihat kakak saya, continue hingga Izzat hampir umur 3 thn. then, cuba tukar ke susu lembu.

dipendekkan cerita, tiap kali birthday Izzat - genap umur 2 thn, 3 thn, 4 thn dan latest tahun lepas birthday dia ke 5 thn - saya & mr.asben takkan lupa cuba tukarkan susu Izzat.
di usia genap 3 thn, after dia minum 2 botol susu lembu, terus dia cirit-birit selama 2-3 hari dgn teruk 😓. refer klinik pakar, doktor suruh kembali ke Isomil Plus.
then sama juga di usia Izzat 4 thn.
mesti korang bertanya, "ada try pediasure or susu kambing?".
ada la. sure. selain drpd rejection from Izzat sendiri, masalah kesihatan dia terjejas jugak.
mcm2 susu la kami beli 😀. try hard utk tukar susu Izzat tau bertahun-tahun.
selain daripada nakkan dia minum susu lembu, antara sebab nya ialah Isomil Plus sgt mahal!!!!
1 tin after ada diskaun, tak kurang RM65. harga ni pun jarang-jarang sgt ada. sebulan dlm 4-5 tin tau.
namun, tidak berjaya.
hingga ke hari ni Izzat masih minum susu Isomil. 
cuma tak kerap mcm kekecik dulu. weekdays, sehari 3 botol saje. weekends, baru lah 4-5 botol.
saya biasa belikan susu dutch lady kotak full cream.
utk buat sos bolognese. utk buat kuih. dan kakak-kakak memang suka minum susu kotak full cream ni. tapi Izzat tak berminat. dia sedut sekali je. then dia tak minat nak proceed habiskan sekotak tu tau.
aduhai 😀. cubaan Ibu gagal dan gagal dan gagal hi hi hi...

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
so, utk langkah berjimat cermat, saya selalu beli time offer.
normally akan dijual RM131.xx utk 2 tin.
kalau terjumpa aje offer ni, saya takkan toleh kiri kanan, sure akan grab 1 set.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
pembelian latest di Aeon, Ayer Keroh... ada plak free hooded towel.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
97% of moms agreed that Isomil Plus helps in managing their children's milk intolerance issues

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
The sign and symptoms of Milk Intolerance :Colic, Vomiting, Spit Up, Constipation, Diarrhea & Rashes

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
Soy is an excellent and natural source of important nutrients which are essential for growth and overall development. It is well known that soy provides a complete source of high quality dietary proteins. Soy milk formula is free of proteins found in cow's milk which can cause an allergic reaction in some young children.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
 ni la masanya bertin-tin stok kat rumah.
expired date is 2020. boleh la. tapi tak lama pun bertin-tin ni, sebulan abis lah 😅.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
bos kecik ni apa plak ye?
ok. sometimes, if takde offer murah berkembar, ada juga yg free 1 box susu.
harga sekitar RM75.xx setin.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
dlm tiap box ada 3 pek susu. jadik la. 1 pek dlm buat sebotol susu.

kalau korang baca-baca pasal Isomil Plus ni, lebih byk komen / pandangan negatif berbanding positif.
dikatakan bagi anak susu soya ni tak bagus.
wajib tukar ke susu lembu or susu kambing. byk efek negatif kalau lama anak minum susu soya ni.
yes. doktor pakar ada inform saya. kakak saya juga ada inform saya. saya tahu. saya sedar.
tapi, option apa saya ada jika sememangnya Izzat tak sesuai susu lain, Izzat tak boleh nak telan susu lain?
adakah perlu saya mansuhkan terus susu dari diari makanan harian Izzat dek kerana tak bagus susu soya tu?
pada saya, semua susu formula tak elok pun kalau nak dibandingkan dgn susu ibu.
tapi susu ibu is up to 2 years old. 4 years old? 5 years old? and now Izzat dah pun 6 years old.
apa option yg saya ada ketika anak saya minum susu lembu, the next hour, dia cirit-birit hingga melecet punggung dia 😔.
alhamdulillah...
setakat hari ni, tumbesaran Izzat normal. ketinggiannya, kekuatan tulangnya, gigi cantik bersih.
alhamdulillah.
saya tak dpt dah nak dukung dia. Allahu Akbar, semangat. kurus, tapi berat tulang! 😅
makan nasi, setiap hari dinner memang saya suap dia, tak kurang 2 pinggan. dlm perkataan lain, 4-5 senduk nasi.
kalau weekend, lunch & dinner = lebih 9 senduk nasi. kuat makan nasi.
di tadika, tak minum susu, tapi kenyang dgn hidangan sihat yg pihak tadika sediakan.

niatnya, menjelang Izzat naik darjah 1, sekiranya boleh, nak la tukar ke susu lembu jugak.
sebab nak dia kuat dan sihat. melangkah ke alam persekolahan yg lebih mencabar.
masih sedang fikirkan helah apa nak digunakan 😆😆.

ok la. panjang da entri ni hi hi hi...
idea mencurah-curah plak bila menaip hal anak-anak.
saya terbuka dgn komen negatif 😆, lelebih lagi positif tentang entri saya ni. saya alukan sebarang cadangan.
apapun, kita usaha mencuba, selebihnya adalah bergantung kpd keadaan dan kehendak Allah, kan.
ada ibu bapa di luar sana tu, diuji dgn anak yg sakit.
makan tu tak boleh.
makan ni tak boleh. ada yg anaknya langsung tak boleh makan / minum sendiri. Allahu Akbar.
dugaan saya, Izzat dan Isomil Plus ni adalah perkara paling kecik. sekecik habuk nak dibandingkan dgn dugaan ibu bapa tersebut.
saya bersyukur dgn nikmat yg saya ada ni... anak yg sihat, cergas, aktif, bising 😍.

😎 bye!

27 comments:

  1. ank tkleh minum susu lembu mmg mak bapak kena extrakn la duit utk susu yg soya based ni sbb mahal kn...mmg kalo nk tkr susu tu kena tgk kesesuain ngan ank..kdg2 alergik, berak2, sembelit dan mcm2 lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes amy.
      aduhai...
      selagi dia nak, aida layan kan aje la.
      bukan selamanya pun.

      Delete
  2. ssh jgk eh nak cr sesuai utk anak2..:) bukan mak2 lagi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.
      yg bongsu ni menduga poket skit tang susu :) ha ha ha ha
      bahagian memasing kan. tabah ajer lah menghadap nyer, cik nor.

      Delete
  3. ok baru taw budak2 pun ada soy based milk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.
      seingat aida dlm 3 brand.
      but isomil ni yg paling lama & well-known lah.
      paling mahal pun ye jugak :)

      Delete
  4. Saya kurang arif bab ni Aida. Harapnya jumpalah solution yang terbaik untuk Izzat.

    ReplyDelete
  5. harap2 anak ejulz nanti x memilih susu.. x sabar tggu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck.
      at first izzat tak memilih. tapi tu la, kuasa Allah, elergi plak kan.
      sian kat dia, ejulz. dugaan kecil buat aida ni :)

      Delete
  6. Boleh tahan harga Isomil Plus ni. Tapi since Izzat ok, anggap je tu sebagai pengorbanan ibu bapa kan..semoga menjadi anak soleh ye Izzat..

    ReplyDelete
  7. Susah jugak ye kalau tak boleh minum susu lembu. Isomil pun agak mahal kan. Tapi tak palah demi anak, pasti mana2 ibu bapa pun akan lakukan yg terbaik.

    ReplyDelete
  8. Mahalnya eh susu ni. Fadzi bruntung sangat sebab masa aneeq dulu memang susu badan je sampai umur 2 thaun, boleh jimat. sekarang ni pun tak minum susu tepung sangat. kalau ada dapat, aneeq minum. kalau tak, minum air susu fresh je. itu pun tak selalu minum. lebih kepada ambik khasiat daripada makanan.

    tapi pregnant kali ni fadzi risau sangat. sebab start je fadzi pregnant awal tahun ni, fadzi tak boleh minum atau makan apa-apa yang based tenusu. risau baby dalam perut ter effect sama tak boleh lactose intolerance pulak nanti.

    ReplyDelete
  9. Aduhai mencabar kalau jadi gini. pening di buatnya. Anak-anak huda telan jer semua jenis susu. hehe. Semoga di permudahkan urusan

    ReplyDelete
  10. Anak saya masa baby guna isomil ni jugak. Sebab dia allergic bila guna susu biasa. Terpaksalah jugak guna walau mahal. Dah besar sikit barulah dapat tukar kepada jenama biasa.

    ReplyDelete
  11. Macam2 susu ada kat pasaran sekarang ni kan, sebagai ibu memang pening nak pilih yg terbaik buat anak. Masa anak sis kecik dulu memang dari satu susu ke satu susu cuba sebab nak cari yg sesuai untuk dia, last2 doc suh minum susu soya je..susu lain mmg alegik

    ReplyDelete
  12. Baru tahu tentang Susu ni, maklumlah lama tak ada anak kecil tu yang tak tahu..terima kasih atas perkongsian moga bermanfaat pada ibu-ibu yg lain

    ReplyDelete
  13. Lain budak lain susu yang serasi dengan mereka kan.macam anak anak saya alhamdulillah dari lahir sampai 2,3 tahun srasi susu lactogen..besar sikit bagi dutch lady

    ReplyDelete
  14. lain anak lain caranya kan..macam anak sy yang pertama dan dua tak kisah minum dumex tapi yang ketiga ni ada masalah, najis jadi sembelitla...buat susu selalu tak abis, last2 tukar anmum okl a pulak..tapi anak yang keempat ok pulak dengan dumex hehehehe...tapi isomil ni mmg sesuai utk anak yg ada alahan jugakkan?

    ReplyDelete
  15. Minum susu menyehatkan bagi anak. Tp.skgbuntuk susu yg bagus, bagus juga dia punya harga. Tpi tal apalah demi anak anak tersayang kan?

    ReplyDelete
  16. Kami pernah pakai susu ni dulu masa anak ibu alah dengan susu lembu. Kahak dan lendir jadi banyak. Pakai lah kejap iso mil berasaskan soya

    ReplyDelete
  17. Belum pernah lagi pakai susu baby jenama isomil untuk anak Maznee, susu yang ada setakat ni serasi. Ok lah tak payah tukar tukar

    ReplyDelete
  18. Alamak.. saya baru tahu yang ada susu sesuai dengan anak dan ada yang tak.. saya ingat tak kesah jenama apa pun sesuai untuk anak.

    ReplyDelete
  19. Takpa bayar lebih demi kesihatan. Dulu masa my niece usia 3 bulan terpaksa beli susu yg memang pakai bajet tinggi coz dia ada alergik yg teruk dan ibunya meninggal masa dia usia 3 bulan. :)

    ReplyDelete
  20. This is one of the good brand to replace milk for children who have milk allergy. Bought this before for my cousin's daughter to try. She liked it

    ReplyDelete
  21. Akak, macam mana akak tau yang anak tak boleh susu lembu? Doktor ke bagi tau? Anak saya dulu masa baby ruam lampin teruk sangat. Merah teruk. Nampak isi lg. Kami hantar pengasuh lagi teruk. Mereka tak tukar diaper macam kita. So kami redha sebab bekerja. Cuma kami extra care tentang jenis diaper,sapu ubat krim homeopathy dan tukar jenama susu lembu. Yang dia OK susu S26 aje. Cisssss. Hahahaa. Mahal gila. Tapi demi anak. Alhamdulillah ruam pun Kurang. Hehe

    ReplyDelete
  22. Susu lembu memang salah satu makanan yang menyebabkan alahan. Sebab tu kita cari alternatif dengan susu soya

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)