assalamualaikum 😌
selamat pagi. selamat sejahtera korang...
sedang depan tv ni. tonton Natrah @ Astro Ria. best citer ni, sedih...involved skit topik politik & kenegaraan. sesuai la sebab Ogos ni kan bulan kemerdekaan.

nak borak-borak santai aje kat blog Adianiez ni. tiada yg serius sgt 😊. citer tentang Izzat. saya nak review tentang susu Isomil Plus. dgr je susu Isomil ni, surely perkara pertama yg melekat di minda mak-mak ialah susu isomil untuk bayi cirit birit. kan? hi hi hi...

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
Izzat dan susunya😍

kak Nurin dan Syuhada dulu hanya minum susu Dutch Lady hingga la umur diorang 8 - 9 tahun. tu pun dipaksa putus susu botol! nak minum susu, boleh, tapi mesti guna cawan la. Izzat, anak bongsu boy ni, special terlebih. manja terlebih! 😄 susu soya Isomil Plus ni plak serasi dgn dia.

sebabnya, Izzat dari baby ada masalah 😔. at first, minum susu lembu, ok. saya tak ingat susu apa.
then, Izzat kerap berak. memula berak yg normal. lama-kelamaan menjadi berak yg tak brape normal - cirit-birit yg teruk! bukan tu aje, senang sgt dpt ruam lampin. bukan sikit-sikit tau! kesian tgk Izzat masa tu. hingga punggungnya melecet. merah melelas 😓. gunalah cream prescribed by doktor.

then Izzat kerap demam masa kecik-kecik dulu. hampir setiap bulan kami ke klinik pakar. so, sememangnya doktor akan bagi 2-3 sample susu lembu. utk mengatasi masalah cirit-birit Izzat tu. dipendekkan cerita, share problem ni dgn kakak saya, kakak saya seorang doktor. dia terus mencadangkan agar saya mula berikan Izzat Isomil Plus.

pengalaman Izzat dengan Isomil Plus.
at first, Izzat reject susu ni. tak sedap 😅. baunya pun tak sedap! lom lagi bau najisnya, aduhai, sengsara! Izzat mula minum di usia 2 tahun. alhamdulillah, dgn kuasa Allah, Izzat tak lagi ada masalah cirit-birit and ruam lampin dia berkurangan sehari demi sehari. maka, saya proceed dgn Isomil Plus sejak tu. nasihat kakak saya, continue hingga Izzat hampir umur 3 thn. then, cuba tukar ke susu lembu.

tukar Isomil Plus ke susu lembu. berjaya kah?
harga susu Isomil Plus mahal! maka, tiap kali birthday Izzat - genap umur 3 thn, 4 thn dan latest tahun lepas birthday dia ke 5 thn, saya cuba tukarkan susu Izzat kepada susu lembu, jenama yg berbeza-beza termasuklah susu pediasure.
namun, selepas beberapa botol diminumnya, dia kembali cirit-birit selama 2-3 hari dgn teruk 😓. refer klinik pakar, doktor suruh kembali ke Isomil Plus.
then sama juga di usia Izzat 4 thn.

harga susu Isomil Plus.
mahal! 1 tin termasuk diskaun, takkan kurang dari RM65. dalam sebulan Izzat minum dlm 4 - 5 tin susu Isomil Plus tau. hingga ke hari ni Izzat masih minum susu Isomil. 
cuma tak kerap mcm kekecik dulu. weekdays, sehari 3 botol saje. weekends, baru lah 4 - 5 botol.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
so, utk langkah berjimat cermat, saya selalu beli time offer.
normally akan dijual RM131 utk 2 tin.
kalau terjumpa aje offer ni, saya takkan toleh kiri kanan, sure akan grab 1 - 2 set.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
pembelian latest di Aeon, Ayer Keroh.
free hooded towel.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
"97% of moms agreed that Isomil Plus helps in managing their children's milk intolerance issues"

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu

tanda-tanda dan simptom tidak toleransi susu :
  1. kolik
  2. muntah
  3. meludah
  4. sembelit
  5. cirit-birit
  6. ruam kulit
terus-terang, Izzat ada masalah no 5 dan 6 di atas.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu

soya adalah sumber nutrien penting yang sangat baik dan semula jadi.
ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan. telah diketahui bahawa soya menyediakan sumber protein makanan berkualiti tinggi yang lengkap. formula susu soya bebas daripada protein yang terdapat dalam susu lembu yang boleh menyebabkan reaksi alergi pada anak kecil.

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu

Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu
Isomil Plus alternatif untuk bayi alahan susu lembu

kesan minum susu soya.
kalau korang baca-baca pasal Isomil Plus ni, lebih byk komen dan pandangan negatif berbanding positif.
dikatakan bagi anak susu soya ni tak bagus. wajib tukar ke susu lembu or susu kambing. byk efek negatif kalau lama anak minum susu soya ni. yes. doktor pakar ada inform saya. kakak saya juga ada inform saya. saya tahu. saya sedar.

tapi, option apa saya ada jika sememangnya Izzat tak sesuai susu lain, Izzat tak boleh nak minum susu selain susu soya. adakah perlu saya mansuhkan terus susu dari diari makanan harian Izzat hanya kerana tak bagus susu soya tu? pada saya, semua susu formula tak elok pun kalau nak dibandingkan dgn susu ibu. tapi susu ibu is up to 2 years old. 4 years old? 5 years old? and now Izzat dah pun 6 years old.
apa option yg saya ada ketika anak saya minum susu lembu, the next hour, dia cirit-birit hingga melecet punggung dia 😔.

alhamdulillah... setakat hari ni, tumbesaran Izzat normal. ketinggiannya, kekuatan tulangnya, gigi cantik bersih. alhamdulillah. saya bersyukur. saya tak dpt dah nak dukung dia. Allahu Akbar, semangat. kurus, tapi berat tulang! 😅 makan nasi, setiap hari dinner memang saya suap dia, tak kurang 2 pinggan. dlm perkataan lain, 4 - 5 senduk nasi. kalau weekend, lunch & dinner, lebih 9 senduk nasi. kuat makan nasi. di tadika, tak minum susu, tapi kenyang dgn hidangan sihat yg pihak tadika sediakan.

niatnya, menjelang Izzat naik darjah 1, sekiranya boleh, nak la tukar ke susu lembu jugak.sebab nak dia kuat dan sihat. melangkah ke alam persekolahan yg lebih mencabar. masih sedang fikirkan helah apa nak digunakan 😆😆.

ok la. panjang da entri ni hi hi hi...
idea mencurah-curah plak bila menaip hal anak-anak.

apapun, kita usaha mencuba, selebihnya adalah bergantung kpd keadaan dan kehendak Allah, kan. ada ibu bapa di luar sana tu, diuji dgn anak yg sakit. makan tu tak boleh. makan ni tak boleh. ada yg anaknya langsung tak boleh makan / minum sendiri. Allahu Akbar.

dugaan saya, Izzat dan Isomil Plus ni adalah perkara paling kecik. sekecik habuk nak dibandingkan dgn dugaan ibu bapa tersebut. saya bersyukur dgn nikmat yg saya ada ni... anak yg sihat, cergas, aktif, bising 😍.

😎 bye! tq for reading...