assalamualaikum 😊😊
hari yg gembira.
esok kita merdeka. 31 ogos bulan 8 tahun 2018.

semlm... pagi hingga ke mlm menjahit selempang dan songkok Izzat. tiada mesin jahit, maka jahit tgn ajer lah 😅. org tgn keras dipaksanya menjahit, hadoi lah...
da siap, bila fitting kat Izzat, ada yg tak sesuai. ubah di tgh mlm 😁.
hari ni ada aktiviti di PASTI sempena hari merdeka.
anak-anak digalakkan berpakaian merdeka. tak kisah la camne pun.
terpulang pd kreativiti ibu ayah.
and saya. last last minit dimaklumkan, tak sempat la nak upah org jahitkan sepasang baju utk Izzat.
sib baik ada baju melayu warna putih bersih.
saya ragamkan lah sebegini simple 👇👇

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
utk tenaga kena la minum susu Isomil Plus dulu.
if not, tak nak amik gambo 😂.

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
gambar ijat pakaian merdeka. simple yg amat hi hi hi...
dpt ibu yg tak pandai menjahit, kat rumah takde mesin jahit plak tu... hadoilah!

walaupun simple, excited Izzat nak memakainya. dari semlm dia kata, "tak sabarnya nak pakai baju bendera".
kebetulan, anak-anak 6 thn hari ni, setiap org dikehendaki baca sajak.
hmmmmm sambil-sambil menjahit mlm tadi, train Izzat baca sajak la.
janji baca, dik. takde gaya pun takpe 😄.

yg penting 👇👇

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
cuti !!!

dan esok ptg, saya da ada plan terbaik... in shaa Allah 😀 👍.
suka la jugak nak inform, dari awal bulan Ogos ari tu, saya dah pun mengibarkan jalur gemilang di pagar rumah 👇👇

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
gambar pagar 3 bendera yg kecik ajer la. sebab rumah nyer pun kecik 😅.
yg penting, semangat Sayangi Malaysiaku itu besar!

terlanjur tu, saya nak copy and paste fakta yg saya dpt dari fb.
fakta tentang jalur gemilang. kita memang panggil bendera Malaysia as jalur gemilang.

pada kemerdekaan ke-40 di tahun 1997, bendera Malaysia kita dinamakan Jalur Gemilang.
ilham utk menamakan bendera Malaysia ni diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Dris. selepas itu dicadangkan kepada Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir pada 11.7.1995.
maka, selepas proses pemilihan demi pemilihan, pada 31.8.1997, Tun Dr. Mahathir telah mengistiharkan nama bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.
JALUR - bendera kita ada 14 jalur merah dan putih.
GEMILANG - membawa maksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
                                                                                                     Sumber Nama Jalur Gemilang

Fakta Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku

Jalur Gemilang | Sayangi Malaysiaku
ni pun saya jumpa di fb. maklumat yg sungguh penting.
mudah nak mencari if lah anak-anak memerlukan info ni kelak 😉.

tak sabar nak tunggu cikgu Izzat send gambar anak-anak merdeka di PASTI Pintar Soleh.
anak-anak gembira dan faham erti kemerdekaan.
dari kecik lah kita nak kena terapkan semangat merdeka pada diorang ni.
now, maybe diorang tak brape faham kenapa kena sambut dan pakai pakaian melambangkan hari merdeka.
but, slowly la kita-kita, org dewasa, explain dan explain dan explain.
agar slowly informasi tu masuk dlm minda mereka. setiap tahun, setiap kali tu lah kita memeriahkan hari merdeka bersama mereka.
pupuk semangat Sayangi Malaysia sejak dari kecil 😊😊😍.

last but not least, Selamat Hari Merdeka buat semua readers Blog Adianiez.
merdekakan diri kita sendiri dari tawanan unsur-unsur negatif.
dari diri kita, then barulah kita merdekakan org / keadaan yg lain-lain. kekal positif dan bertenaga.
in shaa Allah.