Saturday, August 04, 2018

Pesanan Cara Mendidik Anak Di Tahun 1990-an | Masihkah Relevan?

assalamualaikum 😍
update blog di hari Sabtu.
tghari nanti nak balik kampung, ada kenduri doa selamat. best!
pagi ni settle kan hal-hal rumah. kasik perfect. rumah kasik cun dulu...

semlm, Jumaat, sepetang saya blogwalking... 
sambil-sambil tu menjengah status updates oleh friends di facebook.
terjumpa 👇👇👇. sila la baca dulu ye sebelum baca apa yg saya da taip 😏.

Pesanan Cara Mendidik Anak Di Tahun 1990-an | Masihkah Relevan?

panduan keibubapaan sebegini adalah sgt bagus utk kita ikut dan kita baca.
ia adalah relevan sepanjang zaman.
  1. jgn benarkan anak menonton tv tanpa had terutama pada waktu malam.
  2. jgn berikan motosikal kepada anak.
  3. jgn benarkan anak keluar pada waktu malam.
  4. berkawan sudah memadai di sekolah.
  5. jgn benarkan anak kecil menggunakan telefon bimbit atau menjadikan gajet terutama telefon bimbit sebagai alat mainan mereka.
saya, ibu kepada 3 org anak (13 th, 11 thn & 6 thn) ucapkan terima kasih kpd Ustazah Fariza 👆 yg share pengalaman beliau dan Dr Hasbullah yg disebut di dalam statusnya.
a reminder 💥💥💥.
saya juga dulu dibesarkan tanpa tv. 
semasa saya skola rendah ni lah baru TV3 tu wujud.
masih tak lupa, saya dan adik perempuan saya excited nak tgk kartun Smurf kaler biru kat tv.
sebelum tu kami tak pernah tgk kartun tu.
saya tak ingat la samada sebelum tu kami tgk kartun apa, ada ke kartun kat tv, tv ada kaler ke 😆😅😅.
tapi kali pertama TV3 bersiaran kat tv depan mata kami, kami nantikan penuh excited!
tapi tu la, seingat saya, sejak dari saya darjah 3 dan adik perempuan saya darjah 1, kami berdua dah tak bebas menonton tv. very limited time given by abah 😔.
sehingga kami habis tingkatan 5.
stress?
seksa?
struggle?
takde langsung saya rasa perasaan tu semua. sebab saya da biasa. abah & mak pun tak tgk tv, kan...
kebetulan kot masa tu takde astro. tv tak menarik sgt.

cuma sekarang, saya akui, sebagai ibu, saya tak dpt nak buat sebaik abah & emak buat 😔.
saya 'tewas' dgn anak-anak. berkaitan dgn tv dan gajet.
saya tak boleh tgk anak-anak saya over penat. saya kesian...
hmmmmm... hadoilah.
itu yg bila pesanan 👆👆👆 tu terpapar di timeline facebook, saya membaca dan berfikir.
terkenangkan abah & emak. membesarkan kami dgn cara begitu di tahun 1980-an dan 1990-an.
tanpa tv.
tanpa holiday (sebab kami bukan famili senang).
tanpa gajet (tak wujud pun masa tu, komputer ada tapi skrin nyer hitam aje tak bergambar 😅).
tanpa internet (telefon pun masih bertali, inikan plak internet).
berkawan hanya di sekolah dan di tuisyen. lebih dari tu, dilarang!

kena ikut peredaran zaman, ekk? hmmmmmmm 😟.
partly saya rasa, saya sukses dgn anak-anak saya. partly, saya berpendapat saya perlu ubah few things. 
hmmmm 😉. anak-anak saya pun masih boleh dilentur kot hi hi hi...
tiada apa yg betul. tiada apa yg salah.
pelaksanaan aje nak kena betul sesuai dgn keadaan. 

👋 tq for reading.

38 comments:

  1. Pendapat tu betul. Tp semuanya drp didikan ibu bapa. kalau parents x bagi tonton tv tapi ibu bapa kita sendiri kaki tv pun tak boleh juga.. bagi sy ada tv atau gadget tu tak salah, yg penting kita tau sampai mana limit dorang boleh tgok. Tv tue perlu juga utk tau keadaan semasa, cuma gadget seperti smartphone atau komputer itu yg sepatutnya kita kawal. Even dlm family kami, seandainya anak2 belum mencapai 18 thn xda handphone atau komputer,, kalau nak juga kena cari kerja utk beli tanpa minta parents punya duit. hehe~ Sorry sbb komen panjang cgat.. nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka org komen panjang, atika. no worries.
      dulu dan sekarang sgt lain, sekarang lebih mencabar. dgn tv yg byk channel. kartun aje more than 3 channels :) gajet lagi hi hi hi....
      anak-anak aida, yes dah ada phone. tapi hanya on weekend saje. tanpa connection internet. sesekali connect utk check wasap kawan-kawan. no facebook. no instagram. no wechat. nothing.

      Delete
    2. Betul tue Kak Aida, sy sbagai kakak sulung pun rasa mencabar nak jaga adik2 nie yg berderet2 apatah lgi ibu bapa. Stiap ibu bapa ada caranya yg tersendiri bagaimana mau didik anak2, xda yg betul atau salah. Selagi mana kita didik kpd perkara yg baik2 InsyaAllah anak2 akan baik juga. Apapun semoga Allah melindungi kita semoga dlm dunia yg serba moden ini. Maaf komen lagi hehe~

      Delete
    3. wah. atika anak sulung. memang besar tanggungjawab tu.

      Delete
  2. Terasa sentapnya di hati sebab saya tak kawal anak nak tengok Tv pada waktu maghrib dan saya sendiri pun tengok tv pada waktu tu. Terima kasih sis Aida share, in shaa Allah harini nak start rutin baru. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama la kita, auni.
      aida pun sentap baca pesanan tu :) hi hi

      Delete
  3. Part gajet dan kawan tu memang sha setuju.. sha tak bagi anak sha gajet.. kawan pun hanya di sekolah.. sekolah pagi dan sekopah petang berbeza.. cumanya sekarang sha ada kekangan dalam mengawal masa anak sha untuk menonton tv.. tapi bak kata aida, masih boleh dilentur..

    ReplyDelete
  4. Setuju. Bab begini sebenarnya sangat subjektif. Kita kena didik anak selari dengan zamannya tetapi cara mak bapak kita didik kita dulu masih applicable untuk dipraktikkan. Nak ikut sepenuhnya trend dan arus masa sekarang memang tak bolehlah. Bak kata Aida, perlaksanaan tu kena betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman dulu kurang cabaran, kan.
      tv je kot. under control.
      now... sgt lain. kekadang skola mengajar pun guna gajet & komputer.
      adakah kita nak halang anak kita dari kenal semua tu kan?
      aduhai... dillema :)

      Delete
  5. tv dan gajet cabaran utama ibu bapa sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt la mengaku, ejulz.
      terutama tv. aduhai... umah aida ni kekadang all the time on tau.
      aduhai :(
      tapi, proses mendidik tu adalah berterusan kan.
      takkan pernah terlambat.

      Delete
  6. mmg mencabar zaman skarang utk didik ank2 compare ngan zaman mak2 kita dlu..sbb skarang ngan gadget, tv smua tu...tp kita sbg makbapak kena alert juga ..yg penting kita tahu apa yg terbaik utk ank kita..yela lain makbapak lain didikannya so kita tk bole nk komen lebih2...sama2 la kita didik ank masing supaya terhindar dr perkara2 yg tidak diingini pd zaman teknologi skarang...mcm tisya pn ada juga guna gadget tp ada had limit die...time sekolah mmg tk bagi la..bila weekend bg la die guna..so pandai2 la makbapak control ank2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, amy. didikan ikut peredaran zaman.
      nak menghalang, dlm masa yg sama aida sendiri takut anak-anak ketinggalan zaman :) hi hi hi...
      yes, kawalan tu penting. kita ni jgn alpa, kan.

      Delete
  7. Saya setuju...moga saya istiqamah didik anak camni.

    Bagi saya TV, gadget dan rakan yang salah sgt sgt menjadi punca masalah attitude anak.

    Tapi papepun kita as parent kene tunjuk contoh baik. Baru anak folo...sbb matsaleh cakap anak ni bkn dgr cakap, dia imitate cara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for sharing komen.
      sgt la setuju yg akhir tu.
      imitate cara.
      tu sebab kita kena buat apa yg kita suruh dia buat. kan?

      Delete
  8. betul tuh, zaman kita zaman susah. so kita survive sendiri sekarang ni parents banyak bagi keperluan dan kehendak anak-anak sebat tuh anak-anak jadi mua. sebab kita as parents takut anka2 akan hidup susah macam kita dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...
      zaman kita dulu zaman susah dan zaman boring. ha ha ha ha...
      but kita lebih bermesra dgn alam kan :)
      aida da mula nak nilai semula style aida didik anak. byk kena ubah ni.

      Delete
  9. Beza dulu dan sekarang. Saya juga dibesarkan pada masa tak kisah pun kalau setiap apa yg dilakukan dihadkan oleh mak ayah tapi sekarang ni memang mencabar dengan anak-anak yang terdedah dengan pelbagai kecanggihan teknologi. Moga kita semua istiqomah dalam mendidik anak-anak.

    ReplyDelete
  10. Didikan pasa masa dulu ada betulnya. Masih relevan sampai sekarang. Cuma, depend pada gaya hidup ibu bapa budak tu. Lepas tu faktor usia anak. Masa kurang dari 7 tahun, kita hantar tadika dan taska. Kalau jenis hantar ke pengasuh hari-hari dan ibu bapa bekerja. Jadi pada waktu malam bebudak ni tido confirm depan tv dan tonton youtube kids. Sebab siang mereka dah letih. Gadget pada zaman sekarang amat diperlukan. Banyak pilihan game untuk pembelajaran. Mengenal warna, ejaan dan nombor. Bayangkan kalau masuk sekolah kluster tinggi, penggunaan gadget sudah mula digunakan. Kita taknak anak ketinggalan. Walau apa pun bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Kalau malas layan anak, mesti bagi gadget. Saya sedih tengok parent yang bermasalah ni, sebab mereka alami depresi.

    Kalau anak sekolah rendah dan menengah ni yang kita risaukan adalah batas pergaulan. Masa ni memang mencabar. Tengok tv, drama korea, orang joget-joget. Bukan tak kasi, kalau boleh limitkan satu keluarga masuk tido lepas Isyak. Bangun pagi dah boleh buat kerja sekolah atau ulangkaji. Isu motosikal ni pun bahaya, jiwa remaja. berkawan sudah memadai di sekolah. ini saya sangat agree. kalau nak pi melepak semua tu tak perlu lah. duk rumah tolong ibu lg bagus. Just my two cent pendapat. World peace!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi remaja, lagi la kena jaga.
      zaman skang ni memcm pengaruh!
      ada baik. tapi lagi byk yg buruk kalau tak bebetul di kawal.
      limitation. timing. kena penting.

      Delete
  11. Ya betul.apa yang dikongsikan di atas semua betul.gajet kalau anak anak dah dapat memang diorang leka.so sebagai parent kena pantau.lekakan mereka dengan something yang lebih berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak-kakak, aida da dpt kawal.
      Izzat... masih sedang cuba.
      phone phone phone hu hu hu...

      Delete
  12. Dania antara yang leka baru- baru ni...effect dia keputusan exam pertengahan tahun memang teruk..walau cikgu cakap tak seteruk mana tapi for me as a mom dia gagal..itu tingkatan 2 tau..bukan boleh main2 sebab tahun depan dah PT3, apa yang SA buat..ambil balik HP, No TV on weekend dan memang SA akan pastikan..every day check..nak plak kami hanya jumpa on weekend je kan..risau kalau tak kawal dari sekarang apa akan jadi akan datang kan...risau pelajaran dan sistem pembelajaran negara kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai...
      takpe, SA. masih boleh. pt3 jauh lagi. in shaa Allah.
      aah kan, SA berjumpa weekend. aduhai... tanggung rindu la kan.

      Delete
  13. Perbezaan mengikut peredarazn zaman. Memang sangat mencabar. Zaman kita dulu memang Maghrib mak tak bagi bukak TV. Tapi zaman sekarang memang agak payah nak buat macam ni. Tapi kena pantau juga kekerapan anak tengok TV kan. Banyak nak kena perbaiki cara mendidik anak ni... huhu..

    ReplyDelete
  14. Setuju sangat, sebab tu budak tahun 90-an ramai jadi manusia. Sekarang ni diorang terlampau manja sangat tu yang banyak masalah sosial

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha ha :)
      terpaksa setuju lah statement Tarot ni.

      Delete
  15. nannie masih lagi mengamalkannya mendidik anak cara 90an tetapi bukanlah kesemuanya. Perlu ikut edaran masa tp jgn bagi mereka tersasar dan baik kite menegur dari org lain menegur

    ReplyDelete
  16. Relevan sangat cara mendidik orang dulu lagi bagus kerana kanak-kanak sekarang ni manja sangat sebab ada sosial media mereka jadi makin naik kepala semua menda nak viral tapi sebab itu orang dulu lebih berjaya dan tahan lama...

    ReplyDelete
  17. Salam..kalau anak2 dah biasa dgn cara didikan sejak kecil tentu tidak ada masalah seperti yang lihat kaum cina kebanyakannya di rumah hanya dibenarkan menonton tv pada hari cuti, itupun kena siapkan kerja sekolah dulu

    ReplyDelete
  18. Pesanan 1, 3 dan 5 tu memang saya tengah buat sekarang. Jarang sangat trngok tv, jarang bagi anak main gadget dan kiteorang satu family memang jarang keluar rumah waktu malam

    ReplyDelete
  19. Huda setuju dengan cara didik cara 90 an. Teknologi bagus, tapi kita yang salah menggunakannya dengan betul. Ibu bapa yang konon yer sporting bagi anak keluar rumah sampai lewat malam sangat huda tak setuju. Bagi gadget pada anak tanpa batasan hingga tiada komunikasi dalam rumah sangat menyedihkan. Harap huda mampu didik anak sebaiknya. kelak kita semua ibu bapa akan di soal tentang bagaimana kita mencorak anak-anak kita

    ReplyDelete
  20. Saidina umar al khattab ada berpesan kepada ibu bapa, didik anak menurut zaman mereka. Jadi ilmu keibubapaan zaman dulu tak semestinya sesuai sekarang. Kena fleksible dan berseni

    ReplyDelete
  21. Kalau nak ambil bulat bulat memang tak sesuailah. Sebab tu kita kena selalu cari dan amalkan ilmu supaya pendekatan kita sesuai dengan peredaran zaman

    ReplyDelete
  22. Zaman kita membesar dulu, mana lah ada tablet dan internet. kalau ada pun barang premium. Tak semua orang mampu. Sekarang ni bukan tak boleh bagi anak anak main gajet. Tapi sebagai ganjaran saja

    ReplyDelete
  23. Jangan benarkan anak kecil menggunakan Hp itu memang perlu. Bukan apa, usia mereka tidak layak lagi untuk didedahkan dengan social media yang tiada batasnya. kAwal lebih baik

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)