Wednesday, August 29, 2018

Resepi Minum Petang | Chicken Carbonara Cheese Puff

assalamualaikum.
salam sejahtera.

hari ni hari rabu.
ibu Izzat ni ada keje jahit-menjahit utk baju merdeka Izzat esok 😄 hadoi lah...
last minit. semlm tghari cikgu Izzat wasap dlm grup tadika. aduhai.
Izzat pun mlm tadi ada pesan, "ibu, cikgu kata esok pakai baju merdeka, baju bendera".
demi mu anak, ari ni ibu buatkan lah ye. simple ajer lah pakaian merdeka Izzat.
maka, very short update lah ye.

ahad lepas menggigihkan diri buat Chicken Carbonara Cheese Puff.
jengah-jengah peti ais, bahan semua ada. alhamdulillah...
plan nak bekalkan kak Nurin balik ke asrama 😍.

siap utk di ngap 😋 18 keping.

Resepi Minum Petang | Chicken Carbonara Cheese Puff
bahan utama!

buat inti chicken carbonara cheese ni mudah aje. resepi saya yg biasa.
tapi diolah semula ikut bahan-bahan yg sedia ada kat rumah.

bahan-bahan :
  1. sepeket ayam hancur - saya beli ayam hancur Saudi
  2. puff pastri Kawan
  3. 1 tin prego carbonara cendawan
  4. cheese 6 keping
  5. 1 bwg besar holland - potong dadu
  6. 4 bwg putih - hiris halus
  7. mentega 3 sudu - utk tumis gantikan minyak
  8. 1 lobak merah - potong dadu
  9. 1 tin cendawan butang - potong dadu
  10. garam / serbuk perasa
  11. serbuk lada hitam
cara-cara yg simple :
  1. tumiskan bwg besar holland & bwg putih dgn mentega hingga naik bau
  2. masukkan ayam hancur & cendawan butang. masak rata sampai ayam masak.
  3. masukkan prego carbonara cendawan, cheese dan lobak merah. kacau rata hingga masak.
  4. perisa la dgn garam / serbuk perasa dan lada hitam.
  5. sejukkan la inti ni dulu before nak masukkan dlm puff pastri.
  6. then, da masukkan dlm puff pastri, bakar dlm oven selama 30 minit dgn suhu 180⁰c.


 tadaaaaaaaaaa...

next, nak buat popia carbonara cheese plak.
tgk lah. sarapan pagi merdeka nanti ke 😄. in shaa Allah...
till then, korang semua, have a nice day 👌😉

13 comments:

  1. sedap tu..tk pernh buat puff tp pernh buat masa ada event masak2

    ReplyDelete
  2. sedap tu..tk pernh buat puff sdiri kt umh tp pernh buat masa ada event masak2

    ReplyDelete
  3. mengancamnya tengokk puff tu.. nak sikit :p

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa...
    nieyl pun teringin nak buat sendiri...
    simpan dlu resepi ni...nnt ada masa nak try buat juga

    ReplyDelete
  5. Nampak mudah dan senang, boleh cuba ni

    http://tarotthefool.blogspot.com/2018/08/what-to-see-do-eat-best-activities-in.html

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa .... thanks for the recipe!

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap dan menyelerakan.. Inti tu boleh dipelbagaikan ye..

    ReplyDelete
  8. wahhh.. sedap.. ada masa nanti nak cuba buat jugak la. hehe

    ReplyDelete
  9. wahhh rajinnya! Lapar terus saya kak aida oiii

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa nampak. CT ade plan jugak tapi tataula bila nk buatnya. sebab skrng senang ade pastry yang ready made. xyah susah2 mnguli hehehe..

    ReplyDelete
  11. Confirm sedap ni kak..Aduh tengok ni lapar semula tengah malam =_='

    ReplyDelete
  12. wahh.. sedap ni.. lapar pulak tengok. hehe

    ReplyDelete
  13. aduhhh sedapnya aida, saya memang sukalah

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)