Thursday, August 09, 2018

RUU SST | GST Dimansuhkan & Kita Bakal Bayar SST Pada 1.9.2018

assalamualaikum 😀 salam sejahtera...
salam ceria.
moga yg baik-baik aje utk kita-kita, kan. in shaa Allah.

hari ni saya nak share tentang GST dan SST.
saya sebenarnya tak nak update pasal ni. skang RUU SST da pun dibahaskan di Dewan Rakyat, kan.
so, tak guna dah nak pertahankan GST. tapi semlm ada satu komen berkaitan GST kat satu entry saya 😀.
itu yg tetiba nak menaip pasal GST vs. SST.
saya ni bukanlah nak komen dari sudut politik.
saya pernah jadi auditor GST. saya juga pernah jadi pegawai penguatkuasan utk GST.
saya juga pernah jadi pegawai pendakwa mendakwa bwh Akta GST 2014.
saya share dari segi pengetahuan teori dan di lapangan.
maka, feel free baca entri saya ni, luar dari lingkungan politik ye, santai-santai aje 😅.
kita sebagai rakyat, perlu amik tahu deep pasal GST dan SST.
sebab, apa yg berlaku hari ini akan beri impak kpd masa depan anak-anak kita.
sehingga masanya, kita tetap akan kena explain kpd mereka. kefahaman tu penting.

YB Menteri Kewangan sendiri mengaku, sistem GST lebih telus.
saya pun tak faham kenapa sesuatu yg telus, nak dimansuhkan???!!!
kita da bertukar kerajaan. kerajaan sekarang kuat ingin memperbetulkan segala kemungkaran kerajaan yg lepas. saya yakin dgn kepimpinan Tun M dan DSAI.
maka, apa salahnya perbaiki dgn just proceed dgn sistem yg telus ni.
kurang kutipan cukai, bermaksud, lebih la dpt dikembalikan kepada rakyat oleh kerajaan.
adakah pasti bila kerajaan kurang kutip cukai, ini yg YB Menteri Kewangan kata la, duit yg tidak dikutip tu maintain dlm poket rakyat???
tidak sama sekali, pada pendapat saya sebagai seorang rakyat marhaen !!! dlm poket peniaga. 
sebab YB Menteri Kewangan sendiri da declare, harga tak dijamin akan turun.
apakah maksudnya tu? rakyat masih berbelanja seperti dahulu dan mungkin lebih.
tambahan pula, cukai jualan ada yg bakal ditetapkan pada kadar 10%!

RUU SST | GST Dimansuhkan & Kita Bakal Bayar SST Pada 1.9.2018
tq Nik, sebab komen di entry blog Aida.
i am sharing this bukan sebab pendapat Nik tak betul ye. u are right.
aida just nak explain further...

RUU SST | GST Dimansuhkan & Kita Bakal Bayar SST Pada 1.9.2018
YB Menteri Kewangan terlupa nak selitkan dlm setiap kata-katanya tentang tuntutan cukai input di setiap rantaian.

isu yg dibangkitkan, kerajaan BN telah mencuri wang cukai input yg patut dibayar kpd perniagaan, sebab tu peniaga perlu naikkan harga bagi mengatasi masalah tu.
ini adalah subjected to pembuktian oleh YB Menteri Kewangan. saya takkan komen lanjut.
maka, kalau ikut tuduhan itu, yg salah ialah kerajaan BN yg korup! bukan sistem GST.

klik gambar utk dgr 😀 interesting. 
byk ilmu pasal cukai boleh diperolehi. terutama bab SST.

saya nak petik kata-kata YB Menteri Kewangan, dgn adanya SST, takkan ada lagi elemen tuntut cukai. so, masalah tuntutan cukai tiada lagi. ini sgt tidak bernas dan berwawasan 😓. belum cuba, betul tahu, kan...
sepatutnya, kerajaan baru memperbaiki kepincangan tu. kita korek mana hilangnya duit tu.
bukan mansuhkan GST agar tidak hadapi masalah tu. bak kata KJ, perbaiki proses.
yg salah, kerajaan BN yg korup! bukan sistem GST.

GST bukan kos kpd perniagaan. kerana ia boleh dituntut semula.
tapi, SST akan jadi kos kepada perniagaan. ini la yg GST perbaiki. SST dulu tu tak telus!

 

di mana kah yg dikatakan kastam kutip 24%?
isu tak dpt balik input tax, tu is another issue la. again, sistem GST tak salah.
yg salah tu dia kerajaan BN yg korup!

ini illustrasi. hadamkan...

klik gambar utk terus dgr apa KJ nak sampaikan. then nilaikan.
(jgn la amik pot sgt apa si Jelutong tu bisingkan. Rosmah byr atau
tidak, itu bukanlah bukti GST tidak telus 😅 😅 😅)

another one... just dgr utk tambah ilmu. 
setuju atau tidak, tepuk dada tanya poket 😂.
poket = byr cukai ler...
Tony Pua memang takde point yg bernas. baseless. 
sgt tidak bagus utk negara ada YB begini.

ada hujah kata, rakyat singkirkan GST sebab harga naik dan naik dan naik.
so, adakah SST nanti harga takkan naik? itu utk kita, rakyat marhaen, tentukan selepas 1.9.2018.
ada jugak hujah kata, GST membebankan rakyat miskin. memerah poket rakyat dan tidak adil.
kena la ingat. sebab tu ada BR1M, PR1MA, PPA1M, bantuan persekolahan dan byk lagi. semua ni semua diberikan kpd golongan tu (saya x dpt apapun 😅).
bila kerajaan kaya, bukankah itu yg kita nak, kerajaan boleh pulang balik kpd rakyat. 
kita kan ada kerajaan PH yg lebih baik. so perbaiki la semua yg pincang.

aduhai... kalau la korang di luar sana boleh follow saya, audit perniagaan demi perniagaan, kecik dan besar...
mereka memang sgt bersungguh-sungguh menipu kerajaan bila nak byr cukai, SST dulu kala dan GST yg terbaru. ada aje helah mereka nak elak cukai.
perkara ni akan berlaku jugak selepas 1.9.2018.
bila nak claim balik input tax, wow!!! rekod sungguh complete. tang nak cek yg dia kena byr, itu takde ni takde. aduhai...
tapi sebab GST adalah telus, semua peringkat rantaian kita boleh cek. maka, at the end kita dpt tau mana nak korek hasil.

tak semua brg ada GST. dikecualikan. 0%. sepatutnya harga brg murah.
perkhidmatan pun, tak semua berGST. sebab, tak semua pemberi perkhidmatan tu adalah berdaftar GST.
yg main peranan besar kat sini ialah PENIAGA, PENJUAL, PEMBERI PERKHIDMATAN. 
tidak terkawal. harga ikut suka hati. yg mereka tahu, margin keuntungan besar.
ada juga pengguna yg tak suka GST, langsung tak amik peduli nak cek resit.
seolah-olah kalau amik resit, kena byr GST. tanpa resit, payment is free from GST.
tak begitu. bila perniagaan tu berGST, brg harga RM2 pun ada dah 6% GST dlm tu.
tahu tak, kalau kita begi kedai hardware, dia caj kita RM200.
RM200 tu termasuk GST tau. kita anggap dia registrant.
kita byr. tak amik resit. pekedai pun masuk aje duit dlm laci, tanpa tekan sistem POS.
tau tau bahawa RM12 (GST) tak sampai pada kerajaan. resit tak dijana, hasil tu tak dpt dikesan.
sape rugi? rakyat.
sape untung? fikirlah sendiri... dlm masa yg sama, pekedai tuntut plak refund. double triple rakyat rugi.

kedai hardware. kedai aksesori kereta. kedai runcit. ni semua byk main silap mata.
sebab. saya sendiri da terkena.
patutnya diberikan saya resit (tax invoice). tapi diberikan saya Delivery Order. dah kenapa?!
sebab dia tak nak masukkan pembayaran saya dlm sistem. dia nak masukkan duit dlm laci aje.
kedai runcit dekat dgn rumah saya. bila saya dtg, dia buat-buat la key in dlm sistem.
bila dia tak perasan kehadiran saya dlm kedai dia, saya perhatikan, dia tak usik pun sistem POS dia tu. duit hasil jualan masuk dlm laci aje.

saya da start simpan resit.
sebab isu besar GST dimansuhkan ni ialah kenaikan harga. orait. we'll see...
nak buktikan pada diri sendiri yg pemansuhan GST ni bakal menguntungkan saya.
nakkan kerajaan buktikan yg SST ni mengembalikan RM17B duit kpd rakyat.
yg dikatakan sistem cukai satu peringkat, tidak byk rantaian ni kan. ok. we'll see...
saya sgt berharap apa yg kerajaan PH bakal lakukan ini adalah ke arah Malaysia Baharu yg berkebajikan.

adakah saya akan kecewa? harapnya tak la kan...

p/s : nak komen? feel free to komen ye. nothing is sensitive. sharing pandangan saje. demokrasi.
        positif or negatif. kalau perlu, saya reply 😀💪

8 comments:

  1. betul. pengeluar, pengilang, pemborong atau senang cerita yang 'jerung' ni BOLEH CLAIM balik cukai tu.

    Tapi kita pengeluar tak boleh.

    Betul kan kalau Syaza salah yea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud Syaza - kita pengguna, kan :)
      yes. kita tak boleh.
      sebab kita bukan berdaftar gst.
      setiap rantaian tu mesti ada yg akhir, kan.
      mcm rantai makanan la...
      so yg akhir tu kita la :)

      Delete
  2. Wah, panjang lebar akak terangkan GST dan SST.. hihi saya berkecuali dalam hal nie sebab yang nie saya tak expert, kalu bab buku tue okeylah.. hihi jangan marah tau kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi hi...
      tak expert takpe, dik.
      yg penting, faham. sebab ni hak kita sbg rakyat yg byr cukai.
      side mana, tak kisah la :)
      kefahaman tu amat penting.

      Delete
  3. tak beapa nk faham gak sebenarnya sst ni. apa2 pon harapan supaya Malaysia ekonomi semakin baik dan rakyat makin selesa;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. itu yg semua harapkan dgn barisan kerajaan baru.
      in shaa Allah...
      aminnn...

      Delete
  4. Yang Sha tahu dan faham kesannya tetap pada pengguna.. Macam sekaranglah, bila kata GST 0% patutnya harga turunkan.. Tapi harga makin naik.. Bila dia pakai SST, conform harga lagi naik.. Yang sakit tetap kita..

    ReplyDelete
  5. ada juga baca susahnya nak kutip cukai dari rantaian atas ni bila ada SST, betul juga kata Kak Aida tu sepatutnya perbaiki bukan mansuhkan. Tapi dah masuk dalam manifesto untuk hapuskan GST, so that's why diorang proceed juga walaupun collection GST boleh selamatkan hutang negara. Zaman Anwar jadi MOF dulu pun dia yang suggest negara kita guna GST tapi ditolak oleh sultan that's why kita maintain dengan SST sampai lah 2015

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)