assalamualaikum & salam sejahtera 😀
selamat pagi...

esok hari raya Aidil'Adha. in shaa Allah...
masih ada yg keje ke ari ni? hi hi hi kipidap. nanti lepas keje, boleh la gerak balik ke kampung slowly ye. berhati-hati di jalan raya. kak Nurin & Syuhada sudah saya anta awal-awal balik umah Abah Mak Ahad ptg yg lepas. teman Atok Uwan. lagipun cuti sekolah ni hah, dpt la diorang berdua spend masa lelebih dgn Atok Uwan. saya, mr.asben & Izzat, in shaa Allah, jap lagi baru nak bertolak balik sana.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door

semlm kontraktor pintu dtg tukar pintu-pintu tandas rumah baru kami. setelah mencari-cari. setelah survey harga, kualiti dan jenis pintu tandas beberapa bulan, kami memilih utk tukar pintunya kepada pintu jenis lipat dua atau omputehnya, bi fold door dari material aluminium.

harga pintu tandas aluminium lipat dua.
menjadik lah yg ini. settle tukar ketiga-tiga pintu tandas dgn harga berjumlah kurang RM990 je 😃. kebetulan Vnex Aluminium Kitchen Cabinet ada buat promosi - 1 set pintu tandas lipat RM330 dgn syarat, pasang 2 atau lebih pintu tandas aluminium bi fold ni dlm sebuah rumah. rezeki kami la dpt pintu bilik air bi fold murah. sekiranya hanya 1 pintu utk sebuah rumah, harganya adalah RM380. tak dpt harga promosi!

tapi kan, sebelum-sebelum tu, kami survey harga pintu tandas lipat dua ni, byk kedai jual pintu bilik air moden gini offline mahupun online. namun,  1 set pintu tak kurang RM450. 

RM380 tu still murah byk lah kan. kalau 3 pintu? hu hu hu hu... bernasib baiklah berjumpa dengan kedai yang buat promosi jual pintu tandas ni. byk penjimatannya.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
pintu asal oleh pemaju, jenis pintu tandas pvc berlipat-lipat.
kami tukar kepada pintu tandas aluminium.
pintu tandas lipat dua. nampak lebih kemas.

kenapa tukar pintu tandas?
  1. pemaju menyediakan pintu tandas pvc yg berkualiti rendah. ketiga-tiga pintu tandas asal telah rosak!
  2. meskipun hanya pintu tandas, pada saya ia perlulah nampak cantik terutama pintu tandas di ruang dapur. ruang dapur tersebut bakal diubah menjadi ruang makan. maka, pilihan kami ialah pintu tandas aluminium lipat dua dgn pemilihan corak yg berwarna-warni 😍.
  3. pintu tandas lipat dua ni menjimatkan ruang berbanding dgn jenis swing door dan jenis sliding door.
  4. pintu tandas lipat dua ni pada saya adalah pintu tandas moden dan ekslusif. nice!
  5. pintu tandas aluminium ni, dari pembacaan saya dan recommendations ahli keluarga, yg paling sesuai kerana ketahanan terhadap lembab dan karat.  

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door

cara pasang pintu bilik air lipat dua? 
segan nak jawab. sebab 😅 kami tak pasang sendiri. RM990 tu siap pasang oleh kontraktor. mudah saje saya perhatikan, tak sampai pun 15 minit dah pun selesai proses tukar pintu-pintu tandas saya. pintu tandas lipat dua tu memang datang sekeping-sekeping.

1 - 2 minggu sebelum pemasangan, kontraktor akan dtg ukur dulu pintu tandas kita. customade gitu. agar pintu yg bakal dipasang sesuai molek aje dgn ukuran jenang pintu tandas kita. tak boleh sgt nak estimate  ikut saiz standard pintu tandas biasa-biasa. kalau lari 1 cm pun, nanti tak sempurnalah pemasangan pintu tandas kita. mesti kontraktor nak dtg ukur dulu.

then, boleh la kita pilih mana-mana corak pintu yg kita nak. rambang mata nak memilihnya!!! pilihan kami adalah corak yg minimalis saje. janji sedap mata memandang 😍.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
pintu tandas di ruang makan dan dapur.
design pilihan mr.asben.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
ada bottom track. kalau tanpa bottom track ni, mahal skit harganya.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
lock dari dalam.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
pintu tandas bilik anak-anak dara.
kak Nurin dan Syuhada yg pilih.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
ni pula pintu tandas bilik saya.
💚💛💜 design pilihan saya pula.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
klik gambar 👆utk ke fb Vnex Aluminium Kitchen Cabinet.
klik klik utk dptkan maklumat promosi jika ada lagi.

bingkai pintu tandas lipat dua jenis aluminium kami.
untuk bingkai bi fold door ni, ada 3 pilihan warna - silver, putih & hitam. kami pilih kesemuanya bingkai silver memandangkan jenang pintu di rumah saya berwarna kelabu. so, sesuai lah... dan, if pilih bingkai pintu warna putih atau hitam, kena tamba RM30 utk setiap pintu.

alhamdulillah... selesai bab pintu tandas. lepas ni ada lagi 2 projek utk dapur. 2 ni wajib sebelum kami pindah masuk dlm masa terdekat ni. in shaa Allah...
skit demi skit... hari demi hari... dah pun 3 thn rumah ni kami miliki, tapi lom tetap duduk di sini. keperluan anak-anak bersekolah. kedudukan rumah bkt katil yg sekarang ni sgt sesuai utk persekolahan anak-anak buat masa sekarang 😊.

moga entry ni beri manfaat kpd yg memerlukan ye. mana la tau ada yg mencari. Vnex Aluminium Kitchen Cabinet ni berpejabat di Johor, Melaka & Penang.  terjumpa fb Vnex Aluminium ni pun tanpa sengaja. sharing from officemate. alhamdulillah... saya sendiri, tak pernah berhenti mencari info tentang pintu tandas lipat dua ni tau. dok la compare harga sana sini. mencari harga yg paling bajet lah 😄.

kalau ke home expo di MITC, ada jugak booth utk pintu tandas aluminium bi fold gini. harga yg saya survey adalah antara  RM600 - RM800. ku sangka di home expo lebih murah, tapi, lebih mahal dari kedai biasa-biasa sekitar Melaka. kat kedai biasa dpt lah dlm RM400 -  RM550 utk 1 pintu. 

ada ler extra spesifikasi bila harga lebih mahal, kan. tanpa bottom track, extra lock dari luar dan sebagainya. ni terpulang la kpd kita. saya amik yg minimum spesifikasi aje. tandas jer pun kan 😅. janji boleh tutup sempurna time nak tunai 'hajat'.

ada juga yg komen negatif bahawa dia prefer guna swing door sekeping dari pintu tandas lipat dua gini. sebab dikatakan pintu tandas lipat ni mudah rosak. hmmmm bagi saya, sendiri jaga la kan. kalau nak bangkitkan isu 'mudah rosak', pe pun rosak if tak jaga elok. saya memilih pintu tandas bi fold ni sebab ia jimat ruang. tandas saya pun kecik saje semuanya. sesuai sgt.

tepuk dada, tanya selera sendiri, kan 😉 👌.