assalamualaikum 😃
salam sejahtera.
jam tu hah da pun 9.30 pagi. masa utk lepak jap depan tv, rehat and update blog..

mr.asben da gi keje. anak-anak sekolah.
ibu?
👉 breakfast done.
👉 air putih done minum 1 liter 😅.
👉 sotong & udang done kuarkan dari freezer (nak masak for lunch).
👉 nearly 60 minit workout dlm rumah (ringan-ringan aje, janji berpeluh & burn more than 200 kalori).
👉 baju da basuh (hujan, so tak la sidai. tghari nanti nak gi dry aje).

ok ok ok, done introduction 😆.
nak share la satu tempat makan yg best kiranya korang nak merasa makanan Negeri Sembilan.
it is like a one stop centre. ada byk jenis masak lemak. sehingga korang tak tau mana nak ceduk dulu.
yes. di Negeri Sembilan byk lagi tempat-tempat yg ohsem camni.
ini la salah satunya yg famili saya selalu singgah. sebab lokasinya mudah, tepi highway aje.

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas

lokasi nya sgt mudah.
tol pedas - linggi.
melepasi aje plaza tol, korang masuk simpang ke kiri.
Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok ni lebih kurang dlm 500 meter saje, di sebelah kiri.

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas

tak susah.
korang akan nampak byk kereta parking sepanjang jalan.
antara sanggup atau tak sanggup aje lah nak berjalan jauh!
ini adalah pemandangan di hujung minggu atau hari cuti. ramai org singgah nak makan sini!
saya pernah gi hari bekerja, crowd nyer biasa-biasa saje 😊.

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas

waktu operasi kedai makan ni ialah Selasa hingga Ahad.
jam 11.00 pagi hingga lebih kurang 4.30 ptg.
Isnin tutup!

teringat satu kisah, masa bekerja dulu.
Isnin, tetiba big boss teringin nak makan sini. saya dan lagi 3 org ofisment follow dia.
kejap aje dari Ayer Keroh nak sampai sini, naik Mercedes big boss lah.
tiba aje situ, tup tup tup tutup kedai makan ni. hadoi lah... frust kami-kami 😅 😆.
hari Isnin tu tutup untuk pembersihan kedai makan. kalau tiap hari buka, tak berkemas, payah jugak kan.
balik la kami ke Ayer Keroh...

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
deretan lauk-pauk utama Kedai Makan Pak Raub 😍
gulai lemak ayam kampung
rendang itik
gulai lemak perut & rebung
gulai lemak daging salai
rendang daging

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
kari kepala ikan, perut goreng dgn kacang panjang, gulai lemak ikan keli, gulai lemak telur itik, rendang ayam...

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
paceri nenas, paceri terung, ayam kurma, ayam masak merah, ikan keli goreng cili padi...

di antara lauk pauk yg saya ingat 😅.
memang tak dpt nak snap gambo detail. org ramai weekend lepas! 
kawasan lauk-pauk tu memang penuh dgn org yg makan di kedai, mahupun yg tapaw lauk-pauk.
ada jugak aneka sayur seperti taugeh goreng, kangkung goreng belacan... ulam-ulaman pun ada.
telur asin, sambal belacan. ikan goreng. ayam goreng.

pendekkan citer, apa aje yg korang rasa nak makan, in shaa Allah ada.
antara cukup luas atau tak pinggan nak letak dan perut nak menghadamkannya 😋.

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas

tak perlu tunggu Hari Raya Aidilfitri utk nak makan biskut raya dan kerepek.
kat sini semua tu ada dijual. sedap-sedap plak semuanya.
kuih-muih tradisional... korang dtg sini, korang wajib beli. kuih kaswi, kuih seri muka, aneka kuih talam... 

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
dodol ada. tapai ubi ada. kek kukus ada. kuih denderam ada.

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
kacang goreng, kuih suji, kuih tart, kuih kapit coklat dan peanut butter, kuih semperit...

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
rempeyek, kuih ros, bangkit cheese, bangkit susu...

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
western pun dah ada dah...
spageti bolognese, macaroni & cheese, kek cheese leleh pelbagai perisa, cheese tart...

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
di setiap meja makan, disediakan jug berisi air siram. disediakan percuma.
abis. refill. abis. refill. abis. refill 😅.
nak order air lain pun boleh jugak ye...

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
Izzat dgn nasi dan kuah kuning kegemarannya 😍

Makanan Nismilan Sodap | Kedai Makan Pak Raub & Kuih Muih Kak Wok, Pedas
sama la dgn Syuhada, tak brape makan ikan ke ayam ke. 
nasi, kuah kuning dan bendi asam pedas.

weekend lepas, 2 kali kami lunch sini.
sabtu, on the way ke Seremban, umah mak mertua.
ahad, on the way back balik rumah Bkt Katil.
and kedua-dua hari tu lah Kedai Makan Pak Raub ni full house 👍.
tapi jgn risau lah, walaupun ramai, tunggu la jap sebab pasti ada seat utk kita sekeluarga makan dgn aman. in shaa Allah.
harga?
pada saya, murah. dgn air sirap free yg anak-anak minum bercawan-cawan.
kuah kuning banjir. 5 pinggan nasi. rendang itik, ulam-ulaman... murah. 
angka yg saya boleh inform adalah tak mencecah RM30. 

korang wajib la singgah kiranya korang lalu di tol pedas - linggi.
korang akan dpt gambaran penuh tentang makan Nismilan yg sodap-sodap 😍.