assalamualaikum 😌
selamat pagi korang semua...

... Manisnya Sebuah Kejayaan!

selepas subuh pagi tadi, terima kata-kata peransang di dlm grup wasap tuisyen UPKK Syuhada.
dari Ustaz nyer... 😍 kasih syg Ustaz utk anak2 murid. anak2 murid sentiasa dlm fikiran Ustaz.

sebelum Syuhada ke skola tadi, share dgn dia wasap dari Ustaz ni.
tersenyum Syuhada...
anak-anak ni, diorang lebih dgr ckp cikgu dari ckp ibu nyer...
so, bila tunjuk ni dari Ustaz dia, moga dia lebih bersemangat lah ulangkaji di hari-hari terakhir ni.

"Usah direnung letihnya usaha,tetapi...renungkanlah manisnya sebuah kejayaan..."

setiap mlm saya bersama Syuhada membuat latih tubi.
setiap mlm bersama dia.
sentiasa inform dia... bisik kat telinga dia...

"Adik bertahan ye dgn Ibu. Sikit jer lagi, dik...Sesuatu yg susah tu, hasilnya pasti best!"

... Manisnya Sebuah Kejayaan!

tak ulangkaji dgn berat.
hanya buat latihtubi. kami baca soalan dan jawapan sama-sama.
saya bincang dgn dia setiap soalan dan jawapan setiap satunya.
kenapa salah... kenapa betul... kenapa tidak... kenapa ye...
saya tahu dia da abis baca setiap nota yg ada. so, tak nak la press dia dgn aktiviti membaca lagi.
kami bincang sambil gelak skit, buat lawak skit... marah skit-skit lah kalau dia tak serius 😅 hi hi hi...

mungkin ada org kata, "dah dah le tu. exam ni bukannya penentu kejayaan masa depan. bagi lah anak tu rehat. asyik blaja ajer..."

mungkin ada org kata, "tak payah la exam-oriented sgt. janji lulus dah la..."

😀 saya faham. life anak-anak masih panjang.
tak semestinya berjaya dlm pelajaran, kriteria wajib utk berjaya dlm hidup masa depan.
tapi bagi saya, belajar tu penting. dgn pelajaran, hidup akan dipermudahkan.
pelajaran ni ada weight nyer yg tersendiri dlm kehidupan.
so, saya memang menetapkan budaya belajar by hard kpd anak-anak saya.
tanpa ilmu... tanpa belajar bersungguh-sungguh... u are nothing! 😌😌😌
kami ni bukan keturunan kaya raya yg boleh jadi CEO lepas abis jer final exam di Uni.
yg ada tanah berpuluh ekar utk dikerjakan.
yg ada berjuta duit, boleh petik jari nak buat bisnes pe pun. terpampang papan iklan di tepi highway.
kita kena kerja keras utk jadi senang di hari depan.

dlm masa yg sama, anak saya enjoy life mereka to the fullest!
saya beri apa saje yg diorang nak. apa saje yg diorang patut explore. 
apa saje yg relevan utk diorang.
reward kerana diorang belajar dgn bersungguh-sungguh 😍.

aminnnn kan doa agar Syuhada diterangkan hati utk jwb UPKK next week ye.
tq so much.