Wednesday, September 19, 2018

Resepi Mudah | Kerabu Mee Segera Thailand

assalamualaikum 😌
salam sejahtera...

hari ni, sambil-sambil buat keje rumah, releks-releks blogwalking.
memana link yg saya rasa menarik utk diterjah, saya klik 😊.
terutama yg setia komen di blog ni, tu wajib lah kan...

mlm ni saya nak share lah 👇.
air tgn my 💙💙💙 mr.asben ahad lepas. kerabu mee segera Thailand.

Resepi Mudah | Kerabu Maggi

ni kali kedua my mr.asben buat. sedap! pedas 😋.
sgt mudah rupanya. kebetulan, mr.asben ke Thailand ari tu, sekotak mee segera Thailand dibelinya.
tak reti plak saya nak menaip nama mee segera ni.
mengkerabu lah kami di Melaka.

Resepi Mudah | Kerabu Maggi
tu hah dia. elok terletak tepi almari 😍

Resepi Mudah | Kerabu Maggi

mee segera Thailand ni memang kenyal.
bila da dicelur, dia tak lembek tau. dulu, saya dgr aje la dari kawan-kawan.
ni buat sendiri, yes, terasa perbezaan nyer dri mee segera yg biasa kita makan tu.

bahan-bahan :
  1. 5 - 7 peket mee segera Thailand dicelur cantik-cantik
  2. 4 biji tomata dipotong dadu
  3. 2 bawang holland dipotong dadu
  4. 10 - 15 cili padi kampung dihiris
  5. kacang panjang secukupnya dihiris
  6. sepeket fishball dihiris
  7. daun bwg & daun sup secukupnya dihiris
  8. 3 biji limau nipis, diambil air perahannya
  9. sedikit air gula

memang takde seafood kerabu mee segera kami ni 😅. bukan tak suka, tapi tak beli.
kalau ada sotong & udang, direbus dulu hingga separuh masak sesedap rasa.
cara-caranya sgt simple. semuanya dicampur dan digaul rata bersekali dgn perencah mee segera tu. masam manis tu dirasa la cukup ke tak.
bab pedas tu, kalau tak suka, kurangkanlah bilangan cili padi tu. kami punyer ni memang pedas!
menyeringai mak mertua saya memakannya 😅.

sungguh refreshing bila makan kerabu mee segera ni.
kos pun tak le mahal sgt, kan. sekotak da borong kat Danok hi hi hi hi... dgn happy lah mengkerabu.
teringat Ramadhan lepas, beli kerabu maggi di pasar Ramadhan. anak-anak suka makan, kan... sebekas RM6. aduhai!
next Ramadhan dah boleh buat sendiri. alhamdulillah... in shaa Allah.

😋

13 comments:

  1. pergh..mmg sdap kak..berair mata pun still nak makn lg..haha

    ReplyDelete
  2. hah kerabu maggi thai ..fav juga...ms food festival thai aritu rm 7....ni ada opismate jual..beli juga tp belum buat lg hehe

    ReplyDelete
  3. perghh sedap nampak tu ... kite jarang makan kerabu yang macam ni tapi kalau sedap laju je masuk dalam mulut hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Sha tak pernah cuba lagi kerabu maggi ini.. Maggi tu dah pernah makan.. Pedas dan memang kenyal..

    ReplyDelete
  5. Nak kena try ni...dah lama dok peram resepinya huhu...

    ReplyDelete
  6. aritu makan, adik ipr masak. Memang sedap

    ReplyDelete
  7. wahhh.. sedap.. wife ejulz guna maggie ayam je masak mcm ni. hehe

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kerabu maggi thailand ni...tak payah dah pergi Thailand nak cari..maggi ni pun kat Mydin ada banyak jual kan

    ReplyDelete
  9. Mee Serda tu memang sedap, kat rumah dah habis stok. Nak kena cari ni...

    ReplyDelete
  10. mmg sedap, penah makan je la, buat sendiri belum lagi

    ReplyDelete
  11. Sedapnya,, mesti pedas berapiii.. mee maggi thailand tu dah lah mmg sedapp.. dulu masa dok terengganu rajin kirim kawan2 housemate kelantan tlg belikan hhi

    ReplyDelete
  12. sedapppnya..rabia tak pernah makan lagi mee segera thailand ni kak.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)