Wednesday, October 24, 2018

Anak Perempuan | My BFF

assalamualaikum 😀
what a lovely wednesday.
at first nak update Wordless Wednesday jer. tak jadik!
nak juga menaip words and words and words...

nak citer pasal kak Nurin & Syuhada hari ni.
anak-anak perempuan saya yg cantik, jelita, cerdik dan solehah.

Anak Perempuan | My BFF
kanan - kak Nurin.
kiri - Syuhada.

last friday, spt biasa saya gi ambil kak Nurin dari asrama.
saya pontengkan Syuhada dari ke skola agama. bwk la dia gi ambil kakak.
nak belanja diorang coconut shake di Alai.
hmmmm dari coconut shake, bertukar jadi teh o suam jer uolls 😆.
terlupakan yg coconut shake Alai tu tutup hari Jumaat. hadoilah...

sib baik ler anak-anak berdua ni cukup matured.
teh o pun teh o lah ibu... hi hi hi hi...
tapi bukan teh o jer ibu belanja ptg tu.
kak Nurin dgn kuew teow goreng sepinggan.
Syuhada pula dgn mihun goreng lembab sepinggan. minum ptg yg teramat la berat utk kami.





💕   kisah kak Nurin
minggu ni exam akhir thn.
sememangnya, saya mengaku bhw saya memang da bagi 100% stress kat dia.
saya nak dia tewaskan result pertghan thn ari tu. terutama gred keseluruhan.
moreover, dia dok asrama. saya tak dpt nak pantau pe yg dia buat tiap hari.
belajar ke... tidoq ke... borak membawang ke... 😅😄😄

kak Nurin merupakan batch kedua KSSM. aduhai korang. silibus KSSM memang la hebat.
hebat dari segi menguji minda anak-anak.
ada saya tgk di grup KSSM di fb, silibus utk tingkatan 3 2019 kelak 👇. Allahu Akbar.

Anak Perempuan | My BFF
korang boleh la search di facebook on this matter. shared publicly.

korang just imagine, apakah jenis silibus utk SPM 2021 kelak? first batch KSSM ni.
adakah mungkin matematik kejuruteraan dan balancing dlm perakaunan? subjek pra-universiti?
and batch mereka ni tak payah dah masuk matrikulasi or asasi sains sebagaimana sekarang.
mungkin berlaku...

sebab tu la saya terpaksa letak 100% stress kpd nurin utk exam akhir thn dia ni.
takde makna nyer nak berlengah-lengah di zaman diorang ni kan. 
dulu, saya yg ajar dia personally utk UPKK dan UPSR. dari subjek matematik, sains, sejarah, bahasa arab, sirah, ulum syariah hingga la ke subjek PJK.
tapi, frankly speaking, utk kak Nurin thn ni, subjek tingkatan 1 nyer 😓😓😓 saya tak dpt bantu byk hu hu hu hu hu...
nasib baik la kak Nurin dari sehari ke sehari, kematangan dia semakin terserlah.
saya perhatikan dia tahu apa yg dia harus buat. saya yakin yg dia memang ok di asrama.
dia berusaha utk capai apa yg saya tetapkan. just, saya tak nak la tunjukkan yg saya nampak benda tu kan.
karang dia over confident plak 😅.





💕   kisah Syuhada
Syuhada plak exam 2 minggu tau!
minggu ni hanya subjek elektif iaitu sejarah, TMK, RBT, PJK, pendidikan islam dan PSV.
agak santai lah...
next week baru la subjek teras UPSR iaitu matematik, BM, english dan sains.
saya da start ulangkaji dgn dia since habis UPKK ari tu. 

Anak Perempuan | My BFF
dating dgn saya di Old Town White Coffee tghari semlm...

dgn Syuhada ni, saya keje keras lebih skit.
sebab Syuhada tak mcm kak Nurin yg boleh belajar sendiri, menghafal sendiri... manja terlebih!!!
da besar panjang, tapi masih lagi bahasakan diri dia "adik".
cara ulangkaji bersama Syuhada, saya akan explain kat dia page by page, subject by subject.
sebagaimana UPKK hari tu, setiap subjek agama kami ulangkaji bersama.
saya berdialog dgn dia...
saya buat kelakar, lawak-lawak berkaitan utk dia. bagi contoh yg jelas utk dia faham.
then, barulah saya suruh dia buat latihan. barulah dia ok. barulah dia faham...
memang letih korang! hadoilah...
saya kena belajar sekali dgn dia setiap mlm. kalau biarkan dia sorang, dia tido!!! hu hu hu...
tapi tu la. dah gitu gaya anak kita, ikutkan jer lah kan. berkorban la skit.

next year Syuhada UPSR.
seksa ibu masih lom tamat 😆😆😆. harap Syuhada akan cepat matang sebagaimana kak Nurin.
baru la lega hati saya melepaskan dia masuk asrama, tingkatan 1 nanti. in shaa Allah...




💙  💚  💛  💜  💙  💚  💛  💜
Anak Perempuan | My BFF
harta pinjaman Allah buat saya.

tu la kita. ibu dan ayah zaman Millenium nih.
jadi ibu...
jadi ayah...
jadi cikgu.
tak cukup dgn hanya anta anak-anak ke skola dan tuisyen!
kita kena top up mengajar lagi di rumah. 
jom kawan-kawan semua.
💪💪💪 kekal gigih ye dlm homeschool anak kita semua.
demi masa depan diorang yg lebih cemerlang in shaa Allah...

throwback gambar kak Nurin & Syuhada yg lama-lama.
dikorek semula dari galeri blog ni jugak...
Anak Perempuan | My BFF
kualiti camera few years back 😆. rinduuuuuu 💓💓💓

😏

32 comments:

  1. salam singgah sini, zaman millennium ni macam ni lah kena pikul ke semua tugas .

    ReplyDelete
  2. Sekejap je rasa masa berlalu saat melihat kematangan yang ditunjukkan anak-anak kita kan..

    ReplyDelete
  3. Makin lama makin susah silibus pelajar sekolah ni kan.. Nasib baik ekin dah lepas.. Hihi..

    ReplyDelete
  4. silibus ank2 skarang mencabar..kdg2 bila kita tgk bdk2 skarang struggle juga dgn umur die mcm muda lg sekolah rendah tp silibus tu gaya mcm sekolah menengah...syuhada sebaya tisya la..next year upsr...ank exam mak yg pening..ank bole relax je..asal soh ulangkaji..ngantuk la..penat la...bertabahla kita mak2 ni kn..moga ank2 kita semua berjaya

    ReplyDelete
  5. Kesian budak-budak zaman sekarang ni. Jangankan budak-budak pening, mak pak yang nak bantu mengajar pun sama pening. Mak pak dan anak-anak kena sama-sama mengawal stress sebab belajar sekarang ni

    ReplyDelete
  6. Hehe mak2 biasa lah wisau terlebih kan.eh..mcm twin plak gambar masa kecik Tu hehe

    ReplyDelete
  7. Bebudak sekolah sekarang mostly pemikiran mereka cepat matang jika dibandingkan dengan zaman ibubapa mereka semasa masih bersekolah dahulu. Cabaran generasi millennium ni dikatakan sebagai the most educated and yet the most underpaid. Apa2 pun, pelajaran tetap penting dan wajib diutamakan....it is always best to be well-educated in any situation and any era 🧐

    ReplyDelete
  8. Biasalah Aida .... kalau fikir pasal exam anak anak ni mmg stress di buatnya kan. Nasiblah saya tinggal sorang je yg nak kena pantau Aida. Pantau pantau gitu ajelah hahahaha.... Nak duduk sekali mcm Aida buat mcm malas je wei hahahah.
    Hihi.... gambar dulu walaupun tak berapa cantik hasilnya tetap jadi kenangan kan

    ReplyDelete
  9. Anak2 kite kecik lagi. Tapi lepas nie mst merasa juga bahang dorang skolah, nk exam.. semoga segala urusan kita semua dipermudahkan. Amin.

    ReplyDelete
  10. syuhada sebijik muka akak.. kalau based on gambar yang bersebelahan dengan nurin tu :)

    ReplyDelete
  11. mak aiiii saya pulak yang stress tengok silibus diorang, macam mana nurin dengan syuhada tapau i'm amazed lah. Good luck for both of them!

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, dah besaq2 dah anak2 aida..semoga menjadi ank yg solehah dan berjaya di dunia n akhirat...aamiin

    ReplyDelete
  13. Walaupun kita dah habis belajar tapi tak dapat nak perturun ilmu sebab apa dorang belajar dah tak sama macam kita. Kita pun kena belajar semula.

    ReplyDelete
  14. fuhh mmg betul, silibus budak2 sekarang makin advance betul, kalau dulu masa tadika relax2 lagi kita belajar, tapi skrg siap ada subject science and all. Makin mencabar diorang ni nk bersekolah kan, mmg kena pantau selalu pembelajaran masing2 insyaAllah mudah2an dipermudahkan dan maju jaya 😊

    ReplyDelete
  15. Samalah macam nad, dua orang anak perempuan juga. Bila tengok diaorang besar, harap jadi kawan dengan maknya sampai bila-bila. Masing-masing ada kelebihan masing2, kita sebagai ibu support je mana yang perlu

    ReplyDelete
  16. mencabar sungguh tengok silibus pelajaran dorang nie..saya ada adek tingkatan 3 pun tgok subjek diorang dah tak sama macam saya belajaar dulu2..nak ajar dalam masa yang sama ambil ilmu pengetahuan utuk diri sendiri juga.Semoga dipermudahkan segal urusan exam anak-anak sis..

    ReplyDelete
  17. Baguslah masa usia macam ni lah kena jadikan anak-anak sebagai BFF kerana waktu usia macam ni mereka cepat terikut-ikut dengan pengaruh luar tu kalau tak ada bimbingan susah. Kita tak pandai tapi ada terbaca pasal perkara ini....

    ReplyDelete
  18. Seronoknya bila ada anak perempuan ni. Saya baru je bersalin bulan lepas, dapat anak lelaki lagi. Masa pregnant ingatkan anak perempuan. Keluar keluar lelaki. Tapi syukur alhamdullilah. Tapi kalau dapat anak perempuan, cukup sepasang lelaki sulung, perempuan bongsu pun seronok jugak hehehehe

    ReplyDelete
  19. Cantik2 anak permpuan akak. Doakan kite satu hari nnti dpt juga. Btw saya rasa silibus tu mmg perlu dinaik taraf seiring dgn perubahan masa dan yang penting x membebankan. Insyaallah okey tu.

    ReplyDelete
  20. Thanks for sharing your feelings, I really enjoyed reading this post, I have two girls too and I can't wait for them to be best friends.

    ReplyDelete
  21. terbaik dan memang bagus biarkan mereka bermain bersama-sama terokai bersama-sama kan

    ReplyDelete
  22. Muka 2 beradik seiras sangat..macam anak2 saya...saling tak tumpah dua2 macam mama depa ni.hahhahha...
    Tapi tu la ckp pasal silibus..saya anak yg 5 thun pun da ckup stress..takut gak nk stresskan anak2..tpi hopefully la menteri kita Dr Maszlee cam do something bout this..kita xnak la sibuk sangat cipta Einstein masa sekolah ni tapi nanti anak2 sampai hilang minat belajar sebab trlampau stress...perjalanan depa dalam mnuntut ilmu pun panjang lagi...huhuhu...

    ReplyDelete
  23. Anak-anak sekarang memang lebih kena beri tumpuan. Bila kita yang jadi bff dia, senang nak pantau dan anak lebih mudah bercerita pada kita apa saja. Silibus sekolah sekarang memang memeningkan kepala. Huhuuu

    ReplyDelete
  24. Rasanya kalau berada kat zaman dorang ni tak taula boleh pandai ke tak belajar. Nampak makin susah dan anak2 sekarang pun makin bijak juga. Kagumlah rajin sama2 ulangkaji dgn anak. Semoga berjaya kakak berdua tu xoxo

    ReplyDelete
  25. Wow.. Ibu jadi guru dirumah.
    Bukan semua ibu akan jadi guru bila dirumah kan.
    Lagi-lagi bila dah kepenatan kerja seharian dipejabat.
    Terbaik la kak aida.
    Demi masa depan anak anak.
    Sy pun nampak gaya bila zara dah sekolah kena bertegas macam tu.
    Taknak lalai.

    ReplyDelete
  26. Silibus pelajaran sekolah anak anak sekarang makin mencabar. Kadang kadang anak suruh ajar buat homework pun saya ambil masa lama nak fahamkan

    ReplyDelete
  27. ada syllabus lagi baru diperkenalkan ke kepada pelajar ? syllabus yang sekarang nie pon sy tengok macam susah je. i mean bukan susah tp belum level dorg lagi untuk ke tahap itu tp sudah kena ajar. semoga bertabahlah generasi baru yer.

    yg ibu dan ayah nie lah yg dok stress nak bagi anak2 fokus belajar n buat betul2 utk exam.

    anyway, sy dah lama tak nampak perkataan dan entri wordless wednesday tu. ada org buat lagi k ? hahahahaa

    ReplyDelete
  28. Memang mencabar kan. Dengan silibus yang bertambah mantap dan perkembangan teknologi, maka semua makin mencabar untuk semua kan.

    ReplyDelete
  29. Klau boleh mmg nak ajar anak sendiri kan.. anak perempuan mmg akan jadi bff klau ada adik perempuan.. comel je tgk

    ReplyDelete
  30. Kak aniez .. Saya ade jugak tengok silibus budak2 macam anak kak aniez ni ... Guess what ... Saya tunjuk apa yang diorang belajar kat sekolah kat adik saya . Adik saya pun terkejut macam mana soalan yang diorang jawab kat uni boleh ade kat sekolah ... susah kot ... saya yang tengok pun kusut apantah lagi budak ..

    ReplyDelete
  31. dah besar dah anak2.. bila umur macam ni dah boleh jadi bff sebab mereka dah berkongsi cerita. orang kata cute age hehe

    ReplyDelete
  32. Tgk silibus bebdk skrg jadi takut dbuatnya AM.. betul2 mencabar EQ dan IQ diaorg.. tue belum buat semakan pada kertas ujian lagi.. ada yg AM sendiri pun xleh nak jawab...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)