assalamualaikum 😊
salam sejahtera.

korang buat pe weekend ni? bwk anak-anak gi mandi pantai ke?
atau ke shopping mall, belanja makan?
atau bwk diorang ke library aje, since next week mostly anak-anak kita nak exam akhir tahun?
apapun, bersyukur la kan.
sebab kita ni diberikan kemampuan dan peluang utk mendapatkan rezeki dan beri kpd anak-anak yg terbaik.
syukur alhamdulillah.

semlm terbaca kisah 👇 ni di dada fb. aduhai. merentap hati dan sanubari 😓.

Feed The Need Missions | Mulakanlah Sekarang !
"This man arrived quite late, and we had run out of meals to give. We apologised but he said okay, and went to a nearby bench to drink his water. ..."

lapar nyer lah pemuda tu kan.
hingga makan gula saje. nak bagi manis lidah agaknya kan. aduhai...
adakah dia seorang saje?
atau ada anak-anak di satu tempat?
dia hadir di situ mungkin bukan utk sebekas makanan, ambil bagi pihak isteri & anak. mungkin, kan?
dlm pada dia mengunyah sepaket gula di tepi bench tu, mungkin dia sedang berfikir, "apa la makanan aku nak bwk balik utk famili ni?".
mungkin ye, kan?
Feed The Need Missions | Mulakanlah Sekarang !
suka image 👆. sumber dari link di image ye.
saya ni byk follow page fb berkaitan perkara sebegini.
saya punyai ramai sahabat yg mewujudkan & menyertai beberapa yayasan / persatuan / pertubuhan berunsurkan 'Feed the Need' di Malaysia & luar negara.
sekadar utk mengingatkan diri sendiri agar bersyukurlah dgn apa yg saya ada.
jgn asyik komplen ajer!
alhamdulillah...
sesekali, saya transfer kan amaun yg kecil utk disumbangkan.
nak la jugak ada 'saham' kat situ kan. nak beri byk, kurang kemampuan 😅.

skit sebyk saya nak share on cara bagaimana kita boleh bantu golongan yg tak mampu berkemampuan sebegini.  ilmu hasil dari kawan-kawan juga :

PERTAMA
sumbangkan sesuatu yg kecil. apakah sesuatu itu?
  1. wang ringgit.
  2. makanan (bahan mentah atau yg da siap).
  3. pakaian (yg masih elok. sebaiknya, pakaian baru la).
  4. keperluan asas (diapers, tilam, bantal, bahan bacaan kanak-kanak).

sumbangan kita ni, kita serahkan kpd yayasan / persatuan / pertubuhan berunsurkan 'Feed the Need' ni.
tau la mereka menyampaikannya kpd yg memerlukan.

seringkali kalau saya ke pasar mlm atau uptown downtown dan sewaktu dgnnya, akan ada wakil-wakil minta derma bagi pembangunan masjid, sekolah agama dan tahfiz.
saya akan hulurkan duit kecil kpd anak-anak bertiga, masing-masing masukkanlah sendiri duit tu kpd mereka.
kecil amaunnya. tapi, serasa saya itu adalah penting bagi ajar mereka cara menderma.
so, kiranya ada kehadiran tabung-tabung derma sedemikian, diorang sendiri akan minta saya duit.
alhamdulillah...

KEDUA
luangkan masa dan jadilah sukarelawan.
ini adalah yg paling best di mana kita boleh menyerahkannya secara direct kpd mereka.
bukan sekadar sukarelawan yg menyerahkan brg-brg atau makanan, sekiranya kita ada kemahiran dlm certain perkara, kita boleh sumbangkan :
  1. guntingkan rambut para gelandangan (ini ada da yg buat tau, saya lihat dokumentari di Astro).
  2. facial muka.
  3. merawat kesan-kesan luka (terutama kanak-kanak).
  4. ceramah motivasi (ni bukanlah ceramah yg formal, dlm keadaan santai dan tidak formal).

Feed The Need Missions | Mulakanlah Sekarang !
dgn cara ini, mereka akan rasa kita-kita ni dekat dgn mereka. sentuhan fizikal kita yg lembut tu akan meresap ke dlm hati mereka, in shaa Allah.
mereka akan berasa tidak terasing oleh masyarakat.
dan ini mungkin titik permulaan mereka akan mengakhiri episod hitam diri mereka.

KETIGA
membantu secara individu. ini adalah dgn cara kita direct dgn org tersebut.
luang masa utk mencari. mungkin boleh minta data dari sekolah anak-anak kita. ini pada saya cara paling mudah. kita bantu kawan anak kita.
kiranya di kawasan kita memang wujud golongan miskin yg amat memerlukan, tak salah kiranya kita menghulurkan apa patut secara direct ke tgn mereka.
Feed The Need Missions | Mulakanlah Sekarang !
lawatan secara berkala, sebulan sekali ke kan.
kita boleh bantu mereka dgn cara membawa ke pusat zakat atau JKM utk memohon bantuan.
kadang-kadang mereka tidak tahu cara dan hala tuju utk menyelesaikan masalah mereka.
akhirnya, mereka duduk di satu sudut dan membiarkan kesusahan dan kemiskinan membelenggu mereka.
kasihan la kpd anak-anak kecil (sekiranya ada). tidak diberi pendidikan yg sewajarnya dan makanan yg sihat utk kesihatan, kan.

KEEMPAT
libatkan diri dlm mewujudkan yayasan / persatuan / pertubuhan berunsurkan 'Feed the Need'.
kita cari satu tempat yg kita nak bantu. tak semestinya berskala besar, kan.
tak semestinya di bandar-bandar saje. mungkin di kawasan luar bandar.
kita wujudkan satu kawasan utk para gelandangan berteduh ketika mlm hari, agar dpt melelapkan mata dgn lena.
kita berkempen dari kampung ke kampung agar setiap org yg berkemampuan dtg menghulurkan bantuan.
sbg contoh, baru-baru ni, ALMA96 (Alumni Matriks UIA 1996) telah ditubuhkan.
ni adalah inisiatif batch saya yg bersama memulakan pengajian di Matrikulasi UIA 1996 dan graduate UIA pada tahun 2002.
matlamat ALMA96 is ke arah kerja-kerja kebajikan. in shaa Allah.

KELIMA
kalau kita ni seorang majikan kepada sesuatu perusahaan, kita berikanlah peluang pekerjaan kepada mereka yg sesuai.
Feed The Need Missions | Mulakanlah Sekarang !
pada saya, takkan selama-lamanya mereka ni hidup di atas bantuan dan belas kasihan org ramai.
mereka juga harus berusaha utk keluar dari kemelut kemiskinan, kan. 
semangat utk berubah tu harus dtg dari dlm diri sendiri. dgn ikhlas dan penuh keberanian.
berikanlah gaji / upah yg setimpal agar ia mencukupi utk mereka.

mudah, kan?
heh! tak mudah la, aida oii...
kita ni bukan sentiasa berduit, ada masa terluang, ada sumber nak wujudkan group kebajikan, ...
tapi tu la, setiap sesuatu tu mesti ada titik permulaan, kan?
masih tak terlambat. in shaa Allah.
di setiap sen kita tu, ada milik org lain...
😌😌😌