assalamualaikum 😌
salam sejahtera...

few days x update blog or blogwalking.
ni baru ada time skit. baru ada ruang skit. baru ada mood skit...
in shaa Allah ptg nanti, Syuhada akan dok for paper ke 4 UPKK- Akhlak Islamiah (Adab).
mlm tadi dia selak-selak aje buku for the very last time.
then, tido awal. tawakal 😌.

tu la perkara utama berlaku dlm diari saya minggu ni.
yes. bukan saya yg amik exam tu 😅. tapi, whatever yg anak-anak lalui, saya terasa skali.
Syuhada ok je. releks... santai... tido lena mcm biasa jer.
Ibu ni yg over stress hu hu hu hu hu hu...
itu yg mood blogging ke lautan hindi few days 😀.
isnin, ari tu, dek kerana hati si Ibu ni stress & gabra anak nak exam, pepagi dah meroti.

roti sosej mayo sos cili 😍

roti cheese gula 😍
tapi, terlebih bakar plak cheese nyer 😅

selembut tisu. alhamdulillah 😍

sekilo doh diuli isnin pagi tu.
byk jugak la roti yg dpt buat. sempat anta 3 roti sosej mayo sos cili tu kat asrama kak Nurin. happy kak Nurin 😃😃.
sampai semlm masih berbaki utk di makan. alhamdulillah. puas Syuhada memakannya.

roti ni nak buat tak mudah, bagi saya la.
pagi hingga ke ptg. pastu, dpt hasil yg lembut mcm tisu gitu, legaaaaa...
  1. nak uli nyer (saya pakai mixer aje 😆). nak dpt kan doh yg elastik.
  2. then, kalau pakai mixer, tak payah tunggu kembang lepas uli. terus boleh rounding. bab rounding ni lah yg menguji otot tgn! bergantung kpd brape gram setiap doh kecil. memang membakar kalori time rounding tu tau.
  3. then, terus lah bentuk doh tu jadik pe yg kita nak.
  4. settle membentuk, wajib ye kembang kan / rest kan roti kita tu. time ni, boleh la kita pun rest kan diri kita di atas sofa yg empuk. renggangan tgn 😄.
  5. then bakar le doh-doh tu... ni bermain dgn oven plak. suhu... timing...

kiranya, kalau stress, boleh la kita buat roti. resepi doh saya di ENTRI LAMA NI ye.
memang boleh release stress tau.
buat kek ke... muffin ke... kuih talam ke... pun boleh jugak ni. pastu makan 😋.
ha ha ha ha ha tambah kalori plak. janji happy go lucky sekeluarga.
anak yg amik exam pun, rasa legaaaaaa... in shaa Allah.

jumaat nanti, terasa mcm nak buat kuih kasui.
bahan semua ada. kita tgk la nanti, kerajinan tu ada tak? 😆

👌😉