assalamualaikum 😌
jap lagi, ada lunch dgn ofismet. ada program NGO.
da lama kot tak bersosial dgn ofismet. jumpa bosses. jumpa bff. berbual-bual.
makan nasi arab plak tu. best!!!

pagi ni, kebetulan...
last episod drama di Astro Ria - Rahsia Hati Perempuan.
this is ulangan tau. real siarannya habis hari tu bulan Jun.
as mentioned here, saya memang tak dpt nak tgk drama ni bebetul hingga last episod.
so, as usual astro akan ulang tayang. 
setiap hari bekerja at 9 pagi. so every morning lah saya ulang tgk dgn penuh khusyuk.
sorang-sorang kat rumah hi hi hi...
most of the time, saya tgk drama ni sambil workout. on laptop kat sebelah tv, utube 😅.
drama sejam.
aerobik pun sejam. selamat bakar antara 200-250 kalori tiap pagi. alhamdulillah.

Perempuan Memang Hidup Dengan 1001 Rahsia

Perempuan Memang Hidup Dengan 1001 Rahsia

Perempuan Memang Hidup Dengan 1001 Rahsia
sumber : Wikipedia

dlm drama ni, paling mantop is Ogy Ahmad Daud la.
dia always bawa watak dgn all out. raut wajah. bila marah. bila sedih. bila caring.
the best actress lah. minat lakonan Ogy Ahmad Daud. dia bebetul serasi dgn watak tiap kali berlakon.

and bila tgk drama ni 2nd round, baru la saya tahu yg watak Ogy Ahmad Daud tu meninggal dunia 😔. kematian Mikael pertama kali tu dipalsukan. Arissa melahirkan anak Zayn.

drama ni memang kena la dgn tajuk nyer, 'Rahsia Hati Perempuan'.
setiap watak perempuan dlm drama ni semua memendam rasa dan rahsia.
dari Mak Dah, nenek Mikael. membawa la kpd si Arissa...
yes, Arissa yg paling tertekan jiwanya at the end. pendam sana. pendam sini.

perempuan ni most of the time perlukan sentuhan jiwa.
menjadi pe'el perempuan yg mahu dipujuk.
mahu dibelai.
mahu ditanya...
mahu diberitahu tanpa bertanya...
dah namanya PEREMPUAN.
jangan la expect perempuan tu berdikari sangat dari segi perasaan.

Ilaina pendam rasa at the very beginning. di tgh nyer dia meluahkan juga perasaannya yg tak boleh tahan lagi.
cuma, Zayn lah yg masih nak menjaga hati Mikael.
at the end, Mikael mengorbankan perkahwinannya demi nakkan Ilaina dan Zayn bersama bahagia.

huh! byk betul hati yg sakit dlm citer ni.
perkahwinan dibuat main-main. cinta 4 segi!!!

hati perempuan ni ibarat tisu pun ada, rapuh. lembut. mudah koyak...
ibarat span pun ada. dia akan menyerap segala-galanya selagi boleh diserap.
ada hati perempuan yg kuat.
sgt kuat!!!
tapi, bila sesuatu kejadian Allah tu adalah perempuan, sekuat mana pun, akhirnya akan timbul juga sisi lembutnya. bukan lemah ye, LEMBUT.
akan meletus. akan meletup!
perempuan ni boleh simpan 1001 rahsia.
boleh menjadi suatu peti besi rahsia yg kuncinya takkan dijumpai oleh sesiapa.
berahsia demi kebahagiaan org lain.
bukan tak nak meluahkan. tapi, bila diluah, most of the time akan buat keadaan haru-biru 😔.
maka, biarlah rahsia...

so, tgk drama ni, dari sudut positifnya, saya dpt rasakan yg simpan rahsia ni tak la negatif.
byk kesan positifnya.
kita menjaga sillaturrahim.
kita menjaga hati.
kita korbankan diri sendiri demi melihat yg lain sempurna dan bahagia.
namun... kena la tgk keadaan. fikir-fikir dulu kesannya.
sgt berharap bahawa Arissa inform Zayn bahawa mereka ada anak bersama.
kita takkan tahu.
mana la tahu, one day, anak-anak Zayn iaitu Ilaina (anak Arissa) dan Mikael (anak Ilaina) akan berjumpa dan jatuh cinta.
Allahu Akbar. kakak dan adik tu kan.

kan ada satu drama tu, lakonan Rosham Nor.
dia berkahwin dgn anak kandungnya sendiri. aduhai... sedih pengakhiran drama tu.
siap melahirkan seorang anak.
imagine lah... ayah berkahwin dengan anak kandung dan dpt anak hasil daripada perkahwinan tu.
apakah kedudukan anak mereka?

hmmmmm... drama. kita tonton dan ambil sisi positifnya.
mungkin memang berlaku di dunia nyata, kan...

😌