assalamualaikum 😊
sebelum ni, saya dah review citer hindustan. citer yg menarik, Pad Man.
korang da tgk lom citer Pad Man? wajib la tgk. amik iktibarnya. amik semangatnya 😉.
oleh kerana itu, pepagi ni nak update blog dgn satu lagi movie yg telah ditonton weekend lepas, dgn kak Nurin. kali ni citer korea plak.
kak Nurin tu memang suka sgt drama korea. sejak tukar ke android box ni, hmmmm mudah la kami nak layan drama korea.
and this movie, Be With You is highly recommended lah...
mengalirlah jugak air mata saya, membasahi pipi time tgk movie ni. syahdu! 

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian
Soo-ah (isteri)
Woo-jin (suami)

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

bermula cerita dgn kematian Soo-ah. meninggalkan Woo-jin dan anak lelaki, Ji Ho.
Soo-ah berjanji akan kembali di musim hujan, setahun kemudian.
Woo-jin dan Ji Ho hidup berdua. kurang terurus. tanpa isteri. tanpa ibu, utk menguruskan mereka.
Woo-jin berusaha keras utk cari rezeki dan menjaga Ji Ho sebaik-baiknya.
korang pun tau la, bila ayah jaga anak, takkan sesempurna bila diuruskan oleh ibu.
apa yg penting ialah anak tu selamat, kan 😌. dia tidak merasakan yg Soo-ah akan kembali.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

namun, si anak, Ji Ho percaya yg ibunya akan kembali bila musim hujan tiba. ni pengaruh dari satu buku cerita yg dibacanya.
mengisahkan ibu penguin yg memerhatikan anaknya di bumi dari awan. bila musim hujan, awan tu akan turun jadilah hujan, kan.
maka turunlah si ibu penguin bertemu anaknya di bumi. mereka bersama seketika sehinggalah tamat musim hujan.
bila tamat musim hujan, ibu penguin perlu segera balik ke awan. tinggalkan anaknya di bumi.
maka, atas kepercayaan ini, Ji Ho sentiasa berharap agar dtg la musim hujan. 
perasaan dan kepercayaan anak kan, logik atau tidak, belakang kira lah...
dia sgt rindukan ibunya. dan berdoa agar ibunya turun dari awan juga.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian
Soo-ah & Woo-jin waktu bercinta. sweet sgt kisah percintaan mereka.
rupanya mereka tidak bertepuk sebelah tgn.
kedua-duanya jatuh hati lebih kurang pada waktu yg sama. love at the first sight...

tibalah musim hujan...
Ji Ho sungguh excited. memang benar!!! ibunya kembali.
namun, si ibu tiada memori berkaitan dia, ayahnya mahupun kehidupan mereka sebelum ini.
Ji Ho gembira tak terkata.
namun, dlm citer ni, dari raut wajah Woo-jin, dia agak confused. takut mungkin. tak percaya mungkin!
ye la, yg dah mati, kembali hidup. tiba-tiba muncul... confirm takut, kan?

kembalilah mereka hidup bertiga.
sehari demi sehari Soo-ah mengenali keluarganya dan dirinya sendiri.
aduhai... 
si suami kembali beristeri. bersama-sama lepak di mlm hari. bercerita. gelak bersama.
si anak kembali ada ibu. bermanja. bermain.
hidup Woo-jin dan Ji Ho kembali lengkap.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

namun, di pertengahan kegembiraan itu, Soo-ah kenal dirinya, mula tahu kisah silam mereka dari diarinya sendiri.
maka, tahulah dia kenapa dia kembali.
maka, tahulah dia kenapa dia berada di sisi suami dan anaknya semula.
dan tahulah dia bahawa dia bakal pergi meninggalkan mereka sebaik sahaja musim hujan berhenti.
aduhai... selepas dari ni sgt la sedih korang oii...
Soo-ah mula membentuk semula Ji Ho agar tahu buat keje sendiri seperti mandi sendiri dan sediakan makanan.
Soo-ah menjaga Woo-jin sebaiknya dan menyediakan suaminya itu agar boleh terus hidup teratur bila dia telah tiada nanti.
mereka bertiga menghabiskan masa bersama-sama sambil sama-sama berdoa agar musim hujan tidak berakhir.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

mereka bersama-sama sempatlah meraikan hari jadi Ji Ho.
utk ini, Soo-ah telah membuat perjanjian dgn kawan baik Woo-jin, si pembuat kek, agar setiap tahun di hari jadi Ji Ho, sehingga usianya 20 tahun, hantar kek dan sekeping kad kpd Ji Ho.
aduhai....
sayu nyer... kasih seorang ibu. meskipun telah tiada bersama, setiap tahun pasti ada sekeping kad sampai ke tgn anaknya.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

berakhir saje musim hujan, sang mentari menyinari bumi.
bermulalah kesedihan melanda 2 sekeluarga ini di mana, si ibu terpaksa pergi sekali lagi.
aduhai... si anak melaung-laung memanggil ibunya. memeluk erat ibunya. ibarat tak nak lepaskan!!!
si ayah redha...
ni la dia hakikatnya yg si isteri terpaksa pergi selamanya. dia ada cubaan utk tidak membiarkan isterinya pergi, namun... tidak berjaya 😔😔😔.

💜💜💜
a simple family story. not so much on cintan-cintun.
ia berkaitan dgn semangat kekeluargaan. betapa peranan ibu itu sgt penting dlm kehidupan seorang suami / ayah dan anak-anak.
kelihatan bahawa peranan ibu seperti memasak, mencuci pakaian, menyediakan hidangan di atas meja, melayani suami dan anak-anak, semuanya seperti remeh dan mudah.
namun, dlm movie ni dipaparkan betapa lumpuhnya mereka tanpa si ibu.

dan movie ni memaparkan satu sudut penting di mana waktu-waktu bersama keluarga tu sgt la penting.
sgt la perlu kita mengisi masa kita bersama keluarga sebaik mungkin.
makan bersama.
beriadah bersama.
berborak-borak. bergelak ketawa.
kerana moment sedemikian takkan berulang sekiranya salah seorang dari ahli keluarga tiada lagi di dunia.

sudut ni lah yg saya dpt rasakan sgt penting.
ye la kan. kita ni sekarang heboh dgn keje dan gajet.
keluarga diketepikan. anak-anak tidak dipedulikan. aduhai...

movie ni jalan ceritanya agak slow di part part tertentu.
then terdapat byk throwback moments. mesti tgk setiap plot plot yg dipaparkan utk lebih faham dan menjiwai keadaan mereka.
the best part is bila Woo-jin membaca diari Soo-ah, tentang kisah percintaan mereka.
this part, korang kena tonton sendiri. what happened actually. why here? why there? why now?
interesting points saya tinggalkan bagi korang tak la tau semuanya ye.

till then... tu jer la sharing saya.
mcm nak tgk balik jer citer ni nanti.
nice. kak Nurin pun sgt suka citer ni 👍.