Sunday, October 14, 2018

The 5 Love Languages | Discover Yours !

assalamualaikum 😌

kelmarin, operasi blogwalking. saya qada' lah menziarahi blog kawan-kawan.
baca-baca dan amik ilmu skit. kongsi experience skit. borak skit lebih kurang.
online jer pun kan 😀. tinggalkan komen di entri kawan-kawan...
sedang blogwalking, terjumpa 👇 di blog sayidah. menarik!
tanpa lengah-lengah, saya pun terus klik and try.

ini la score saya...
my 5 love languages 💜

dua yg utama 👍
saya sgt setuju...

ACTS OF SERVICE
inilah yg sgt saya perlukan di peringkat umur sebegini.
anak-anak yg kian hari kian membesar.
in shaa Allah skit masa lagi, rumah kami pun akan besar.
paling dihargai adalah ketika mr.asben membantu dlm buat apa-apa pun.
meringankan beban saya skit lah. yg utama tetap kita kena buat, kan...

👉 dia ringan tulang bantu sediakan sarapan pagi.
👉 vacuum sebuah rumah, siap pakej lengkap mengemop.
👉 di kala tiba-tiba komputer hang, assignment plak esok kena hantar, mr.asben dtg membantu. lagipun memang best dikurniakan mr.asben yg celik teknologi, celik IT dan segalanya la.
kalau suruh masak pun, dia masak lagi sedap tau!
👉 tukang cek kat enjin kereta, ada air ke, ada minyak itam ke, tayar kereta cukup tak angin 😅. saya ready to drive jer...

tak la setiap masa. bila diperlukan saje.
bila saya tak pakar.
bila saya tak sempat!

QUALITY TIME
aduhai. sgt la suka bila kami dpt bersama (berdua atau dgn anak-anak) spend masa.
tak payah belikan bunga sejambak (memang lama dah tak dpt pun), emas sampai ke siku atau kereta idamanku si Honda City tetiba kat depan laman di hari jadi 😄.
cukup la sekadar bila saya bercakap, dia dgr.
bila saya masak, dia sedia utk makan, meskipun tak sedap.
masak sama-sama. bersukan sama-sama.
saya hanya perlukan a full and undivided attention dari dia tanpa kuarkan sebarang kos pun.

sememangnya 2 bahasa cinta ni la yg sgt bertepatan dgn diri saya.


RECEIVING GIFTS
as explained 👆, bukan la nak kata cinta materialistik.
hadiah di hari jadi... di hari ibu... ulang tahun perkahwinan.
serba sederhana dan sekiranya ada. kalau takde, takpe. dan saya tak pernah minta pun.
da memang tiap bulan segalanya yg saya belanja kan, dia yg beri. takde limit!
memberi hadiah ni kan adalah tanda kita ingatkan si dia 😍. besar atau kecil, tak menjadi persoalan.
dia ingat kat kita tu yg penting, kan?

PHYSICAL TOUCH
sentuhan fizikal dalam perkahwinan boleh main peranan perubatan kerana sentuhan dikatakan boleh mengurangkan tekanan dan melegakan kesakitan.
hubungan fizikal yang sihat boleh menjadi pengalaman yang paling indah.

dari semua bahasa cinta, sentuhan fizikal adalah yang paling mudah untuk kita dikesan, kan.
perkara berikut ni adalah contoh bahawa sentuhan fizikal adalah bahasa cinta seseorang tu

👉 si dia suka memeluk dan memegang tangan dengan kerap.
👉 sentuhan fizikal pada bila-bila masa sepanjang hari termasuk di tempat awam.
👉 sentuhan ringan digunakan dengan keluarga dan kawan rapat seperti sentuh siku atau main rambut.

saya sendiri, part ni, malas nak citer lah ha ha ha ha...
15 tahun dah kahwin. bercinta dulu sebelum kahwin pun lebih 4 tahun.
kurang sentuhan ke? ha ha ha ha ha ha... malas nak citer lah!
di tempat awam, segan dgn anak-anak pun iye jugak 😄.
ada la ketika saya dan mr.asben berpegangan tgn.
anak-anak dara saya berdua tu tersipu-sipu ketawa kat belakang.
"e'eh... ibu ayah pegang tgn la...".
ada juga, bila saya dan mr.asben suap-menyuap makanan, "ibu suap ayah la...".
aduhai anak 😅.

WORDS OF AFFIRMATION
one thing lah nak share. dulu kala, time bercinta, ni penting bagi saya.
"i love u".. "i miss u"...
kalau tak dgr, boleh merajuk!!! ha ha ha ha ha...
now, anak dah tiga kot. takkan la nak merajuk. mengada-ngada namanya tu.
adalah baik bagi saya sekarang jika pasangan melihat dan mengiktiraf perkara-perkara kecil dan hal-hal rutin.
ucapan terima kasih daripada mr.asben pun dah boleh buat hati saya berbunga-bunga.
beberapa pujian tulus ikhlas, kata-kata penghargaan dan dorongan setiap kali dalam situasi yg memerlukan, adalah amat dihargai.
not necessary kata-kata cinta semata-mata.



klik image ni utk cungkil bahasa cinta korang 😍.
the secret to love that lasts...

"[The 5 Love Languages] changed my life. It changed my marriage.
There's such simplicity in its message, but I feel like it's so powerful."

ada a set of soalan tentang apa yg kita paling hargai tentang pasangan kita.
ada 2 pilihan jawapan yg tahap kesukarannya di tahap 4/10.
saya dah 15 thn berkahwin, sebab tu lah tak brape sukar nak menjawabnya.
seronok di kala meneliti setiap pilihan jawapan.
ia secara tak langsung, membuka mata diri sendiri on how kita nak diri kita dihargai tau. lovely!

suka suka jer buat test ni. interesting.
betul atau tak? kena ke tak kena ke?
hanya kita yg menentukan.
at least, bila kita jwb soalan dan dpt keputusan, then barulah kita kenal diri kita sendiri.
jwb la soalan dgn suci hati dan ikhlas. baru la keputusan tentang bahasa 💙💚💛💜 kita tu tepat.
setiap org pasti ada style masing-masing.
setiap pasangan mesti ada bahasa cinta masing-masing.
adakah kita bebetul kenal pasangan kita?
pada saya, adalah lebih baik kita terima pasangan kita seadanya dia.
jgn mengharapkan sgt yg dia akan jadi sepertimana kita nak.

The 5 Love Languages | Discover Yours !

better this way, kan 😉.

27 comments:

  1. nak try jugak la! macam best je ni hehe

    ReplyDelete
  2. Sis solo molo..hehehe, tapi kualiti time sama dengan anak yang seorang ni memang sentiasa diperlukan. Inilah anak, kawan, kekasih dan segalanya buat sis. Sebab tulah jika ada masa terluang memang kitaorg akan habiskan masa sama2

    ReplyDelete
  3. SA lagi la..solo..tp nak nak try jugak ja..nampak menarik..SA mmg kualiti time spend ngan anak,anak buah, mak abah dan ddik beradik je..kadang org ckp kena gak la me time kan..tp SA x macam tu la..x tau la knp...hehehe...

    ReplyDelete
  4. cool one.. i also wanna discovered my own love languages.. hahaha~ looks great... best way to know ourselves.

    ReplyDelete
  5. Kadang2 dgn cmni dpt eratkan lagi hubungan suami isteri & anak2 kan... Pmpuan ni xnk lebih2.. Asalkan dihargai sudah mencukupi... Rasa nk try pulak 5 lohe languages ni.. Eheh

    ReplyDelete
  6. Semua yang ditulis tu memang diperlukan bagi orang yang bernama manusia kan. Barulah rasa bahagia..nak cungkil jugalah secret languange kita. Hehe.

    ReplyDelete
  7. semua yang akak tulis betul2 sangat..

    ReplyDelete
  8. Memang perlu ada quality time untuk family dan untuk diri sendiri bagi mengelakkan mereka rasa tidak dihargai... Dengan cara ini dapatlah.. Kita membahagi masa untuk diri sendiri, family dan yg lain2 untuk kecapi rasa bahagia

    ReplyDelete
  9. alamak kite ni kurang sikit mcm2 cinta ni tak geti sgt.hehehe. Tapi artikel ni membantu betul untuk kenal bahasa yang relate dgn cinta kan.hahaha

    ReplyDelete
  10. Semoga kami laki-bini boleh spend quality time dan kekalkan kemesraan sampai bila-bila..mencabar gak nak follow sumer tapi kalau tak usaha, tak tahu hasilnya kan

    ReplyDelete
  11. It is good to have such assessment to know what are our so-called love languages. :) Maybe it is accurate, maybe it is not. Still it is fun to know the outcome.

    ReplyDelete
  12. macam best je , nak cuba jugak hihi btw suka jugak main benda-benda macam ni even takde lah betul 100 peratus tapi dapat juga lah ilmu kehkeh

    ReplyDelete
  13. wahhh gambar last tu romantiknya berdating berduaan di taman. Agaknya apalah 5 love language sy yer. memandangkan sy nie belum lagi pernah bercinta, jadi teringin pulak nak cuba utk tahu. hopefully akan ada yg sudi menerima saya satu ahri nanti. wahhh !

    ReplyDelete
  14. woww..nak kene cuba ni..hehe..mana satu kita punya kan..seronok gak macam ni, dapat tau mana kita punya..sekadar suka-suka, kot nak percaya sanagt takdela kan

    ReplyDelete
  15. PHYSICAL TOUCH.. Hat ni anak kita pun pandai. Klau dlm kereta ddynya pegang tgn mamanya, anak jeles mara. Dia ketepikn tgn ddy dia. Haha..
    Apa pun, pasangan kita adalah pelengkap kekurangan kita kan..

    ReplyDelete
  16. Wahh.. . Menarik tertarik laa.. Pasti seronok buat ni. Walau apa pun, kita yang cipta dan corak kan kenangan terindah kita tuk dijadikan
    kenangan, bukan orang lain atau sesapa. Semua bermula dari diri sendiri.

    ReplyDelete
  17. Menerima pasangan kita seadanya memang sesuai dengan semua kan sebab kadang-kadang kita tak sedar kekurangan diri yang diterima oleh pasangan kita kan

    ReplyDelete
  18. About quality time saya rasa paling penting. Sibuk macam mana pun keadaan kita di tempat kerja, still kena pandai agihkan masa. Especially utk bersama family, jenguk orang tua di kampung, etc. Nice sharing!

    ReplyDelete
  19. suka semua 5 words ni memang kita kena selalu amalkan dalam life kita kan. Lagi-lagi dalam hubungan di dalam keluarga.

    ReplyDelete
  20. I dah 24jam/7hari mengadap, bermain dengan anak kadang-kadang cuba nak ambil masa untuk ME TIME.. hahaha mungin anak dah besar I mungkin akan cek back this post and amalkan.. sekarang ni rasa cam nak keluar dari rumah pergi hirup udara yang segar sensorang hahahahaaaa

    ReplyDelete
  21. good info. semua penting untuk jaga hubungan dgn suami keluarga dan anak-anak

    ReplyDelete
  22. Wahh seronok pula kita yang membaca ni hehe..

    ReplyDelete
  23. Syaza nak, tunjuk husband baca entry ni sekali la ^^

    ReplyDelete
  24. Setuju sgt Kita kena Terima pandangan Kita seadanya... Good or bad and improve diri sendiri Dan keluarga

    ReplyDelete
  25. Wah.. menarik ini.. Nanti sha cuba, sha bookmarks dulu..

    ReplyDelete
  26. betul sangat tu, tak minta banyak pun cuma nak perhatian je.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)