Friday, November 16, 2018

Bila Makanan Mahal Tak Cukup Sifat...

assalamualaikum korang.
salam sejahtera...
apa khabar ari ni? moga semua sihat sejahtera la hendaknya...
dah pun di akhir minggu. alhamdulillah...
hari ni hah baru sempat nak update blog hi hi hi hi...
hampir seminggu... or 2 minggu ekk tak update?! 

selepas je cuti panjang deepavali ari tu, saya demam hu hu hu...
tak ke mana-mana pun. hanya gi rumah baru dan berkemas, menebas rumput dan lalang di laman.
hmmmm tu penyebab nyer kot, kan?
4-5 hari jugak la diri ni tak berfungsi. kebetulan, kak Nurin pun sama-sama tak sihat weekend yg berikutnya tu.
hadoi lah... anak-beranak berjemaah menelan ubat...

then, baik je demam, terus prepare utk presentation assignment pagi semlm.
alhamdulillah. sukses. dpt la present dgn tenang dan penuh persediaan.
dpt lecturer level professor, korang tau lah betapa tingginya expectation diorang.
settle je presentation, hadap plak soalan-soalan lecturer yg amatlah tidak dijangka.
sesungguhnya, ilmu Prof amat luas dan pengalamannya dlm bidang dia amatlah byk.
side mana pun, kita tahu ke kita tak tahu ke, semua dlm genggaman dia...

pagi ni, lepas subuh, terus ngadap laptop, proceed draft writings plak.
hu hu hu hu bahan berlambak. cuma tak tau yg mana sesuai, yg mana patut.
nak construct ayat sendiri. mencari kes-kes mahkamah yg relevan utk support findings...
ni hah baru ada masa santai nak update blog kecik ni... rindu!!!
then ptg ni in shaa Allah, tiada aral, mungkin dpt lah blogwalking sejauh termampu πŸ˜ƒ.
nak selit la satu citer dlm entry tghari ni... entry sentap...

throwback kisah 1 tghari 2-3 minggu lepas.
nak beli brg, gi la satu mall dedekat rumah ni...
lunch dgn Syuhada berdua di food court. Syuhada nak makan nasi paprik...
Bila Makanan Mahal Tak Cukup Sifat...

aduhai.
sedih la tgk nasi paprik berharga RM6.50 πŸ‘† kat food court ni πŸ˜’.
beberapa ketul ayam, bawang, beberapa batang kacang panjang & carrot. Allahu Akbar!
tadi cuba nak positif. bisik dlm hati sendiri, "ajak syuhada makan kat food court la. ok kot food court sekarang".
hmmmmm walaupun bertukar penjual / tenant di food court tu, hiasan di food court semakin cantik warna-warni... makanan yg semakin mahal tu camtu jugak teruknya.

sayu plak tgk Syuhada yg tgh menyuap nasi paprik ala kadar tu. "aduhai anak. nak aje ibu tinggalkan makanan ni and ajak awak makan kat old town white coffee. mahal la skit, kena tambah 3-4 hinggit, tapi sedap dan cukup sifat hidangannya...".

"sedap ke, dik?".
"boleh la, bu. kuah cair skit...".
tau dah jawapan dia. takkan dia jawab tak sedap punyer lah.
terkenang nasi paprik di food court Giant Bachang. RM4.50 sehinggalah tutup ari tu.
dgn ayam, ada udang skit. sayur nyer plak ada carrot, kacang panjang, bunga kubis. cili padi 2-3 btg. cili merah hiris jadik hiasan.
kuah pekat. sedap!
Giant Bachang dah tutup. so, slowly lah semua tenant bangunan tu, tutup.
termasuklah food court nyer tu. aduhai... dulu kami kerap ke sana khas utk makan situ.
bukan nasi paprik jer, yg lain pun sedap dan murah. ok la kan kalau sepinggan RM4.50.
sepinggan cukup sifat plak tu...
mana la akak tu niaga skang ni. 
bila makanan mahal tak cukup sifat, saya yg tukang byr ni terasa geram.
tapi, tetap anak-anak saya tak pernah komplen. diorang telan jugak dgn penuh rasa berahi πŸ˜„.
dpt makan luar pun dah cukup best utk diorang...

bukan saya sorang saje, rasanya semua ibu yg membaca ni prefer masak sendiri, kan.
bahannya byk. anak-anak boleh berulang makan. anak-anak puas makan!
rasanya pun sedap lah kan, cukup rasa.
tapi tu la... kekadang tu kita-kita ni tak sempat dek urusan-urusan harian. termakan di luar.
hadap plak makanan tak cukup sihat gini, haru!!!

ok ok ok πŸ‘Œ da luahkan perasaan dlm bentuk perkataan, dah legaaa...
hi hi hi bukanlah nak membawang, tapi tu la, luahan perasaan jer skit skit kan πŸ˜‚hi hi hi...

13 comments:

  1. Bab makanan memang tak boleh nak kompromi kan kalau tak sedap, lagi nak marah kalau harga mahal.. huih melampau

    ReplyDelete
  2. tak padan dengan harganyakan, kita kalau mahal tapi sedap dan lauknya pun banyak berbaloilah kan nak membayarnya

    ReplyDelete
  3. kalo kt food court..mmg tk brp..dh la mahal tp isinya skit je

    ReplyDelete
  4. memang jadi ibu2 ni lebih suka masak sendri untuk makan..boleh makan berulang kali..tapi kadang2 tak sempat masak ada gak beli kat luar

    ReplyDelete
  5. Nasi paprik ayam sikit namanya ni heheehe...

    ReplyDelete
  6. Sewa peniaga di foodcourt tu mahal sangat agaknya..huhu πŸ˜…

    ReplyDelete
  7. Kesian kat anak2 Kan..mesti mkn Rasa xpuas. Kalo cheery Tu otw balik mesti ngiow husband singgah Beli mkn hahaha #dasarkuatmakanπŸ˜‚

    ReplyDelete
  8. igt nasi paprik bajet..tgk harga..mahal oii..huhu

    ReplyDelete
  9. adoiii sakit hati tengok nasi ayam paprik ni. Sepatutnya kuah dia pekat. Betul tu kak baik makan dekat old town, puas hati! Masak sendiri pun puas hati!

    ReplyDelete
  10. semua pun mahal sekarang, tpi kdg kdg tpksa juga la....

    ReplyDelete
  11. Kalau makan dengan suami saya malas nak komplen Aida kang kena balik rumah masak hahahaa....
    Mmglah Aida ....masak sendiri lagi puas dan banyak benda yg boleh kita letak tp tulah kadang kadang malas hihi

    ReplyDelete
  12. memang geram tengok makanan yang tak berbaloi dengan harganya. tapi kegigihan maknya siapkan assignment dan settle presentation tu sangat salute :)

    ReplyDelete
  13. Haha negotiable nasibnya.. nak buat mcm mana makan Di food court mmg masib2

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)