Tuesday, January 15, 2019

Tamat Sudah 3 Semester di UKM | Saspen !

No comments:
assalamualaikum...

letihnya la mata melayan mata cek broken links.
still lom settle. pause jap. update blog. lauk for dinner da siap masak.
kul 5 ptg amik Syuhada & Izzat dari skola memasing.
rinduuuuuuu dgn bebudak berdua ni dah...
hajat di hati nak kemas buku. bilik saya, di satu ceruk penuh deretan buku saya dan buku anak-anak.
dari disember hari tu da kumpulkan buku anak-anak.
tapi masih lom kemas sebab concentration dah kepada assignments dan exams.
tetiba pepagi tadi tekak perit... hidung berair, bersin tak henti. so, hajat nak berkemas buku tu ditangguhkan la sehingga kesihatan hidung ni kembali pulih.
selamat dah sudah 3 semester blaja. alhamdulillah.
berbaki 1 lagi semester. akhir. in shaa Allah. bakal bermula Februari nanti hinggalah Jun.
selepas tu, kiranya dipanjang umur di murahkan rezeki, kembali bekerja.
abis sudah hampir 2 thn bercuti blaja bwh tajaan JPA.

lama juga saya amik keputusan utk sambung blaja.
ye la. grad degree Mac 2002. sambung masters was on September 2017. 15 thn selepas...
tak rasa bersedia di peringkat awal.
dgn rumahtangga... dgn anak-anak yg bersekolah.
lelebih plak 2017 ari tu, kak Nurin UPSR. 2018 plak, Syuhada UPKK. thn ni, Syuhada UPSR.
dok fikir dulu kala, camne nak blaja dgn anak-anak ni ekk?
itu yg membantutkan diri sendiri dari sambung blaja time anak-anak kekecik.

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !
dlm library fakulti, tempat tetap saya adalah di ground floor, meja belakang sekali, tepi tingkap.
kedudukan sini sgt best sebab kalau letih, boleh toleh kanan, tgk pokok hijau.
belakang tiada kerusi & meja, so confirm belakang takde org.

sgt suka dok library.
ada wifi. ada stok buku yg byk utk direfer. senyap (ada kala jadik pasar mlm jugak library ni!).
yg penting, library dan reading is very sesuai, kan. so, bila ada library, byk research saya boleh settle.
idea dtg mcm air hujan turun dgn lebat 😊.

bulan Disember. cuti skola. saya ada kelas, tapi dah tak byk...
ada 2 kali terpaksa angkut skali anak-anak bertiga krn mr.asben terchenta ada hal kerja yg tak dpt nak dielakkan.
dibiarkan anak-anak kat rumah, susah la hati kan.
ayah di mana....
ibu di Bangi... anak-anak di Melaka. oh, sgt merisaukan hati! maka, angkut semua ke kelas.

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !
happy diorang bertiga nak follow saya gi kelas ptg. 6.12.2018.
start 6.30 ptg hingga lebih kurang jam 10 mlm.

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !
memasing dibekalkan dgn handphone & tab, dok dlm kelas ibu 😄.
kebetulan ada wifi. maka, diorang bertiga tak bermasalah sgt lah...
kak Nurin layan drama korea. Syuhada & Izzat main games.

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !
ada break utk solat maghrib.
selepas tu, lebih kurang jam 8 mlm, Izzat dah tak dok diam.
"Ijat penat la, bu... keje ibu ni bosan!" 😂😂😂

buat dia susu. baring atas pangku.
saya memang dok belakang sekali. senang la Izzat nak baring atas pangku, kan...
lecturer memang beri izin utk bwk anak. yg penting, tidak mengganggu perjalanan kelas.

kali kedua, kelas pagi plak. 17.12.2018.
dari rumah lepas subuh. kelas saya dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi.
sekali lagi, anak-anak ni excited!!!
memandangkan kelas pagi ni, kelas yg kecik. dlm bilik seminar.
anak-anak saya letakkan di bilik bersebelahan. kunci pintu.
siap la dgn 1001 pesanan.
"jgn merayau!"
"kakak-kakak jaga adik!"
"kalau nak ke tandas, wasap ibu. nanti bu keluar kelas jap..."
memang tak la saya izinkan diorang ke tandas sendiri-sendiri kan. a big NO lah...
bangunan tu dah la takde org. byk bilik... dari segi keselamatan, saya ragu-ragu.

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !
buku punyer la tebal, byk info.
hanya dijadikan sandaran utk handphone, tgk drama korea 😒.

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !
ada satu masa tu, saya bagi izin Syuhada amik gambo di sekeliling building.
tapi saya warning lah, kejap aje. then masuk bilik seminar balik!

happy bwk diorang tgk tempat saya blaja, suasana kelas saya, style lecture saya...
bwk diorang masuk library kejap. then, drive ronda sekeliling UKM.
lihat pra-graduan gi kelas, tunggu bas. suasana di kolej kediaman UKM.
bwk diorang gi tempat makan tghari saya, UNIKEP.
sambil-sambil sepanjang masa bercerita la tentang masters journey saya ni.
kak Nurin la yg excited, tak sabar nak masuk universiti. best katanya 😀.
Syuhada & Izzat no komen. they just enjoyed the session lah...

paling seksa bagi saya dlm journey ni :
  1. buat assignment. 1 piece of assignment mesti more than 5000 perkataan. format artikel. ada inti. ada kulit. ada hiasan. nampak mudah, tapi sgt lah tidak mudah 😓.
  2. exam lah. bebelas tahun tak membaca & menghafal. kena train balik minda yg dah tua ni. then, time exam tu sendiri, kena menulis jawapan. setelah berbelas tahun tak menulis, asyik menaip komputer jer, 😖 menggigil tgn ni oiii nak menulis kat answer scripts tu! paling kurang 12 pages. hadoi!!! tulisan memang tak tentu arah lah.

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !
study utk exam.
pinjam meja tulis Izzat.
bersila atas lantai.

Tamat Sudah 3 Semester | Saspen !
then, boring, katil jadik mangsa!!!

pendek kata, satu bilik saya tu jadik tempat saya study.
meja tulis sendiri memang takde. ada meja letak desktop jer kan. hadoi lah...

😎😎😎
tak sabar nak tamatkan blaja ni. graduate. konvokesyen. in shaa Allah.
tapi tu la, bab naik kerja tu yg problem ha ha ha ha ha... stress kerja amat la berbeza!
setiap hari 24 jam. 5 hari seminggu 😅 ha ha ha ha... saspen nyer lain mcm.
kena tukar posisi minda 100% nanti.

👌👌👌 tu jer sharing ptg ni ekk korang...
mau baring jap. sementara tunggu asar. hidung ku tenat nih 😓😓😓.

Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang

No comments:
assalamualaikum 😌
selamat pagi. selasa nan indah, alhamdulillah...
tapi tu la, pepagi subuh tadi bangun, tekak da perit!
dari pagi bersin-bersin 😓. ubat da telan, moga tak le melarat hu hu hu...
mlm tadi hampir 2 jam jugak cek broken link di blog kecik ni.
beratus! byk tu nak kena bersihkan. nak memperbaiki pv blog la ni.
most of it adalah link giveaway & segmen blogger. tak kurang juga link profile bloggers yg da tak wujud.
tgh mlm ni nanti nak sambung lagi, hingga takde lagi broken link.
now share la pe saya hadiahkan anak-anak awal thn ni.
da namanya hadiah, so ia bukanlah keperluan pun. hanya kehendak diorang yg saya penuhi.
first, botol air skola tupperware.
sepanjang kakak-kakak skola rendah, sekali saje kak Nurin tertinggal botol air skola tupperware nyer di skola.
hilang.
ghaib.
tak berjumpa langsung di mana-mana ceruk skola the next day.
time kak Nurin darjah 2 kalau tak silap.
then sememangnya kakak-kakak tetap ke skola dgn botol air tupperware. alhamdulillah tak pernah hilang lagi.

Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang
ni la botol-botolnya. sorang satu. Izzat yg kecik je.

kami ke pesta buku popular di MITC. awal disember ari tu.
kebetulan, ada la plak seller buka booth tupperware. and harga yg ditawarkan amat murah!!!
normally sebotol tu, secara berasingan tak beli 1 complete set, RM25.
kalau 3 botol, dah berjumlah RM75. tapi 3 botol saya beli tu, hanya RM58. diorang yg pilih sendiri warna apa yg diorang nak.

yes. yes. ramai kata, tak payah bagi anak-anak pakai tupperware gi skola.
mahal. nanti hilang. gi skola jgn bwk brg berharga sgt... dlm grup wasap pun ada yg da pesan.
tapi tu la. saya rasa selesa dgn tupperware.
plastic tupperware selamat sebab BPA free. warna menarik.

second, jam tangan.
byk dah saya belikan kakak-kakak jam. yg murah-murah jer pun.
hilang!
ghaib!
latest, kak Nurin tak jumpa jam tgn. dikatakan jam tu hilang dlm bilik kat umah ni time cuti skola ari tu.
hairan bin ajaib betul. bolehkan tak berjumpa dlm rumah ni?

nak dijadikan cerita, 1.1.2019, ptg, anta kak Nurin ke asrama.
dah anta dia jer, on the way balik rumah, saya teringat yg dia takde jam tgn mahupun jam loceng!!!
jam loceng nyer dah rosak, asyik la jatuh dari katilnya di tingkat atas masa Form 1 last year.
saya jadik tak keruan mengenangkan anak di asrama tanpa jam!!!
camne dia nak bangun before subuh, mandi pagi.
camne dia nak tau waktu nak gi kelas.
waktu itu... waktu ini...
saya memang hilang punca lah kalau diri sendiri takde jam. hadoi lah...

maka, 2.1.2019 tu terus meluru saya ke Aeon Ayer Keroh carikan jam tgn kak Nurin dan jam loceng.
gi di ruang jual jam.
belek punyer belek, paling murah RM80 seutas jam tgn. hmmmmm...
mcm tak logik! jenama biasa-biasa jer. tak terniat nak beli yg mahal-mahal sgt.
tertarik dgn jam 👇👇👇. belek-belek la seutas. function yg ok ok utk anak-anak. ada alarm setting. date. day. time.
byk warna yg menarik. sederhana besar. RM131 seutas la pulak 😖😖😖.
time nak bagi kat seller tu, mcm tak jadi nak beli, terus adik tu kata, "selepas 50% diskaun, harganya...".
😳 apa dik? 50% diskaun?
ok la dik, kasik akak 2 utas la. sama kaler. on the dot terus teringatkan Syuhada.
hadiah utk kejayaan dia UPKK yg lepas...


Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang
saya pilih tali warna kelabu. muka jam warna pink.
not so gegirl lah kan...

Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang

Hadiah Memulakan Sessi Persekolahan 2019 | Sepenuh Kasih Sayang

kebetulan saya ada vocer Aeon RM30. total byr hanya RM101 utk 2 utas jam tgn anak-anak.
wow! amatlah jimat sekali lagi. alhamdulillah... menepati apa yg saya nak.
ada waranti 1 thn plak tu. ok la...

senyum lebarlah anak-anak dara saya berdua tu dpt jam tgn sorang satu.
pastinya diberikan dgn pesanan, "sila jgn hilangkan lagi. kalau hilang, lepas ni gantung jam loceng kat dada!".

😅     😊😊😊

Monday, January 14, 2019

Bila Buat Keje Last Minit | Bin Jadi Binti

8 comments:
assalamualaikum 😃

alhamdulillah. pagi tadi da settle paper exam yg terakhir semester ni.
bersyukur sgt semua settle dgn sukses. alhamdulillah...
da boleh la bercuti dgn gumbira. sehingga pendaftaran utk next semester februari kelak.

so. sedang layan Majalah3 di TV3, on la laptop.
jengah-jengah blog yg dah merudum keaktifan meng'update'nya.
one by one komen di approve.

😱😱😱 terperasan komen Cik Nor 👇👇👇.
kelam-kabut on the spot buka beg skola Izzat. ya Allah 😆😆😆.

sungguh tajam mata Cik Nor ekk...

Izzat ber'binti' lah pulak. hadoi lah si Ibu oii 😅.

ni la bahana nyer buat keje last minit.
then, keje nyer copy & paste. dasar pemalas ha ha ha ha nak cepat ler tuh.
copy nama kakak nyer, tukar kpd nama adik lelaki nyer. ber'binti' la si adik lelaki nyer...
sendiri gelak. dan digelakkan oleh Syuhada 😆😆😆.

weekend ni nak kena pinjam correction pen kak Nurin.
semua buku ada lagi kat rumah. 2 buku latihan jer pada Muallimah di skola.
later lah di correction pen kan 😅.

maka para ibu, jgn jadik mcm saya. dah le last minit. nak cepat aje.
tak cek bebetul sebelum print and tampal hu hu hu hu hu...
tq la Cik Nor atas teguran. if not, sampai bebila Aida tak perasan!

...ok bye!

Monday, January 07, 2019

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut

7 comments:
assalamualaikum 😌
ada ruang dan peluang nak update blog sekali lagi mlm ni...
teringin nak bercerita perihal buku-buku skola anak-anak.

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut
sila abaikan dinding yg carca-marba tu 😆.
puas la warning jgn diconteng. hmmmmm...
rupanya Izzat pun ada menyumbang ke arah contengan tu.
di baru satu dinding, ada satu lagi dinding bilik yg lagi kronik! hu hu hu hu...

👆👆👆 compilation of buku teks kakak-kakak utk 2019. kan dah dpt awal sebelum cuti skola.
then few bundles lagi adalah buku-buku lama yg saya da pilih utk disimpan.
gambar tu di snap pada akhir bulan November 2018 lepas. konon nyer nak la update blog masa tu.
malangnya, sepanjang cuti skola langsung tak berkesempatan nak log in blogger.com 😅.

sememangnya semakin byk buku nyer setelah beli di koperasi.
hu hu hu nak membalut nyer tu satu hal lagi! memang amik masa lama la kan.
maka, atas saranan my beloved mr.asben, kak Nurin telah membalut buku-buku nyer sendiri.
manakala, Syuhada, separuh je. lagi separuh, saya yg bantu balutkan.

at first, saya agak tak setuju.
sebab saya ni, bak kata sorang member, OCD bab balutan buku anak-anak ni 😆😅.
tapi tu la, sampai bila saya nak kena membalut bagi pihak diorang, kan? sesuatu itu perlu diturunkan utk diwarisi hi hi hi hi...

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut
 lambakan buku di ruang tamu.
di sana kak Nurin.
di sisi kiri, Syuhada.
ibu di sini, membalut buku Izzat.

tu yg pertama, yg kedua, menulis nama di setiap buku.
sehingga 3 thn lepas, saya la tukang tulis nama di setiap buku.
sebab, tulisan kakak-kakak masih belum mencapai tahap kebenaran saya menulis sendiri 😆.
mak aii!!! letihnya tak terkata.
atas ketidaksanggupan sendiri, terhasil la pembantu 👇👇👇.

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut
khas utk mereka bertiga.
cepat dan tepat 👍.

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut
buku tulis (tak licin) dicopkan nama...

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut
utk kak Nurin, semua buku tulisnya licin.
maka ditampalkan stiker nama.

buku-buku teks pinjaman kak Nurin & Syuhada kebanyakan nyer dlm keadaan yg sgt baik.
sikit aje yg saya terpaksa balutkan semula. tampalkan dgn selotep memana yg koyak.
da jadi amanah pada kita kan.
anak pinjam utk menimba ilmu. seharusnya kita perbaikilah. selesa la skit anak kita guna.
bukut teks, saya cop nama di tempat yg disediakan. manakala di luar buku teks, di atas balutan plastik, saya lekatkan stiker nama diorang.
ini utk diorang senang kenal buku sendiri. dah semua buku nya serupa kan.
and setiap akhir tahun, sebelum dikembalikan buku-buku teks diorang, saya da pesan utk buku semula stiker nama tu.

utk Izzat, buku-buku teks nyer saya beli. tidak pinjam, meskipun ada skim pinjaman 😊.
berniat utk sumbangkan kpd skola setelah Izzat habis bersekolah.

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut
saya cop nama di bahagian dalam.
dan stiker namanya di bahagian luar utk cepat dikenali buku sendiri...

hmmmmm... 😌 seharian juga menyelesaikan semua tu.
bergotong-royong ibu dan anak...

utk stiker nama, dulu kala saya tempah.
tetiba tahun ni tak perasan ada stiker nama yg dah berkurangan, tak cukup nak ditampal!!!
apa lagi, nasib baiklah pernah borong kertas stiker di popular. utk projek lain.
terus la on komputer and mula kan operasi penghasilan stiker nama anak-anak.

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut

Buku Sekolah | Kisah Tanda Nama & Balut

tu la kisah nyer...
usaha si ibu utk mudah keje. cut short time 😅 memana yg boleh, kan...

😊😊😉

Kasut Sekolah | Tertukar? Bertukar? Hilang??!!

8 comments:
assalamualaikum 😊
pagi isnin nan indah. tghari dah pun mendekat...
cuaca di luar mendung sejak dari pagi. matahari masih belum gah bersinar.
masih diselindungi awan yg agak-agak menebal di serata langit.
namun... masih tiada tanda utk hujan la. angin kuat! awan bergerak perlahan-lahan.
mungkin ptg skit nanti baru hujan kot kot kan...

dgn tiada masalah, pagi pertama di minggu kedua persekolahan, Izzat ke skola 😊. alhamdulillah.
semlm ada sekali dia terlepas ckp, "best la skola, bu".
saya tak bertanya lanjut, just respon, "alhamdulillah...".

dah di cerita kan skit di SINI, bahawa last week Izzat bermasalah balik tanpa kasut 😆.
sememangnya sejak dari awal, kasut Izzat dah pun bernama 👇👇👇.

saya tuliskan namanya di bahagian dlm, tidak ketara lah dari luar.
tapi da pesan dgn Izzat, "bila pakai kasut, tgk dulu nama tau.
takde nama Izzat, jgn pakai! tu kawan punyer ye..."

petang selasa, 1.1.2019, Izzat balik dgn kasut kawan.
ni saya perasan pun the next morning. nama Izzat takde di kasut!!! aduhai hi hi hi hi...
rasanya, anak-anak semua main pakai aje kan kasut yg agak-agak serupa dgn kasut diorang 😆.
hari pertama skola la katakan.

petang rabu, 2.1.2019, waktu nak balik, Izzat tak jumpa kasut dia! Muallim & Muallimah cuba juga cari kasut Izzat tapi tidak berjumpa.
maka, Muallimah nyer pun berjanji, esok pagi akan cari kan semula kasutnya. mungkin ada anak lain yg dah terpakai bwk balik sekali lagi.

alahai... sian anak ibu 😅.

balik la berselipar saje. time ni saya dah mula risau lah kan. takkan perkara ni da berterusan.
balik tu memang dah pesan dgn Izzat. "cari kasut dan kenal kasut.  letak di satu tempat yg mudah Izzat amik".

pagi khamis, 3.1.2019, sewaktu mr.asben menghantar Izzat di pagar skola, kebetulan terjumpa anak yg sedang memakai kasut Izzat.
berasa lega lah di situ... kasut Izzat masih wujud.
namun, sekali lagi, jam 5.10 ptg, saya amik Izzat, dia masih tak berjumpa kasut nya 😕.
aduhai....
and time ni saya berasa kuat dlm hati, Izzat tak kenal dah kot kasut dia yg mana. dan saya berasa bahawa agak sukar utk dia cek kasut nyer satu persatu mencari nama sendiri.
aduhai...
sekali lagi Izzat balik rumah berselipar.
dgn hati saya yg tak puas, risau, cemas... "mana lah kasut anak aku ni???!"
minta tolong mr.asben ke skola pada jam 6.15 ptg tu jugak. tak nak lengah-lengah...
kerana time ni semua anak-anak dah balik.
mungkin masih ada lagi Muallim & Muallimah yg belum balik kan. proses tutup skola.
nak cek ada atau tidak kasut Izzat tertinggal.

alhamdulillah... ada 3 pasang kasut hitam anak-anak yg masih tinggal. dan salah satunya kasut Izzat 😅.
memang lega la hati mr.asben ketika tu.
sampai je rumah, tak lengah lagi terus saya perah otak mencari idea how to solve this problem.

👇👇👇 
ikan reben kecil di bahagian belakang kasut Izzat.
ini adalah usaha utk Izzat tahu itu adalah kasutnya.
itu yg penting, kan 😀.

alhamdulillah. petang jumaat, 4.1.2019, Izzat dgn mudah kenal kasut dan balik rumah lengkap berkasut.
problem solved.
until when reben kuning itu di situ?
ntah la. forever kot 😂😂😂.

korang ada tak alami perkara gini? asyik la anak balik dgn kasut org lain atau tanpa kasut?
ni la pengalaman pertama saya.
dulu hingga sekarang, kak Nurin & Syuhada tiada masala sebegini tau. itu yg bila time Izzat, agak berserabut memikirkannya...
serabut... tapi kelakar! ha ha ha ha ha...

Saturday, January 05, 2019

Izzat Sudah Naik Darjah 1

4 comments:
assalamualaikum 😀
semlm, 4.1.2019, seharian menghabiskan masa menaip assignments.
sehingga awal pagi tadi, 5.1.2019, hampir jam 5 pagi, selamat print out 2 assignments 💪 😊.
alhamdulillah. legaaaaaaaa...
khamis nanti dah boleh submit. in shaa Allah.
memandangkan semlm tak tido dgn cukup, maka mlm ni wajiblah tidur lena. 
kembali kan tenaga yg telah diambil semlm. agar kekal sihat utk study plak utk exam...

nak bercerita tentang Izzat yg sudah pun naik Darjah 1, tentang hari pertamanya.
baru boleh nak update cerita di blog dgn aman. 
if not, rasa bersalah bila update blog tanpa menyiapkan assignments dulu hu hu hu hu 😅...

pagi pertama.
langkah pertama ke skola pada 1.1.2019. orientasi.
serta sessi taklimat kpd para ibu bapa / penjaga.

sampai je di skola, anak terus masuk ke kelas yg disediakan.
ibu bapa / penjaga ke dewan utk sessi taklimat.

Izzat yg gembira.ada kawan sama-sama di PASTI dulu. 
maka, ok ok jer lah diorang semua bersama 😀.
anak lelaki semua sekelas.
anak perempuan dikumpulkan di kelas yg lain. 
tidak dicampurgaulkan lagi.

7.30 pagi - 9.00 pagi, ibu bapa / penjaga di skola sehingga selesai sessi taklimat.
then, anak-anak ditinggalkan di skola utk sessi orientasi sehingga jam 12.00 tghari.
takde sorang pun yg menangis or buat pe'el. alhamdulillah.
suasana sungguh aman. ibu bapa / penjaga balik dgn senang hati melambai anak-anak.

2.1.2019. hari pertama persekolahan Izzat 😍. excited nyer lah menanti hari ni.
saya hantar Izzat dgn penuh gembira dan aman.
hanya menghantar Izzat di pintu skola. Muallim nyer telah sedia menunggu kehadiran anak-anak.
dia cium tgn saya. saya cium kedua-dua belah pipinya.
"bye bye darling..." kami saling melambai

perhimpunan pagi di hari pertama persekolahan.
pelajar Darjah 3, Darjah 2 dan yg berbaju sukan di sebelah kanan, Pelajar Darjah 1, Izzat & friends.

😆 berkeriut muka Izzat, cuba melihat matahari pagi...
 anak-anak lelaki Darjah 1 masih belum dpt bekalan uniform skola.
maka, terpaksa berpakaian sukan.

tertukar kasut skola!
kejadian ni sgt biasa la time awal-awal persekolahan kan. ibu bapa mahupun guru memang tau dah perkara tertukar kasut ni mesti berlaku ha ha ha ha ha...
ini adalah kejadian pada 1.1.2019. Izzat balik dgn kasut kawan. hadoi lah...
kejadian 2.1.2019 lebih sedih! 😅
balik rumah tanpa kasut, hanya berselipar hu hu hu hu hu 👇👇👇.

alahai darling. berdiri dgn muka kesian.
Muallimah sedang maklumkan saya bahawa kasut skola Izzat tidak dijumpai.

alahai kesian 😀


di manakah kau wahai kasut? 😆😆

hari pertama dah pun ada homework. mewarna bendera Malaysia.
sesungguhnya Izzat tak minat mewarna. tak mcm kakak-kakak dulu kala, sgt suka bila bab mewarna.
as for Izzat, mewarna is not fun!
so, dia sgt lah slow buat homework. sehinggakan memerlukan bantuan Syuhada 😅.
dipaksanya kak Syuhada warnakan separuh homework nyer...
namun, skit jer kak Syuhada dpt bantu. kak Syuhada sendiri ada byk homework nak settle kan.


sampai sini aje yg Izzat larat ha ha ha ha... terus minta susu.

abis sebotol susu ni, baru la Izzat sambung mewarna bendera Malaysia sehingga selesai...

alahai darling Izzat.
Darjah 1, masih num susu guna botol 😅.
sehari kini hanya 3 kali.
pagi, sebelum ke skola.
ptg, balik dari skola.
mlm, sebelum tido... 😌

next entry, nak citer pasal kasut Izzat yg hilang!
3.1.2019, hari kedua persekolahan masih balik berselipar tau.
hadoi lah anak... stress ibu dibuatnya!
😀😀😀

Thursday, January 03, 2019

Persekolahan 2019 | Anak-Anak Permata Hati Ibu

5 comments:
assalamualaikum 😊
❤Salam Tahun Baru 2019❤
hari ketiga dah pun. tapi anak-anak skola baru je hari kedua.
cuaca pun elok-elok saje 2 hari ni. alhamdulillah... 
anak-anak saya tahun ni, ketiga-tiga nyer naik skola dah pun...
no more babies in the house hu hu hu...
tinggal la ibu keseorangan di rumah. melayan diri sendiri, memasak, mengemas...
kebetulan lagi beberapa hari lagi, exam utk semester ni. dpt la ibu blajo dgn aman damai di siang hari 😀.
Persekolahan 2019 | Anak-Anak Permata Hati Ibu
mcm mak-mak yg lain, tang anto anak-anak ke asrama jer, sayu + sedih + pilu + muram...
sebulan lebih bersama tiga org anak, tetiba ptg 1.1.2019 tu nak berpisah dgn sorang. hadoi lah 😔.
tapi tu lah, demi menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi, ibu lepaskan.
moga kak Nurin selamat di dalam peliharaan Allah di sekolah. ibu tinggalkan kakak sementara...

Persekolahan 2019 | Anak-Anak Permata Hati Ibu
kembali masuk pintu pagar skola kak Nurin...
ada kain rentang welcoming anak-anak tingkatan 1.
sgt indah perkataan yg digunakan, "SELAMAT DATANG PUTERI BONGSU" ❤.

Persekolahan 2019 | Anak-Anak Permata Hati Ibu
hmmmmm bantal peluk tu tak dilupa 😆.

Persekolahan 2019 | Anak-Anak Permata Hati Ibu
sempatlah jengah katil & almari baju kak Nurin.
sempatlah jugak kak Nurin bertukar dari baju batik rasmi kpd baju prep kuning.
si ibu ni, selagi tak kul 6 ptg, takkan lah nak meninggalkan anak nyer 😅. 
berat sungguh kaki nak melangkah pergi hu hu hu hu...

tinggallah Syuhada sorang di rumah melayani kerenah manja Izzat.
Syuhada da final year di skola rendah. dah jadik kak long di skola 😄.
dgn kejayaan dia ari tu time UPKK, nampak bersemangat sgt dia nak start skola thn ni. thn UPSR.
saya pun support lah dia utk maintain semangat positif dia tu.

Persekolahan 2019 | Anak-Anak Permata Hati Ibu
pagi pertama di thn 2019.
tinggi lampai. cantik. putih bersih jer nampak nyer...

anak-anak dara saya berdua ni, hanya murid biasa di skola rendah. tidak berbaju biru, kuning atau pink. 
yg penting, bagi saya byk A bila time exam, tu dah mencukupi.
melihat diorang berdua, adalah seperti tgk diri sendiri saje time skola dedolu.
murid yg introvert. tidak begitu menyerlah. tidak la pasif sgt, hanya bersederhana jer. diam-diam saje di satu sudut 😊.
ikut kata cikgu. ikut peraturan skola. just go with the flow hi hi hi hi...

Muhammad Izzat darling, putera bongsu yg manja 😍. darjah 1 dah thn ni.
rezeki Izzat, tidak bersekolah di skola kerajaan. saya daftarkan Izzat di skola agama.
skola dari jam 7.30 pagi hinggalah jam 5 ptg.
complete dgn ilmu KSSR, ilmu agama, hafazan, mengaji dan 2 kali makan (lunch & tea).

Persekolahan 2019 | Anak-Anak Permata Hati Ibu

minggu ni merupakan minggu suai kenal. lom lagi lah belajar nyer kan.
utk Izzat, next entry saya citer lanjut ye.
entry khas utk Izzat darling.

secara ringkasnya, semua berjalan dgn baik dan sempurna utk anak-anak saya.
yg pasti utk anak-anak korang juga ye, readers blog kecil ni 😊.

... bye dulu ye. nanti sambung citer-citer lagi 👋👋.