Saturday, January 26, 2019

Gotong-Royong | Deko Kelas 1 Soleh, SRITI An-Najah

assalamualaikum 😊
sempatlah 2-3 hari ni saya blogwalking.
luangkan masa klik satu persatu link blog di Reading List Dashboard.
lama rasanya tak blogwalking. cuti skola ari tu memang tak dpt la πŸ˜ƒ.
terasa nak perbaharui Bloglist nanti. blog yg aktif.
nak la kongsi kisah pagi ni.
dari jam 10.45 pagi tiba di skola Izzat, hinggalah lebih kurang jam 1.45 ptg, bergotong-royong para ibu-ibu mendeko kelas 1 Soleh.
bahan-bahan kesemuanya sponsored by ibu bapa.
skit skit, dikumpul jadi byk alhamdulillah... Muallimah 1 Soleh pun byk main peranan pemilihan bahan utk deko.

balut meja anak-anak.
dan tampal hiasan di dinding.
selanjutnya, πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ biarlah gambar bercerita.

Gotong-Royong | Deko Kelas 1 Soleh, SRITI An-Najah
yg utama ialah membalut meja anak-anak.
2 kali balut - pertama dgn pembalut bercorak, then dgn plastik lutsinar.

kak Nurin & Syuhada byk membantu saya dan ibu-ibu yg lain. alhamdulillah.
tak rugi la bw anak-anak dara berdua ni. kerja yg byk menjadi mudah dan cepat.
Izzat dan kawan-kawan berlegar-legar dan bermain di luar kelas. 
dari awal kami semua para ibu sampai, hinggalah ke minit-minit terakhir, tak berhenti buat keje sama-sama.
sungguh bagus. saya suka semangat gini πŸ˜ƒ.

Gotong-Royong | Deko Kelas 1 Soleh, SRITI An-Najah
meja yg da siap berbalut. comel, kan?
ada kata-kata semangat & lambang skola. ditempah khas ni.

Gotong-Royong | Deko Kelas 1 Soleh, SRITI An-Najah

Gotong-Royong | Deko Kelas 1 Soleh, SRITI An-Najah
ruang hadapan kelas.
di sekeliling papan putih dilekatkan dgn pelbagai deko yg bermanfaat.

Gotong-Royong | Deko Kelas 1 Soleh, SRITI An-Najah

Gotong-Royong | Deko Kelas 1 Soleh, SRITI An-Najah
ruang belakang kelas.

saya ucapkan terima kasih kpd ibu-ibu yg sporting hadir sessi gotong-royong kali ni.
yg tak hadir pun, semua nya memang ada hal. if not, memang ramai lagi. semua rasa seronok bila Muallimah upload gambar hasil gotong-royong ni.
utk anak-anak, kan. apa la salahnya.
pe pun yg kita buat ke arah kebaikan, kan ke pahala πŸ˜€. in shaa Allah...

ini sesuatu yg normal, kan. kawan-kawan cikgu saya tiap thn update mengemas kelas anak murid memasing.
laki bini anak-beranak dtg ke skola di hujung minggu, deko kelas.
sungguh la berintegriti para cikgu ni. buat kerja yg tak seharusnya dibuat. tapi demi anak murid ceria dan suka dtg skola, dilakukannya. saya salute lah korang para cikgu.
thn lepas saya sempat join gotong-royong di skola kak Nurin.
tapi yg tu tak la gotong-royong kelas. gotong-royong kawasan skola.
saya mengecat batu-bata!
utk skola rendah, so far tak pernah plak dijemput utk sessi gotong-royong kelas or skola.
saya ni sejenis yg suka menghebohkan diri dgn program anak-anak. salah satu kegemaran πŸ˜„.
pantang ada jemputan skola, sebolehnya saya akan turut serta.

hmmm, dlm pada sibuk bergotong-royong pagi td, terlupa nak byr yuran skola utk Februari πŸ˜“.
Isnin ptg kena dtg balik berjumpa Muallimah hu hu hu hu... if not, settle dah satu kewajipan tadi.
hadoi lah...

πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

14 comments:

  1. Seronok bila kita libatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan sekolah.. Lebih mendekatkan kita dengan guru anak-anak dan kita pun dapat melihat persekitaran kawasan pembelajaran anak kan Aida.. Sha pun macam Aida memang sedaya upaya akan melibatkan diri dengan aktiviti anjuran sekolah anak-anak.. Suka Sha tengok susun atur meja mereka.. menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...
      bab tgk persekitaran belajar mereka tu yg aida nak sebenarnya.
      baru la ada bayangan dlm fikiran time Izzat ke skola.
      and hati pun senang.

      Delete
  2. woah kemain cantik
    jadinya..!! hahaha nila ni rasa rindu nak ke sekolah.

    ReplyDelete
  3. seronok bila ada aktiviti macam ni kan disamping cantikkan kelas anak2 boleh bersilaturrahim dengan mualimah dan ibu2 yang lain kan

    ReplyDelete
  4. best kalau ibu bapa sama2 tlh hias kelas. Dulu masa sekolah..harapkan cikgu kelas jer..hehe

    ReplyDelete
  5. sportingnya ibu-ibu semua..yaya tak pernah berkesempatan buat semua ni.anak dah darjah 4 tapi tak pernah diwujudkan group whatsapp bersama guru kelas ataupun ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru thn ni aida ada grup wasap kelas anak.
      Izzat = darjah 1.
      Syuahda = darjah 6.
      tu pun cikgu kelas siap2 warning dari awal.
      tidak dibenarkan beriklan, mesej berantai dan yg tak berkenaan.

      Delete
  6. Rasa macam nak pergi sekolah lah pulak heheh

    ReplyDelete
  7. Cantiknyaaa. Dah lama tinggalkan zaman sekolah. Huhu

    ReplyDelete
  8. Cerianya kelas. Kekadang siap provide benda nak decorate lagi kat cikgu. Seronok la anak2 nak belajar kat kelas macam ni.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat join aktiviti ni.teringat zaman belajar dulu-dulu. Sama-sama baluk meja

    ReplyDelete
  10. Baru anak-anak rasa seronok dan bersemangat nak belajar dengan suasan macam tu kan..;)

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

Terima Kasih Rabia | Hadiah Top Komen Januari 2019

Terima Kasih Rabia | Hadiah Top Komen Januari 2019
::: klik image utk ke blog Rabia :::