Wednesday, January 23, 2019

Oven Panas | Roti Manis Untuk Emak

assalamualaikum 😊
selamat pagi-pagi Rabu.
moga indah-indah saje, jgn la haru-biru.
hari kita, cara kita. so enjoy it selagi berdaya 😄.
throwback kisah ptg Isnin lepas. bila Omak den dah request roti, memang da tak boleh nak elak.
bahan semua ada.
just gi beli sosej Ramli jer. sebab bila buat roti, dlm list wajib ada roti sosej.
tu la roti kegemaran anak-anak. Emak Abah pun pemakan roti sosej tau.

started everything at 2 ptg. selesai membakar roti at about 4.30 ptg.
dpt la 4 jenis roti dari 1kg doh yg diuli. alhamdulillah...
apa yg best nya kali ni, adik saya yg sado, Pak Uda Faiz menjadi assistant.
dia la jadi runner dlm rumah amik brg-brg.
dia la jadi perakam video dan sent ke grup wasap family 😅. buat semua yg di perantauan menjadi jeles! tak dpt makan roti fresh from the oven.
dia la menjadi tukang amik gambo roti before & after kejadian.

tak ku sangka dia sgt berminat membantu dari awal tepung diuli hingga la siap dibakar.
saya kagum and berterima kasih sgt kat Pak Uda.
sanggup tu mengenepikan PS4 dia demi nak menyaksikan camne kejadian roti. kagum 😎.

Oven Panas | Roti Manis Untuk Emak
roti sosej cheesy mayonis.
roti loyang cheese bergula.
roti loyang kosong.
roti loyang topping sosej cili sos mayonis.

semua tu saya topping kan ikut kehendak Pak Uda. gini lah... gitu lah...
ku ikutkan saje kehendak assistant ku yg ohsem tu 😀.

Oven Panas | Roti Manis Untuk Emak
alhamdulillah... ramai-ramai la makan ptg hingga ke mlm.
Emak tak jamah nasi pun, sebab kekenyangan makan roti.

cuma, roti sosej cheesy mayonis tu kurang ngireng! kurang bakar... sebaiknya kena lebih 5 minit skit membakarnya, baru garing cantik.
lain-lain, ok ok ok...

lama juga mixer saya tak bergerak! berbulan-bulan! 😄😄 😆😆
mixer heavy duty kesayangan ku. terkenang gambar 👇👇👇. lebih kurang 3 thn lepas.

Oven Panas | Roti Manis Untuk Emak
entry di sini.
begitu tekun Izzat dok sebelah mixer tu time kung kang kung kang doh diuli.
now Izzat dah tinggi. dah tak hairan dah bila mixer tu beraksi. dia da tau dah...
bising jugak la mixer ni 😅.
bising pun bising lah. janji ohsem!

hari ni dan esok tidak meroti. lusa pagi in shaa Allah.
gi Kinghin, Bukit Piatu, tepung roti habis! 1kg pun not available 😓😓😓.
stok ada kat rumah now ni hanya 500g. maka, lusa la baru dpt menguli nyer.
agar weekend ada la skit stok homemade bread kat rumah ni.
later, kalau ada da tepung roti di Kinghin, nak beli 5 kg siap-siap lah. senang!

saya share resepi asas roti manis saya - entry lama di sini. guna resepi ni utk semua jenis roti 😊. tak pandai nak tukar-tukar resepi cikgu.

  1. 500g tepung roti
  2. 100 g gula kastor
  3. 11 g yis instant
  4. 5g garam halus
  5. 265 g air sejuk + 1 biji telur gred A
  6. 80 g mentega

ok.
mau gi kuarkan daging. tghari ni bakal terhidang kari daging utk santapan.
asyik menyambal jer.
tghari ni kita layan kari daging dan sambal belacan nenes plak in shaa Allah.

bye for now uolls...

16 comments:

  1. Adoi.. sedapnya roti aida tu.. Kalau dekat, sha order je dengan aida.. :)

    ReplyDelete
  2. bestnya ada mixed..blh slalu baking kt rumah..:)

    ReplyDelete
  3. Tekun dak Izzat melihat benda alah tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Saya tangan bangku. hu2

    ReplyDelete
  5. sedapnya..dah lama teringin nak buat roti..BM dah beli tp masih M..save resepi ni dulu nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  6. Bestnya suka freshly baked roti. Tapi kita tak pandai 'meroti' huhu

    ReplyDelete
  7. sedapnya nak sikit hehehe.kalau dekat je ni mmg rabia order dah ni

    ReplyDelete
  8. nak minta isteri buat la ptg ni. pasti sedap kan?

    ReplyDelete
  9. bestnya pandai buat roti, nampak sedap semuanya tu

    ReplyDelete
  10. bestnya buat homemade roti ,, x reti nak buat sendiri sebab tangan keras hii

    ReplyDelete
  11. Tetiba terliur tengok roti Aida ni....huhuhu

    ReplyDelete
  12. Baru puas macam ni, buat sendiri dari beli di luar.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)