assalamualaikum 😊

hari ni buat nasi lemak utk breakfast.
mak abah ada...
anak-anak ada...
sambal ikan bilis petai, telur dadar & timun jepun.
masak nasi 4 pot, abis dah 😅. alhamdulillah...
jam dah pun kul 11.10 pagi. releks releks di sofa. exercise jari-jemari jap blogging.

Tenang-Tenang Je | Semua Dah Ditetapkan

ajal maut, rezeki, kelahiran, kejayaan...
semua da ditentukan. semua dah Allah catit utk kita. kena percaya qada' dan qadar.
qada' = penetapan.
qadar = pelaksanaan.
Allah tak beritahu kita apa yg telah ditetapkan. susah ke? senang ke?
kita yg kena jalani hidup ni dan berusaha utk menjadikan hidup kita ni berjaya.

saya tonton satu program tv di Astro. program temuramah artis-artis veteran yg masih aktif atau pun dah bersara sepenuhnya.
satu nasihat 👆👆👆, mencuit hati saya.
bahawasanya, dlm hidup ni, jgn nak kerja keras sgt in terms of materialistik. nanti kita stress! itu tak capai, ini tak capai... itu tak cukup, ini tak cukup.
pagi, petang, siang, malam memerah otak demi sesuatu yg dinamakan material.
kerja seolah-olah hidup 100 tahun.
beramal ibadah seolah-olah esok pagi akan mati.
ni satu yg juga tertanam di minda saya. terasa kena tampar di pipi pun ada 😆😆😆.
asyik la terfikir dlm otak ni, duit tak cukup utk sesuatu perkara tu. Aida oh Aida...
bila dgr nasihat 👆👆👆 dan the whole story artis veteran tu, rasa kufur nikmat pun ada hu hu hu...

artis dulu sgt sukar nak menempah nama di pentas populariti.
kalau tak bebetul bagus lakonannya, nyanyiannya, lawaknya... mana kan nak dipanggil utk job.
now, yes saya akui, semudah ABC.
nyanyi-nyanyi online, after 3 months da viral. another 3 months da ada single. then, masuk program tv diwawancara secara live.
setahun kemudian, beli kereta secara cash. beli rumah... gi holiday ke Maldives, etc.
tapi, bila suruh nyanyi live --> 😖😖😖.
ini betul. baru je tgk di utube, satu artis lelaki, disuruh nyanyi live dlm program Indonesia. hancusss!!! maluuuuu nyer sebagai rakyat Malaysia.

Tenang-Tenang Je | Semua Dah Ditetapkan

thn ni saya tak letak azam dah. hanya tiga titik ajer 😆😅😅.
saya nak go with the flow je. plan utk jangkamasa pendek. thn ni, plan thn ni. thn depan, nanti-nanti.
holiday? ada satu plan holiday ke negara jiran. but, lom dpt approval from mr.asben. lom diskus pun lagi. mesti direalisasikan sebelum Ramadhan ni. sebab, selepas tu Syuhada dah ketat dgn jadual UPSR. setakat dlm negara, takde masalah. 2 hari 1 mlm pun ok jer kami 5 beranak ni.
savings? ni bukan azam. ni kewajipan sejak anak-anak lahir lagi. savings seriously utk education kak Nurin & Syuhada. beberapa thn jer lagi nak melangkah ke menara gading. tak tau lagi brape belanja nyer akan dtg. savings saya laki bini nak tunaikan haji di Mekah. 2 matlamat ni memang bermain di minda saya. wajib!!!
shopping? ni pun dah masuk list. not so shopping yg merepek meraban lah...
ia semcm satu azam utk berbelanja sekiranya nak. jgn fikir-fikir byk duit byk ke tak. beli jer selagi ia bukanlah menjurus kpd pembaziran.
apa ekk nak di shopping kan, Aida? ntah. takde pe pun dlm fikiran ni sebeno nyer.
takde aim pun nak beli handbag rm1,000. make-up RM2,000. tv 60". tempah baju raya kat rizalman. takde lah 😆😆😆.
just tak nak jadik kufur nikmat. dok sekat diri sendiri dlm berbelanja. 
bekerja tiap hari, mesti ada time kita reward diri kan 😎😎😎.

bak kata artis veteran tu... kita hidup jer mcm biasa. releks releks. ada, ada lah. takde, takde lah. berusaha jgn putus asa. hargai apa yg kita ada masa sekarang, jgn take for granted. heboh keje sana sini, tapi family terabai. untung ke? 😌😌😌

ok ok ok la... dah 45 minit menaip entry ni hah... jam dah nak kul 12 tghari. nak kena stop bebel.
hi hi hi hi... gitu lah. menaip di blog best skit. compare to fb. tak boleh nak byk sgt perkataan.
karang kena kecam dek org yg salah faham perkataan kita 😆😆😆 ha ha ha ha...

nak masak daging masak kicap.
sambal ikan bilis petai ada lagi. sotong masak hitam semlm pun berbaki byk lagi.
3 lauk for lunch hingga le ke dinner. ok la tu. alhamdulillah...

👋👋 tata!