assalamualaikum 😌

mlm tadi, hati saya terusik dek kenangan lalu.
bila di timeline fb, ramai rakan sejabatan post gambar menerima APC 2018.
membuatkan jari jemari saya ingin menari di atas keyboard, meluahkan rasa hati...
pagi ni baru dpt publish.
setelah byk perkataan ditaip dan dipadam. ditaip semula... padam... taip.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang | Aku kah ?

apakah itu yg dikatakan perkhidmatan cemerlang?
siapakah yg ada kuasa menentukan kecemerlangan perkhidmatan seseorang?
utk tempoh berapa lamakah seseorang itu dikira layak menerima anugerah ke atas kecemerlangan perkhidmatannya?
semua itu subjektif, kan?
saya pernah beberapa tahun menjadi penilai pertama kpd anak-anak buah (sebelum bermula cuti belajar).
saya menilai lebih skit dari yg sepatutnya. kerana saya mengenangkan apa yg saya tulis bakal efek perkhidmatan mereka.
terpaksa beri markah lebih dari yg sepatutnya mereka dpt. saya anggap ia amal jariah la juga, sedekah markah 😅.
pastinya, beberapa org pasti akan menerima ayat di akhir penilaian --> "Pegawai ini berhak dicalonkan sebagai penerima APC thn ini kerana .........".
kerana saya tahu siapa yg bekerja, siapa yg berniaga, siapa yg asyik kuar masuk ofis heboh hal anak, siapa yg asyik la dgn facebook...

ini adalah tanggungjawab saya.
saya anggap ia akan dipersoalkan di akhirat kelak.
memberi kpd yg layak.

namun 😓 yg saya lihat, APC ni sekarang mostly diberikan ikut suka hati bos.
yg dia suka.
yg dia nak.
kalau dia ada negatif kpd calon, meskipun ia berlaku 3-4 thn yg lepas, dia tolak tepi.
tak beri peluang langsung meskipun calon tu dah berubah pada tahun yg dinilai.

kecewa di hati yg gagal.
rasa tidak adil.
rasa marah.
yg penting, ia akan melahirkan rasa malas bekerja!
"lantak la. aku buat je apa yg aku wajib buat. selebihnya, biar org lain yg settle kan".
ini hakikat...

lebih buruk lagi, si penerima APC hanya bekerja 20% dari waktu perkhidmatannya.
selebihnya?
berniaga tupperware, berniaga tudung, berniaga kuih-muih, jual insuran, jual emas di waktu pejabat.
berborak. membawang tak abis-abis!
escort bos ke hulu ke hilir. jadi reporter bos tak bergaji 😓.
buat tugasan adhoc jabatan, luar dari tugasan hakiki.
yg bekerja keras bagai nak runtuh dinding pejabat, ternganga melihatnya. "dia yg dpt???!".

mulalah mulut-mulut manis memberikan komen, "belum rezeki awak lagi. rezeki kan tak pernah salah alamat".
hmmmm terkulat-kulat la kita yg tak dpt ni di satu sudut, seolah-olah kita ni tak bersyukur.
tak cemerlang kah aku?
tak bekerja kah aku sebaik dia?
sedangkan aku yg lebih bekerja dari dia.
setiap kali meeting, muka aku lah yg dijemput utk menjadi salah seorang pembuat keputusan.
setiap kali program jabatan, muka aku lah yg heboh ke sana, heboh ke sini.
apa lebihnya dia?
ye. rezeki itu tak pernah salah alamat.
namun, tetap ia di tgn manusia. manusia itu penentunya.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang | Aku kah ?

adakah selepas ni aku kena bodek bos? escort bos ke mana pun bos nak gi?
jadi "reporter" bos dlm pejabat?
buat-buat busy tiap kali bos lalu, sedangkan takde keje pun... ???
adakah ...???

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang | Aku kah ?

peranan bos / pegawai atasan amat besar di sini.
jgn sesekali kita salah tenyeh atas kertas penilaian.
kita mungkin akan menghiris hati calon yg sepatutnya menerima APC.
tidak adil baginya.
semangatnya akan merudum!
tiada lagi "cemerlang" di hatinya.

pernah seorang bos saya, hanya menerima APC selepas berbelas tahun bekerja.
ada la berborak dgn dia few years back. dia seorang lelaki.
"saya dah jadi penolong kanan pengarah, dah nak naik pangkat lagi ni, belum terima APC".
saya terkejut. 
kerana dia sgt bagus dlm bekerja. menjadi salah seorang pakar rujuk di jabatan.
aduhai... org sebagus ni tak dpt APC???

😊 kita rasa kita dah adil.
tapi org bawahan kita, adakah mereka puas hati?
mungkin kita telah berjaya melenyapkan seorang pekerja yg berdedikasi.
mungkin kita telah memusnahkan harapan dia.

berlaku adillah 😎.

seseorang tu bekerja sememangnya tak mengharapkan balasan.
namun, bila adanya APC, tak byk, sikit mesti simpan harapan utk nakkan APC.
lebih2 lagi bila seseorang tu dah buat sehabis baik!
hmmmmm...

😌