Friday, February 01, 2019

Januari | Apa Dah Jadi ?

assalamualaikum ❤

1 februari. Jumaat.
bulan kedua di thn 2019.
januari nan indah. alhamdulillah.
apa ye berlaku dlm diari Januari saya ?

blog
saya kembali aktif blogging selepas 14.1.2019.
sebelum tu, dari november, menyepi kerana konsentrasi beralih kpd assignments & exams.
kebetulan, disember, anak-anak bertiga ada rumah 24 jam.
hmmmm tak sempat nak blogging.
on desktop / laptop bila kala anak-anak tidur. tgh mlm! just utk assignments.

Januari | Apa Dah Jadi ?

blogging ni hobi saya. tonton tv, sambil menaip. update blog dan blogwalking.
so, terisi lah masa. tak la menongkat dagu keboringan tonton tv.
sempat la saya menyusuri senarai di Reading List Dashboard. refresh memori tentang blogs yg saya follow.
qada' baca cerita kawan-kawan. saya copy link blogs dan create a personal list 👇👇👇.

Januari | Apa Dah Jadi ?
more than 30 links listed.

secara otomatik, tu la semua link yg bakal saya klik sepanjang februari ni.
end of februari nanti, akan mencari links yg baru.

masters journey
settle final paper on 14.1.2019 pagi... 
maka dgn rasmi saya selamat abiskan 3 semester dah, masters in Law di UKM.
berbaki 1 semester jer lagi. in shaa Allah.
bakal bermula sekitar 11.2.2019 nanti. moga semuanya berjalan lancar lah hendaknya.
sedang berlegar-legar dlm fikiran ni, subject apa nak amik for final semester ni.

di library. menaip assignment masa ni...
snap gambar ni utk send kat grup wasap famili 😅.

diet
sememangnya, aktiviti bersenam saya sudah terhenti sejak disember 2018 lagi.
hu hu hu hu aerobik ke mana, jogging ke mana, cycling ke mana.
maka, januari lepas saya dah mula merangka program kesihatan diri.
saya dah mula berpuasa isnin & khamis. berniat puasa ganti. minggu lepas dpt la 3 hari (isnin, rabu & khamis). 
mudah-mudahan dpt la pahala puasa sunat tu. dgn izinNya...
sebenarnya, at first nak buat intermittent fasting (IF) yg agak viral lah di groups diet.
keep sharing kisah kejayaan lisa surihani yg kembali mcm anak dara tu kan.
saya pun teruja sekali la nak buat IF 😄😄😄.
tapi, lebih baik kita niat puasa terus, kan? sihat dpt. kurang berat badan dpt. pahala confirm lah dpt in shaa Allah.
bersahur --> air milo segelas, biskut / roti. then air suam 2-3 cawan.
berbuka --> air panas segelas (kopi o or teh o), nasi 2 senduk & lauk pauk.
tu jer. sampai la time nak tido, dok teguk air suam beberapa cawan.
saya di rumah, tak byk aktiviti. maka, meskipun makan skit, tidaklah begitu memudaratkan diri sendiri the next day berpuasa.
cuba melatih diri makan sedikit. biar menjadi kebiasaan.

Izzat
naik darjah 1 dah buah hati bongsu saya.
sebulan gi balik skola tanpa masalah.
happy. no complaints. alhamdulillah...

ptg semlm. sebelum masuk rumah, saya suruh dia habiskan air suam dlm botol tu dulu.
nak biasakan dia minum air suam byk. air x habis, tak boleh main!
balik dari skola, bukannya nak rehat. terus nak main depan laman dgn anak2 jiran 😅.

YDPA Malaysia

semlm telah dilantik Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Agong ke-16.
sungguh cantik Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Januari | Apa Dah Jadi ?

bertudung lengkap, senyuman manis dan aktif dlm kerja-kerja kebajikan.
lambang wanita melayu Islam. selayaknya Tunku Azizah sebagai Raja Permaisuri Agong.

larangan merokok

Januari | Apa Dah Jadi ?

alhamdulillah.
gembira saya bila makan di mana-mana kedai makan, tidak lagi diselaputi asap rokok.
segar rasanya. tak lagi rasa nak marah org 😆.
moga-moga ini berterusan sehingga bila-bila. saling hormat-menghormati hak org lain, kan.
merokok lah di kawasan yg dibolehkan merokok. byk tempat lain, kan.
bukannya diharamkan merokok secara total. tidak...
hanya ditempat-tempat yg tertentu saja. lagipun, merokok kan membahayakan kesihatan.
seharusnya lah dikurangkan dan kalau boleh, stop terus.



ada beberapa target bulan Februari ni :-
selesaikan ganti puasa.
sedekah subuh.
bersenam --> bila tak puasa la.
homeschool anak-anak --> buat jadual belajar.
baking --> meroti, kek pisang, kuih kasui.
in shaa Allah.
p/s : Januari korang amacam? 😉

9 comments:

  1. Moga urusan menuntut ilmu dipermudahkan dan lancar.Aamin.
    Suka tengok YDPA Malaysia ni...ada aura yang magis.Moga juga menjadi tauladan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Januari Sha hectic.. kikiki.. Permulaan tahun baru, banyak yang nak dikejar.. Tambah tahun ini ada beberapa audit yang nak dilalui.. Kena fikirkan projek baru dan cari sumbangan bahan bacaan baru..

    ReplyDelete
  3. wah Syaza baru tahu kak aida masters in law! masyaAllah hebatt

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah tercapai segala azam yg terhenti buat seketika waktu itu. kena istiqamah la nampaknya.

    ReplyDelete
  5. wah moga dapat habiskan study dengan jayanya..insyaallah..
    bagus rajin berpuasa untuk kesihatan diri

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..syukur, tahniah dah tinggal 1 sem lagi master tu...patut la lama aida menyepi..sekali dia datang, bom atom dia kasi kat blog..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Good luck in your final exam!!!... =)

    ReplyDelete
  8. semoga apa saja yang aida usahakan tahun ini akan memberikan hasil yang baik.

    Macam saya bila muncul januari akan bertambah jugalah umur saya ni, jadi memang akan berniat macam2lah kan. alhamdulillah bila kita berpuasa isnin khamis tu perut kita akan rasa lebih rileks bagi saya dan memang puasa isnin khamis ni saya dah amalkan sejak lama dulu, cuma kadang2 tu ada jugalah saya tinggalkan.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah akhirnya study dah sampai ke penghujung dah. Ehhh penghujung ke?? Adalah setiap detik waktu tu sebenarnya proses pembelajaran kan. Macam² berlaku dalam bulan Januari. Bukan Februari ni macamana pula la agaknya. Btw semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)