assalamualaikum 😊

baru tghari Selasa, tapi hati dah rindu kat kak Nurin.
dah la Ahad lepas, anta dia ke asrama, lupa beri duit poket 😞.
ikut hati saya, nak aje semlm pagi drive jumpa kak Nurin di skola.
tapi, mr.asben melarang. dia nak suruh kak Nurin ikhtiar sendiri.

dari segi makan minum, cukup.
cuma tu la, kalau-kalau la time rehat dia nak beli apa-apa di koperasi.
makanan ke.
jajan ke.
minuman ke.
dari segi alatulis & brg2 belajar pun cukup dah saya provide.
tapi tu lah... saya tak suka tinggalkan anak dlm keadaan dia takde duit 😢.
hati saya tak tenteram!

cek gallery phone mlm td, ternampak plak image biskut kegemaran anak-anak 👇👇👇.
Jumaat hari tu, ke Family Store, kak Nurin memborong nabati-nabati ni.
nabati cheese wafer takde stok plak time tu.

Nabati | Biskut Pilihan Anak-Anak
nabati white
milk vanilla cream wafer

Nabati | Biskut Pilihan Anak-Anak
nabati pink lava

dulu kala harganya singgit.
sejak gst dihapuskan, until now harganya 94 sen sepaket.
biasanya memang saya suruh je dia amik byk. buat stok di asrama.

nabati ni sedap, feveret saya always nabati cheese wafer lah.
sepaket tu makan krap krup krap krup depan tv, kejap je abis :) manis & lemak.
kalau travel pun, mudah bwk biskut ni.
biskut nyer berbentuk wafer. ringan. manis skit, tapi sedap la.
tak muak makannya. nice...
sometimes, kalau saya ke UKM, berniat nak stay library sampai ke ptg, confirm bwk sepaket dua nabati ni utk kudapan.

moreover, senang nak beli nabati ni. 
always available di Family Store. cuma gilir-gilir la flavour nyer.

😍😍😍