Friday, February 01, 2019

Resepi | Asam Pedas Ikan Pari

assalamualaikum πŸ˜€

kelmarin.
masak ni.
ikan pari tu 1 kg. pasar besar Melaka harga 1 kg ikan pari RM22.
bendi. 
daun kesum terlupa letak!!! πŸ˜… hadoi lah...
bertahan 2 hari jugak bila masak seperiuk.

Resepi | Asam Pedas Ikan Pari

ikan pari tu saya bersihkan dgn air asam jawa.
hilang hanyir. hilang bau nya. baru la selesa saya masakkannya.

resepi, takde la sukatan yg spesifik :
  • bawang kecik, bawang putih, kunyit... blend halus.
  • tumis semua tu sekali dgn secubit dua halba. meresik nanti baunya πŸ˜‹. kalau mak saya, akan masukkan belacan tau. saya tak guna belacan.
  • then masukkan ciliboh. saya guna 3 senduk ciliboh. saya suka kuah pepekat skit. masak hingga garing dan cantik jer terbit minyak.
  • masukkan semangkuk air asam jawa dan ikan pari. 
  • then, saya memang wajib masukkan bendi dan daun kesum. best!!! boleh la jugak masukkan terung. tapi saya kurang gemar. prefer bendi.
  • lastly, perisa la dgn garam secukup rasa.
terkenangkan asam pedas di kedai makan ni.
hadoi la. rasanya out sgt! gagal. 
rasanya hari saya makan tu, tukang masak tersalah rencah! hu hu hu hu... husnuzon, wahai Aida.
tak la nak kata saya ni pandai sgt masak. utk keluarga je. 
lom la tahap boleh jual πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ. setakat berjaya melengkapkan 'perut' mr.asben, jadik la.
dari kecik da makan asam pedas mak masak. maka, deria rasa terhadap asam pedas amat kuat.
sebagaimana org kelantan dgn nasi kerabunya.
sebagaimana org terengganu dgn keropok lekornya.
sebagaimana org johor dgn laksa johornya.
sebagaiman org negeri sembilan dgn masak lemak cili padinya.

ciri-ciri asam pedas yg begini πŸ‘πŸ‘πŸ‘ :
  • rencah & ciliboh mesti garing cantik.
  • air jgn terlalu byk! kuah akan cair, maka tak syok lah. seimbangkan dgn cili yg ditumis.
  • mesti ada rasa masam nyer skit. dari air asam jawa. seimbangkan masam dan masin dari garam.
  • penggunaan daun limau purut & daun kesum. 2 bahan ni penting utk up kan lagi rasa dan aroma asam pedas.
buat lelebih skit. kuahnya boleh digandingkan dgn lempeng, roti canai. roti gardenia pun boleh!
alamak! tetiba teringin plak nak makan laksa johor. lama tak makan ni.
nak kena minta kakak buat la nanti bebila.
spageti, kuah laksa yg pekat. wajib ada sambal belacan!!!
gaul gaul gaul. makan dgn tgn 😍  πŸ˜‹.

hari ni... sup tulang in the house!
nasi putih.
kuew teow.
kicap cili padi.
hirisan timun.
πŸ‘Œ

... bye!

6 comments:

  1. alahai lama tak makan ikan pari😭 ternampak post ni time malam pulak th

    ReplyDelete
  2. amboi, saja kan aida ni nak listkan segala jenis makanan..buat kita kecur ajee..hahaha

    ReplyDelete
  3. Sha kurang suka ikan pari.. Tapi memang kesukaan asam pedas ini.. Semua jenis Sha suka.. ikan, daging, ayam.. Pergh!!

    ReplyDelete
  4. betul tu kuah asam pedas kena pekat kalau cair tak bestkan, saya pernah buat tercair memang kurang sikitlah rasanya

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, dah lama tak makan tu. Dapat kuah dia pekat² lak alahaiii sedapnya

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.