Saturday, February 09, 2019

Resepi | Sup Kaki Ayam & Ikan Bilis Goreng Cili Padi Dengan Belimbing Buluh

assalamualaikum...

sabtu dah nak abis dah in 2 hours.
esok ahad. 
bakal abis la cuti skola selama seminggu utk anak-anak. 
wow! cuti CNY yg amat panjang kan 😃. rugi betul tak cek kalendar awal-awal.
if tau awal-awal, da booking da memana hotel dlm M'sia ni.
namun... seminggu cuti ni telah diisi dgn begitu padat skali tanpa disangka...
later later lah citer pasal aktiviti time cuti CNY ari tu.
mlm ni just nak santai-santai update blog pasal makanan.
nak kasik clear gambar dlm phone. sejenis suka amik gambar makanan lepas masak 😄.
berlambak.
cuma ada yg tak sempat nak share kat blog ni hah.

dua ni adalah lauk hari Rabu lepas.
sup kaki ayam.
ikan bilis goreng cili padi dgn belimbing buluh.

Resepi | Sup Kaki Ayam & Ikan Bilis Goreng Cili Padi Dengan Belimbing Buluh

kaki ayam kena masak bebetul tau.
jgn nanti isinya keras dan rasa bergetah!!! boleh potong selera 😖.
the best is masak dgn pressure cooker. mode BONE. tempoh masa 36 minit.
gerenti 100% bhw org yg sebelumnya tak suka makan kaki ayam, akan jatuh cinta tau 😍😍😍.

Resepi | Sup Kaki Ayam & Ikan Bilis Goreng Cili Padi Dengan Belimbing Buluh

SUP KAKI AYAM
bahan-bahan :
  1. kaki ayam (bersihkan)
  2. sup bunjut
  3. halia 6 cm (diketuk) - saya suka byk halia bila masak sup.
  4. serai 3 batang (diketuk)
  5. rempah tumis empat sekawan
  6. bawang merah (hiris)
  7. bawang putih (hiris)
  8. garam secukup rasa
  9. daun bawang & daun sup
  10. bawang goreng
cara-cara yg amat ringkas :
  1. kaki ayam kesemuanya dimasukkan dlm pressure cooker bersama air secukupnya utk sup.
  2. dimasukkan sekali sup bunjut, halia & serai. kita on pressure cooker mode BONE (otomatik set utk 36 minit).
  3. bila da siap sup tu. baru lah ditumis bahan no 5, 6 & 7 👆👆👆. tumis darat ler katakan. masukkan bahan tumis ni semua ke dlm periuk. 
  4. perisakan dgn garam. kacau rata.
  5. nak hidang, tabur la dgn daun bawang, daun sup & bawang goreng 😋. sedia utk dimakan.


bila ada sup, mestilah nak lawan dgn satu lauk yg pedas-pedas skit.
if not, plain jer makanan yg masuk ke tekak nanti.
maka, terhasil 👇👇👇.

Resepi | Sup Kaki Ayam & Ikan Bilis Goreng Cili Padi Dengan Belimbing Buluh

ada plak seplastik belimbing buluh. sharing from jiran sebelah rumah.
teringat la resepi kakak --> ikan bilis goreng cili padi dgn belimbing buluh.
couple with sup kaki ayam.

IKAN BILIS GORENG CILI PADI DENGAN BELIMBING BULUH
bahan-bahan :

  1. ikan bilis
  2. belimbing buluh ( dihiris tebal)
  3. cili padi (dikisar)
  4. garam secukup rasa.

cara yg amat ringkas :

  1. ikan bilis digoreng rangup. ketepikan.
  2. belimbing buluh digoreng 5-10 minit. nak buang airnya. ketepikan.
  3. cili padi yg dikisar, ditumis garing. then, masukkan ikan bilis & belimbing buluh tadi.
  4. gaul rata sekejap.
  5. perisakan dgn garam. siap utk dihidangkan 😋.


licin!
anak-anak memang suka tahap maksima sup kaki ayam. tak cukup!
memang saya terbeli sedikit. salah kira hu hu hu hu...
anak-anak saya kalau makan kaki ayam tu, meratah, sorang akan ratah tak kurang 5 kaki ayam.
maka, saya sepatutnya beli tak kurang 50 kaki ayam. will cover lunch & dinner.
masak guna pressure cooker. memang lembut la isi di kaki-kaki ayam tu.
mudah jer bercerai dari tulang 😋😋😋.
khasiat kaki ayam ni memang diketahui umum.
memang terbaik lah. something simple but tinggi khasiatnya...

Resepi | Sup Kaki Ayam & Ikan Bilis Goreng Cili Padi Dengan Belimbing Buluh

mlm diakhiri dgn air kopi o panas.
sambil layan drama korea, My Strange Hero.
what a great Wednesday 😌😌😌.

27 comments:

  1. sedapnya, boleh bayang isi kaki becerai mudah je dari tulang. Nanti boleh cuba buat, sup ayam is my favourite lebih-lebih lagi bila ada kentang

    ReplyDelete
  2. sedapnya sis..boleh terai juga ni

    ReplyDelete
  3. kite sukaaaa sup kaki ayam..!!! tapi yang mak masak je or yang dimasak kat rumah =D

    ReplyDelete
  4. semalam pun housemate masak menu belimbing buluh..tapi dia buat sambal tumis...tak sempat lagi nak merasanya..nanti petang2 lah boleh masak nasi, makan panas2

    ReplyDelete
  5. Ni semua la nk kena beli pressure cooker ni..terus empuk je kaki ayam kan..fav SA satu family tu...bleh bergaduh kalau sikit je buat

    ReplyDelete
  6. Kita pun mmg masak sup kaki ayam dalam pressure cooker je. Kita sendiri tak makan kaki ayam, tapi si anak dara belajar makan dari daddy dia, pandai plak dia mntak mummy masakkan. huhu

    ReplyDelete
  7. Wow.. Sup kaki ayam..
    Kita tak pernah la masak sendiri.
    Tapi orang masak pernah la makan.
    Sedap menggigit2.
    Hehe

    ReplyDelete
  8. mudah yer masak sup guna pressure cooker ni. nak beli lah satu nanti. sambal belimbing buluh tu memang terbaik makan dengan sup.

    ReplyDelete
  9. Memang patut lah sedap, masak guna pressure cooker. mmmmmmmmmmmmmmmm lapar la pula

    ReplyDelete
  10. Bestnya ada pressure cooker kan? Resepi sup kaki ayam dengan ikan bilis ini memang lar. Nak cuba kalau boleh. :)

    ReplyDelete
  11. sedap tuh, kaki ayam tu klu lembut nk mkn mmg layan... ratah pun best

    ReplyDelete
  12. Sedap juga makan sup ni nak nak time hujan atau selsema. Rasa lega je. Suka kaki ayam tapi makan jenis sikit2 je macam tu. Tak reti makan sekali banyak2.

    ReplyDelete
  13. Sambal ikan bilis dengan belimbing buluh memang kegemaran kita lah tapi mak kita buat lain sikit hehehehe mereka tak masak belimbing tu wakakak tapi ok kita boleh cuba resipi ni...

    ReplyDelete
  14. banyak orang kta sedap kerabu kaki ayam ... or sup kaki ayam ni.. tapi tak pernah try.. hahaha tak sanggup.... tapi org kata kolagen byk erk .. one dayyyy lah try

    ReplyDelete
  15. Perghjj sup
    Kaki ayam mmg banyak khasiat. Org kata dalam banyak part badan kat ayam.. tang kaki plg tinggi khasiat

    ReplyDelete
  16. Kalau org jawa panggil ceker. Sy x makan ceker ayam. Penasaran nk tahu rasa dia mcm mna. Since kat rumah pon cuma ayah j yg makan, jadi ibu sy tak pernah masak ceker. Nampak mudah j nk buat

    ReplyDelete
  17. Nampak sedap jew..tapi sis tak makan kaki ayam, so tengok je orang dok makan. Kat rumah ni siapa nak makan kaki ayam kena beli le..sis tak kan masak..hehehe

    ReplyDelete
  18. Hahahaha..sup kaki ayam...mmg bonda suka tu...xkesahlah org ckp kaki aym kotor ke apa...janji sedap...kdg2 bonda beli sesaja kki aym tu masak sambal atau sup...haaa...lps tu makan tu je...bolwh bwt sup kaki aym lps ni...

    ReplyDelete
  19. Belimbing buluh tu macam susah je nak dapat dekat sini. Kalau kaki ayam, biasa saya buat stok ayam. Lepas tu buang je sebab tak reti nak makan macam mana

    ReplyDelete
  20. Adus. Sedapnya sambal tu. Pakai pressure cooker memang boleh masak macam-macam kan. Rasa macam Rawlins pun nak try gak la kelak (tapi tukar kaki kepada daging la sebab Rawlins tak makan kaki)

    ReplyDelete
  21. Sup kaki ayam nie makanan kegemaran anak2 AM .. Kalu seperiuk AM buat, mmg satu hari bdk2 nie dok meratah sampai abis licin.. Kadang2 seronok mkn sbb join berebut sekali dgn anak2.. Heehehe

    ReplyDelete
  22. Pergh..dapat ikan bilis goreng makan dengan nasi panas-panas pun dah menyelerakan..dapat lagi sup kaki ayam..sumber kolagen tu hehe

    ReplyDelete
  23. Ikan bilis garing lak! Perghhhhh sedap gila makan nasi pepanad dengan sambal ikan bilis awak. Ngidam lak rasa

    ReplyDelete
  24. Sama lah kita sis, tak sedar yang cuti CNY lama. Tanya suami kenapa tak kerja, kalau tahu, boleh jenjalan.

    ReplyDelete
  25. sedapnya bilis dengan belimbing buluh tu, untuk sup kaki ayam tu pasti sedap buat penggemarnya, sayangnya saya dan suami bukan penggemar kaki ayam walaupun tahu akan khasiatnya.

    ReplyDelete
  26. Rabia tak pernah makan lagi sup kaki ayam. Kaki ayam pun x pernah makan

    ReplyDelete
  27. Waaa mama dpt feel la perasaan makan Dan minum kopi sambil tgk Korea bestnya

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)