assalamualaikum 😊

in few minutes, nak gi amik Syuhada dari skola agama and terus amik Izzat plak.
rutin hari Rabu yg tak pernah jemu membuatnya.
nanti si Ibu ni dah masuk bekerja, ntah camne 😅. terpaksa susun jadual semua dgn mr.Ayah.

terjumpa 👇 di timeline fb.
tq to all sebab berkongsi 😍.
dan alhamdulillah, beginilah yg selalu saya nasihatkan kak Nurin yg dok di asrama.

Simple Tips | Bagaimana Mahu Rajin Belajar

1. belajar (duduk bersama) dengan kawan-kawan yang rajin. then, aura rajin tu akan dtg pada kita. rasa minat utk belajar tu akan lebih dekat dgn kita.

2. duduk jauh-jauh (jgn bercampur) daripada kawan-kawan yang malas! tidaklah mengenepikan mereka. bukan memilih kawan. tapi, bezakan waktu belajar dan waktu rehat. kiranya kawan tu masih bermain di waktu belajar, then, jauhilah dia buat seketika.

3. tiru gaya & cara pelajar cemerlang belajar 😏. alhamdulillah, kak Nurin dlm kelas yg pertama dan dia berada di kelompok yg terbaik. di sinilah tempat dia mencari cara bagaimana nak rajin belajar dan tahu cara utk belajar. observe cara kawan-kawan. then, jadikan cara kita ikut kesesuaian kita.

4. jgn duduk & 😞 buat muka malas semasa belajar. ini tips yg sgt bagus utk saya share dgn anak-anak. ketepikan perasaan bosan, perasaan tak sukakan cikgu, perasaan penat, bila sedang belajar. takde minat? ada kan minat tu. biasa kan. lama-kelamaan minat tu akan hadir tanpa paksaan.

5. kemas & bersihkan meja tempat kita belajar. ini dah saya terapkan sejak diorang kecik lagi. kemas meja, kemas katil, kemas almari buku = seluruh bilik. kerana dlm bilik tu la kita sedang belajar 😎. takkan selesa belajar kalau keadaan kacau-bilau. as for kak Nurin, sentiasa saya nasihatkan dia, kemas locker, katil dan meja belajar di kelas. kemaskan environment, maka kemas la diri kita.

6. hias & cantikkan tempat kita belajar. ni penting 😀. bilik anak-anak memang saya suka hias. bilik di rumah baru dah pun siap utk beri suasana indah & mesra utk kak Nurin & Syuhada.

7. belajar teknik siapkan kerja dgn pantas. ni pun saya terapkan pada anak-anak. bila kerja siap cepat, byk masa utk kita ulangkaji. bila mana kita buat kerja dgn lambat, ia akan bawa masuk aura pemalas! kerja jadi lambat dan diri kita jadi lembab. 

8. puji diri sendiri selepas habis belajar. yes. ni sesuatu yg positif utk diamalkan. settle and say yes utk diri sendiri 👍.

9. ucap rasa syukur setiap kali habis belajar. alhamdulillah. saya sentiasa rasa bersyukur dgn pencapaian anak-anak, kak Nurin, Syuhada & Izzat. diorang berada di level masing-masing dan buat saya bangga. maka, tiap kali diorang settle belajar, terutama time ulangkaji bersama saya, memang saya akan lafazkan "alhamdulillah, abis dah..." 😀.

Simple Tips | Bagaimana Mahu Rajin Belajar
syukur krn setakat hari ni, saya dpt beri segalanya pd anak-anak bertiga.
tidak pernah ingin diorang rasa susah atau sukar.
but certain situations, rasa susah dan sukar itu perlu...
saya dulu pelajar.
tadika - skola rendah - skola menengah - matrics centre - university.
and now sambung di satu peringkat lagi, di university.
saya faham bagaimana kesukaran utk belajar. rajin belajar. menjadi cemerlang.
maka, utk anak-anak saya ni, saya tekan mereka di tahap mereka boleh terima.
kuncinya hanya satu = RAJIN BELAJAR.
akademik bukan segalanya.
tapi, tanpa akademik, masa depan sukar diramalkan.
dgn hanya akademik, masa depan tidak menyukarkan org lain.
cukup la anak-anak saya dpt berdiri di atas kaki sendiri.
senang. cukup. sihat. gembira.
tak perlu kaya dan duit melimpah-ruah.
kerana duit tidakkan menjamin kebahagiaan. 
ilmu juga memainkan peranan yg paling penting.

😉   😎