Wednesday, June 12, 2019

Susun Atur & Deko | Bilik Anak-Anak Dara

assalamualaikum...
salam sejahtera 😉.

tgh mlm tadi, sehingga la pagi ni, alhamdulillah bumi Melaka hujan.
sejuk!!!
sementara nak proceed dgn solat Dhuha ni, ada la ruang dan peluang bercinta dgn blog jap...
septg semlm, sempatlah blogwalking. alhamdulillah... rindu blogging sebenarnya!
tu lah, masa yg sgt cemburu dgn saya 😀 hi hi hi hi...

kan dah kata da pindah rumah baru.
alhamdulillah... now, first, nak share bilik anak-anak dara.
bilik diorang berdua ni antara tempat yg pertama complete.
memang saya & mr.asben spend time utk fikirkan yg terbaik utk diorang berdua.
al-maklum lah, diorang dah besar.
deko mesti simple dan memenuhi citarasa diorang.
and alhamdulillah... both of them senang hati dgn semuanya. tinggal lagi, kerajinan mengemas diorang tu kena dipertingkatkan 😀.
mostly semua d.i.y.
kabinet baju.
kabinet buku. sampai rumah gigih mr.asben memasang nyer.
rod langsir pasang sendiri.
wallpaper tempek sendiri juga laki bini 😅.
gambar ni semua di ambil siang semlm.
sebelum ni bersepah, cuti sekolah kan... tak dpt ler nak snap gambo.
ni pun tak la kemas sgt. biasa-biasa jer... tak nak anak-anak terlalu stress bab mengemas.
kemas sampah pun dah ok 👌.

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
katil = queen size 😀. tidak lagi double decker.

saya yg buat keputusan utk anak-anak 👉 tidur berdua, tidak lagi katil double decker.
considering kak Nurin di asrama. weekend saje di rumah.
it will be nice if both of them tidur bersama bila weekend / cuti sekolah.
then, in shaa Allah, next year Syuhada pun bakal ke asrama, lagi la perlu mereka dekat bersama bila balik rumah 😍😍😍.
tidur berpelukan. bercerita sama-sama sebelum tidur. berebut-rebut kawasan 😀😆. kongsi selimut...

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
saya sediakan 2 unit of Ikea Mulig Clothes Bar (RM19.90) &
1 unit Ikea MALM Chest of 6 drawers (RM599.00) (1 drawer for Izzat 😍)

mulig bar tu at first hanya 1.
then, saya dapati mcm tak sesuai plak bila baju-baju biasa bergantung dgn baju-baju sekolah di tempat yg sama!
anak-anak tiada masalah. tapi di mata saya mcm semcm jer 😕. i dun like 👎.
maka, akhirnya terpaksa kerah mr.asben fixed another mulig bar. yeszaaa...
sib baik la memang borong byk mulig bar. alhamdulillah...

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
ruang solek kakak-kakak, maintain guna organizer @ jewellery box ni.
beli di lazada dulu kala and details ada dlm ENTRY ni.
tabung telur SSPN ada jugak sebagai hiasan 😍.

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
cermin mickey mouse MR.DIY. pilihan kak Nurin.

al-kisah cermin muka utk bilik kakak-kakak.
saya nak belikan cermin besar bingkai putih utk diorang, ala-ala cermin Ikea NISSEDAL size 65x65.
matching dgn kabinet & mulig bar tu lah kan.
masih tak berjumpa! tak kuasa lah nak gi Ikea semata-mata utk cermin kan. tak berbaloi lah plak.
time shopping brg kat MR.DIY, kak Nurin terjumpa cermin mickey mouse ni.
dia berkenan! murah kata nyer 😀.
dia diskus dgn Syuhada, both of them setuju nak beli cermin kecik ni jer utk bilik diorang.
terbaik!!!

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
ni plak ruang meja tulis kakak-kakak. simple.
memang dari awal saya dah aim nak style meja wall-mounted drop leaf table ni.tak nak makan ruang byk dlm bilik ni.again another konsep berkongsi saya nak terapkan kat kakak-kakak.details pernah saya share dlm ENTRY ni.

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara

saya copy paste details kesemua brg Ikea yg saya beli utk ruang menulis kakak-kakak :
  1. BJURSTA wall-mounted drop leaf table - RM179.00
  2. TERTIAL lampu kerja - RM49.90
  3. EKBY LAIVA shelf - RM9.90
  4. EKBY VALTER bracket - RM8.00
  5. VAGGIS noticeboard - RM19.90
Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
lampu kerja ni pun saya da lama target nak beli.
sebab ia sgt praktikal dan tak makan ruang yg byk di atas meja belajar.
and..... pink!!!

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
inilah kejadiannya mlm tadi.
kerusi tu adalah kerusi belajar diorang yg lama 😊. hadiah Atok Uwan dulu kala.
kerusi tu pun boleh dilipat 👍.
Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
tetingkat berlaci ni bukan dibeli, hadiah cabutan bertuah family day ofis mr.asben dulu kala.
dimanfaatkan sebagai rak buku anak-anak bertiga.
ada 3 slot. ada 3 anak. masing-masing la punyer slot ye...
bahagian bawah ada 2 laci, lom fix kan lagi. lom siap kemas lagi buku-buku diorang ni.

lastly, dinding...
wallpaper KAISON je. segulung dulu saya beli RM19.90.
utk 2 dinding ni. 3 gulung masing-masing. ada berlebih lagi wallpaper nyer.
gigih la saya dan mr.asben menampal. seingat saya, 2-3 hari juga kami berdua menampal ni 😅.
masih lagi konsep kaler pink ha ha ha ha ha...

Susun Atur | Bilik Anak-Anak Dara
bunga-bunga dan jalur-jalur...

rod langsir dan langsir?
semua beli di AEON Bandaraya Melaka dulu kala. harga nyer tak ingat 😅.
boleh refer ENTRY lama ni utk rod langsir extendable ni. murah. mudah. 
rumah saya semua guna rod ni. seragam 😅😄😄.

setakat ni tu jer lah.
tiada perancangan nak deko lebih-lebih.
nak meminimakan kesemuanya. mudah kemas.
aman damai jer mata memandang 😊😊😊.
sila-sila la drop komen kalau-kalau boleh ditambahbaik.
saya sudi mempertimbangkannya 👌👌👌.

14 comments:

  1. nice..kemas & teratur jer. sedap la mata memandang...

    ReplyDelete
  2. minimalis tapi bombastik pada penilaian PC.suka sangat.

    ReplyDelete
  3. Nice and simple memang sesuai sangat untuk limited space kan.
    Serba baru mesti semangat depa lain macam hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha...
      awal-awal jer semangat diorang membara.
      pastu aida peratikan, biasa jer.
      kembali kpd yg asal :) hi hi hi hi...

      Delete
  4. cantiknya... walaupun simple tp sya suka...
    ni tgh usha2 jgk nk deko2 rumah tamu nih... dh pindah beberapa bulan tp sama je tang tu...
    time hari keje dh pnt mmg tak kuasa nk deko2... time sabtu ahad jelah yg ada itu pun kdg kejenya jln je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang letih kalau keje, Dana.
      aida ni kebetulan tak naik keje lagi.
      ada la masa skit nak mengemas skit demi skit...

      Delete
  5. Assalamualaikum. Cantik deko rumah baru d.i.y. lagi 🤩
    Akak nak tanya gam jenama apa ye untuk tampal wallpaper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam, laili.
      wallpaper kaison ni jenis sticker, dik.
      tak perlu dah beli gam berasingan.

      kaison ada juga jual wallpaper yg bukan jenis stiker.
      and ada sekali jual gam nyer. cuba laili singgah mana2 kaison berdekatan.

      Delete
  6. Minimal tu sangat ohsem.. Nampak kemas dan tersusun je..

    ReplyDelete
  7. cantiknya bilik anak dara..suka dengan ruang belajar simple macam tu..

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)