Wednesday, July 31, 2019

Wordless Wednesday | Happy Birthday Izzat

14 comments:
assalamualaikum πŸ˜ƒ

Wordless Wednesday | Happy Birthday Izzat
Muhammad Izzat | 7 tahun
D.O.B : 28.7.2012

Wordless Wednesday | Happy Birthday Izzat

"semoga Izzat membesar dgn sempurna dan kelak menjadi seseorang yg kuat agama, berilmu dan berjasa.
ayah, ibu dan kakak-kakak sayang Izzat ketat-ketat."

Tuesday, July 30, 2019

Blogger Challenge No 7 | Best advice you've ever got.

7 comments:
assalamualaikum 😊

seharian cuti, lepak rumah. mcm biasa lah :
  1. masak.
  2. lipat baju.
  3. kemas laman, membelai pokok.
hari bersama keluarga. cuma kak Nurin jer missing --- di asrama.
cuti di tgh minggu, nanti much lah kan yg boleh dirancang πŸ˜ƒ.

best advice i've ever got πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
"... jgn tgk org yg senang. tgk org yg takde apa kita ada..."

Blogger Challenge No 7 | Best advice you've ever got.

tu salah satu prinsip hidup saya sekarang.
saya terima byk nasihat dari byk org lain.
but, nasihat di atas adalah yg terbaik dan saya apply dlm kehidupan saya kini.
ia jadi satu pemangkin utk saya berasa insaf dan bersyukur dgn apa yg saya ada.
dan tak berasa kufur nikmat Allah.
dan nasihat ni lah yg sering kali saya berikan kpd anak-anak.

tak nak anak-anak bersikap materialistik.
murah, tak semestinya tak berkualiti.
mahal, tak semestinya dpt tahan lama!
ia bergantung kpd camne kita gunakannya...

bukan sebab duit kita tak byk.
bukan sebab kita tak berduit.
tapi... adakah kita perlukan ia?
yg dah ada ni, tak berguna ke?

bila kita melihat org yg kurang, then baru kita rasa gembira dgn apa yg kita ada.
bersyukur kpd Allah.
jgn persoalkan kenapa org tu boleh dpt semua benda / perkara dlm dunia.
fikirkanlah, kalau kita takde apa yg kita ada sekarang... camne😳?

😌😌😌 alhamdulillah...


Blogger Challenge No 6 | Everyday makeup look. A picture of you

7 comments:
assalamualaikum πŸ˜‰

Blogger Challenge No 6 | Everyday makeup look. A picture of you
makeup cara saya πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.

Blogger Challenge No 6 | Everyday makeup look. A picture of you
everyday makeup look.
πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’ "mana makeup nyer, Aida oii???" πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

yg kaler hanya lipstik jer. tu pun mcm tak nampak kaler, kan? ha ha ha ha ha...
makeup bagi diri saya :
  1. start dgn foundation. wajiblah tutup pe patut. nampaklah siap sikit muka tu.
  2. dah ratakan foundation dgn puff, baru la amik berus dan layang-layangkan loose powder serba sedikit. 
  3. mcm dah ok, rata, lawa dari sebelum nyer 😝, terus sapu lipbalm kat bibir. ni wajib. bibir saya sejenis yg cepat kering!
  4. then lipstik yg mcm tak nampak tu. letak la lebih kurang... tak suka warna terang sgt. 
  5. then, lipliner. ni tak wajib. kalau rajin.
  6. last sekali --- wajib --- eyeliner, dlm bahawa kampung nyer, celak. tanpa celak ni, saya rasa muka saya tak siap! tak keluar rumah pun, lipbalm dan celak wajib pakai.
done... good to go!


Monday, July 29, 2019

Blogger Challenge No 5 | A letter to someone. Anyone.

3 comments:
assalamualaikum, Tun M...

ni surat kedua saya utk Tun.

Tun dan isteri, sungguh sweet!
bersemut sgt. rasa kagum & hormat saya kpd Tun, masih utuh.

Blogger Challenge No 5 | A letter to someone. Anyone.
πŸ’—πŸ’—  πŸ’—πŸ’—πŸ’—  πŸ’—πŸ’—   πŸ’—πŸ’—  πŸ’—πŸ’—πŸ’—  πŸ’—πŸ’—

namun...

sudah lebih setahun...
sudah masuk tahun kedua.
komen saya kalau org tanya tentang regim baru memerintah negara, "... masih tiada apa utk saya...".
bukan spesifik kpd Tun lah kan.
kpd team yg diketuai oleh Tun pastinya. 
Tun ibarat nakhoda kapal, berlayar terus kah, atau karam di tgh lautan?

yes, Tun.
saya bersyukur kerana Malaysia masih aman.

yes, Tun.
saya masih mengikuti updates on perbicaraan DSN. dan masih menunggu pendakwaan utk lain-lain 😟😟😟. byk kot 'kes' org dulu. tapi, lom ada bunyi siasatan selesai ke tak. 

yes, Tun.
saya masih berharap kakitangan awam dpt sebulan bonus utk 2019. saya berkata gini krn saya merupakan kakitangan kerajaan yg layak dpt bonus. saya bekerja utk negara. kerja saya boleh dibuktikan. org lain? i reserved my comments.

yes, Tun.
saya juga berharap thn ni prestasi TH mencanak-canak. sesungguhnya saya tak withdraw walau sesen pun, Tun.

yes, Tun.
saya akan tunggu hasil siasatan terhadap TNB yg sehari ke sehari telinga saya mendgr kisah "bil elektrik naik menggila"...

yes. Tun.
saya akan tunggu tika dan saatnya silibus pendidikan negara ni jadik stabil. tak bertukar-tukar ikut tukarnya pegawai di kementerian. kejap gitu. kejap gini. anak bongsu saya now darjah 1. moga saya bersabarlah. jgn la jadikan anak saya dan anak-anak yg lain bahan ujikaji para pegawai Tun.

yes, Tun.
harga brg naik dulu kala bukan sebab GST. dulu-kala saya dah inform org awam. saya ni bila berckp pasal GST je, semua org pandang senget, "ni tali barut kerajaan ni!". tapi apakan daya, saya tahu hakikat bahawa masa tu GST bukan penyumbang harga brg naik. GST penyumbang hasil negara. boleh beri byk subsidi, beri bantuan kpd B40, beri bonus pd govt servant. namun akhirnya, GST dihapuskan agar harga brg turun, kata nyer lah... maka, bila agaknya ekonomi rakyat mcm saya ni hah, M40, dpt Tun perbaiki? harga semakin mencanak-canak naiknya meskipun GST da berbulan-bulan dihapuskan. aduhai, Tun. kasihanilah kami... M40 ni lah tukang byr cukai. dan M40 ni lah yg paling byk 'sakit' sekarang, Tun.

yes, Tun.
saya akan beri peluang kpd Tun utk settle kan kisah 'seks di luar tabi'i' itu. geli lah dgn kes sebegitu dikaitkan sekali lagi dgn org dlm kabinet Tun. kiranya ia satu cara menjatuhkan Tun secara politiknya, maka, cepat la Tun tamatkan kisah ni πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”. sebagai negara Islam, ini tidak harus terus dijadikan warisan. kemudian, si dia yg mengaku tu, kononnya mulia, bersih lagi dijamin hidupnya, tak dihukum. yg dituduh (now masih belum dibuktikan bersalah) pula kini dihina, disuruh resign, diaibkan... aarghh! bosan!!! geliiiii!!!

akhir sekali, Tun M, paling penting.
saya pohon agar Tun menjaga nama baik agama Islam sewajarnya. angkat ia di satu tahap di mana tiada yg boleh mengkotak-katikkannya. Malaysia tidak melarang agama lain utk diamalkan secara bebas. Malaysia tidak mengamalkan paksaan dlm beragama. maka, tiada agama yg layak dihina! kerana Malaysia adalah negara Islam, maka, kehormatan agama Islam adalah menjadi priority rakyat Malaysia, tidak mengira agama, bangsa dan budaya. sila la Tun jgn ambil remeh segala isu berkaitan agama Islam.

Malaysia aman makmur.
Malaysia gembira.
Malaysia gemilang.
kekalkannya, Tun M. jgn biar Allah murka.


ikhlas dari saya,
rakyat marhaen yg semakin hari semakin tak tau pe halatuju manifesto Tun dulu πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
moga tahun kedua ni, semua berubah menjadi terbaik πŸ‘πŸ‘πŸ‘.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB Led Light

31 comments:
assalamualaikum 😊

bersiaran dari ofis ye. sesungguhnya kami sekeluarga menjalani hari mcm biasa.
tidak bercuti πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. simpan cuti utk acara lain yg lebih penting di kemudian hari.
cuti saya pun tak byk, kan...
kpd friends yg bercuti panjang, sempena esok pertabalan Agong baru kita, selamat bercuti.
moga yg indah-indah saje ye utk korang.
kebetulan, saya dan mr.asben, both of us ada keje ofis yg wajib diselesaikan ari ni.
tak le terasa terkilan sgt tak bercuti.
Izzat pun mcm biasa ke skola. takde pe pe yg tidak lancar pepagi tadi.
πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

maka, nak la share something beri manfaat and idea kpd org lain di pagi Isnin yg marveles ni.
nak share satu lagi benda kecil yg sungguh praktikal ---  USB Led Light.
beli di mr.D.I.Y jer. murah... dah lama ye beli ni. mencari lagi satu nak beli, dah xde jual dah!
sedih. frust!
sesungguhnya saya sgt suka me'review' sesuatu tu setelah saya gunakan dan ia bertahan lama.
barulah boleh recommend pada semua.
barulah berbaloi - alah membeli, menang memakai.

matlamat asal, USB led light ni saya beli utk diletakkan di tepi desktop.
sedia maklum la juga kan bahawa saya bergelumang dgn assignments selama 22 bulan (sept 2017 - jun 2019). alhamdulillah, da tamat dah pengajian 28 jun yg lepas.
waktu yg sgt ideal utk saya membaca buku, research secara online, menaip merangka ayat demi memenuhi kriteria 7000 perkataan - tgh malam membawa ke awal pagi.
siang hari otak saya semcm kurang aktif berfungsi utk belajar dan membaca buku.
otak saya lebih nak fikirkan nak masak apa, lipat baju, kemas dapur, amik anta anak skola,...
sgt sgt occupied otak saya ni time siang hari.
maka, di tgh malam lah (iaitu selepas jam 11 mlm) saya mula bersendirian dan mengarang.
tempat terletaknya desktop saya, lighting nyer kurang cerah. sakit mata bila mengadap cahaya dari skrin komputer semata-mata.
bertambah pula saya yg sedia rabun ni, aduhai πŸ˜–πŸ˜žπŸ˜“πŸ˜“ seksa pemandangan.
sebab tu la, saya mencari benda begini yg sememangnya byk membantu saya πŸ‘.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
mudah. cucuk jer di slot usb tu.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
tadaaaaaa... nampak kan betapa terangnya persekitaran desktop saya.
sgt membantu menerangi pemandangan saya.

then... nak la dijadikan cerita.
satu mlm tu Izzat nak buat homework di ruang tonton tv. biasanya, saya suruh dia buat homework di yg satu lagi. lampu di situ cukup terang.
side tonton tv sini, pencahayaan nyer kelam jer. malap jer buku Izzat.
πŸ˜’  πŸ˜•πŸ˜•   tak puas hati lah!

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
mr.asben's idea - cucukkan di powerbank saya πŸ‘Œ  πŸ˜ƒ. semua pink!

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
terang, kan? πŸ˜ƒ

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
pastikan powerbank bernyawa lagi lah kan.
mudah. portable 😍.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

now, di rumah baru, benda ni terus berbakti dgn jayanya.
ia menjadi lampu tidur di bilik kami. 
cahayanya menerangi seluruh bilik.
tak perlu lah beli lampu tidur yg spesifik. jimat duit. jimat ruang πŸ‘ŒπŸ‘Œ.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
hanya menggunakan pineng extension socket hijau saya πŸ‘.

Kecil Tapi Sangat Terang | USB led light
tadaaaaaaa... menerangi bilik di waktu mlm. alhamdulillah πŸ‘Œ.

kalau ke mr.D.I.Y, ada byk jenis lagi benda gini.
tepuk dada, tanya selera.
yg ini menarik perhatian saya kerana :
  1. ada 10 led light yg jelas.
  2. flexible!!! ni best. mudah nak sesuaikan dgn tempat dan kawasan yg perlukan pencahayaan tambahan.
  3. sesuatu yg praktikal bagi saya krn mudah dibawa dan mudahalih. contoh, nak update blog dlm kereta (mlm) πŸ˜ƒ --- laptop, this ohsem USB led light & internet.
  4. tak perlukan byk ruang πŸ‘.


harga yg saya beli, sgt la dah lupa.
seingatnya, not more than RM20. ni la akibat bila excited sgt, buka kotak brg terus buang.
dah la bila nak buat review gini, details brg pun takde πŸ˜† ha ha ha ha...
di LAZADA dan SHOPEE pun ada menjualnya. belas-belas harganya.
aneka jenis USB led light. yg kecil. yg besar. terpulang kpd kita, nak yg bagaimana.

πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ

Saturday, July 27, 2019

Blogger Challenge No. 4 | Describe your partner or someone you have feelings for

7 comments:
assalamualaikum πŸ˜ƒ

di pagi yg cantik ni, awal-awal update blog.
selepas ni nak berkemas. nanti mlm ada kawan-kawan nak dtg, bermlm di sini πŸ˜ƒ.
1 mlm pelepasan from husbands memasing, reunion pasca-Aidilfitri.
so, sehingga esok ptg, tak dpt lah nak log in blogger.com kot hi hi hi hi...

my partner seumur hidup, hingga ke jannah in shaa Allah.
semestinya, my mr.asben lah kan.
hmmmm sgt jarang bercerita pasal dia secara spesifik dlm blog ni.
mcm nak berahsia lah konon πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ ha ha ha ha...
tak lah... dia sama je mcm para suami yg dicintai seluruh alam yg lain.
special nyer hati dlm hati kita, kan... cia cia cia...

share skit skit jer lah, in general, bagi korang-korang yg baru jumpa dia. camne kah dia?
bagi kami keluarga, kawan-kawan sepejabat, childhood friends... ada pendapat dari sisi yg berbeza lah kan...
  1. raut wajahnya serius. tapi tak sombong langsung. bila senyum, sgt manisss πŸ˜„.
  2. tak suka ckp byk. tapi boleh je join borak-borak kosong coffee table. provided, jgn la bergossip pasal artis (penyanyi / pelakon), borak politik, berckp pasal org yg takde di situ... yg tu dia akan tidak berminat nak dgr, apatah lagi berckp.
  3. sgt suka bersukan. sejak dulu-kala. antara sukan yg dia sgt suka --- pingpong, tennis. ajak la dia, sure dia akan segan silu nak tolak! hi hi hi hi... now, dah masuk 40-an ni, gemar hiking. so, ni topik yg buat dia take part kalau berborak.
  4. anime. english movie. dia sgt update lah. tapi, jgn tanya dia tentang movie melayu or drama melayu yg trending πŸ˜…. sure dia akan blurrrr. dia tak berminat.
  5. simple bab makan. tak byk makanan yg dia tak makan πŸ˜ƒ. pendek kata, kalau gi jemputan open house, kenduri-kendara, makan-makan kat hotel, tiada masalah kelaparan bila balik rumah. sebab tak byk pantang larang dlm makan. dan memudahkan tuan rumah, tak payah la prepare makanan byk jenis πŸ˜….

so, tak la tempek gambar my mr.asben kat sini.
saya tempek gambar anak lelaki dia yg sorang ni πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.
sama jugak mcm ayah dia, tak cerewet makan. selagi ianya adalah nasi dan lauk-pauk, dia ngap.
paling digemarinya ialah ayam goreng & pedas (sambal laπŸ˜ƒ). yg penting, warnanya merah hi hi hi hi...

Blogger Challenge No. 4 | Describe your partner or someone you have feelings for
terbaru. gemar makan lempeng.
pasti nyer cicah dgn sambal πŸ˜‹πŸ˜.

Friday, July 26, 2019

Blogger Challenge No. 3 | Picture of your handwriting

4 comments:
assalamualaikum 😊

salam dihulur di ptgJumaat nan indah.
alhamdulillah berada di hari yg mulia ni. penuh barokah, in shaa Allah.

done?
  1. surah Yassin.
  1. surah al-Kahfi.
sekadar mengingatkan diri sendiri. di samping tu, kawan-kawan juga...
kekadang sendiri lupa dek krn kekangan tugas di sepanjang hari.
sebelum azan Asar ni, boleh la dilangsaikan, kiranya berkesempatan 😌😌😌.

my handwriting?
terkenang dulu kala, masa tu saya sekolah rendah.
sgt takut nak buat homework skola depan abah.
akan cuba siapkan homework kat skola. sebab, abah akan ketuk jari kalau-kalau tulisan saya tak betul.
bukannya tak elok tulisan, tau. abah saya menitikberatkan cara satu-satu huruf tu ditulis.
aduhai πŸ˜….
dari bawah ke atas dan baru la ketepi... atau dari atas ke bawah dulu.
seksa!!!
baik menulis perkataan, mahupun nombor. abah akan peratikan jer bila saya buat homework.

pernah sekali saya buat homework di ruang tamu, meja makan.
tiba-tiba abah balik rumah πŸ˜–. tak pepasal saya kena ketuk jari-jemari ni.
saya pun tak ingat huruf /  nombor apa yg saya tulis tak ikut citarasa abah πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

frankly speaking, tulisan saya cantik dulu πŸ˜„. duluuuuuu lah... kerana didikan abah.
bukan saya je. adik-beradik saya semua mempunyai tulisan yg cantik.
abang saya, amik engineering, now a lecturer di satu IPTA di negara kita --- tulisan dia sebiji-biji, kotak-kotak dan sgt kemas.
paling cantik --- kakak saya yg kedua. tulisan sambung dia mcm ditaip-taip.
dia doktor. tapi tulisan cantik. saya sgt admire tulisan dia.
maka, perlu tahu lah ye, tulisan doktor bukan tak cantik.
mereka menulis shortform yg hanya mereka dan nurses tahu apakah itu 😊😊😊.
adik lelaki saya, saya tak pernah plak tgk tulisan dia πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’ hmmmmm... nak kena cek ni.

dlm apa keadaan sekalipun, meskipun nak cepat, tetap tulisan saya boleh dibaca oleh org lain dgn sempurna.
semungkin boleh saya maintain tulisan.
sedia maklumkan, 6 tahun di Uni, law student.
bila exam jer, 2 soalan diberikan hanya 2 jam waktu utk menjawab.
tak munasabah!!! maka kami kena berlumba --- jari dan otak. seiring sehati dan sejiwa.
terlalu byk nak cerita (meskipun kebanyakan ntah relevan ntah kan tidakπŸ˜†), tapi most of the time, jari tak selaju otak.

da abis degree di Uni, merdekaaaaaa... no more tulisan tgn.
bekerja more to menaip, kan.
then dari tahun 2002 (tahun saya grad) sehingga tahun 2017 (tahun saya sambung master in law), korang pun tahu betapa cepatnya teknologi kita berkembang.
semua di hujung jari.
phone kecik... besar pulak... then trend phone kecik kembali. now, phone besar semula.
phone pun dah mcm komputer kan sekarang ni...

so, 1st semester master ari tu, 1st exam for that semester...
korang boleh bayangkan tak keadaan di mana --- jari-jemari saya cramp during exam 2 jam tu!!! 😩😩😩
rasa mcm nak menjerit jer dlm exam hall masa tu!!!
for about 10 minutes saya tak boleh menulis. dok exercise jari-jemari yg montok ni.
lebih kurang 15 tahun tak menulis byk-byk dan cepat-cepat. itu la bahana nyer...
baru la saya tahu, jari-jemari ni pun nak kena warm-up. boleh cramp tuh! πŸ˜₯

😳😳😳 amboi, Aida.
panjang nyer mukadimah πŸ˜ƒπŸ˜†πŸ˜†.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ picture of my handwriting.

salin resepi dari mana ntah πŸ˜….
ni tulisan yg kerap dilihat lah ye.
dlm list nak shopping brg dapur, list nak suruh anak-anak buat apa-apa,...

Blogger Challenge No. 3 | Picture of your handwriting
selain dari blog, yg umpama diari maya saya...
saya seseorang yg mencatitkan semua di diari rasmi.
mudah kemudian-kemudian nak refer keberadaan saya, jika perlu.
tulisan saya versi yg rasmi.

Blogger Challenge No. 3 | Picture of your handwriting
lastly, tulisan saya pagi tadi.
skit jer lah saya dpt paparkan ye. rahsia pekerjaan! πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
sambil bos berckp, mata tgk dia tapi tgn menari-nari tulis pe yg disampaikan.
sebolehnya nak salin pe yg kuar dari mulut dia sepenuhnya. namun, x mungkin lah kan...
tu yg digantikan dgn anak panah, sempang, tanda soal... tanda seru pun ada πŸ˜‚.

yes. tulisan saya kecik-kecik jer.
kalau besar, tgn saya penat! ha ha ha ha ha...

Decoupage Giveaway by Mummy Ayu

9 comments:
assalamualaikum friends & mummy ayu πŸ’—

Decoupage Giveaway by Mummy Ayu
moga ada la rezeki aida dpt handmade by mummy ayu ni 😍.

Thursday, July 25, 2019

Menu Makan Malam | Petik Daun Kesum Tepi Laman

11 comments:
assalamualaikum πŸ˜€

excited nak kongsi cerita.
semlm buat asam pedas ayam. pokok daun kesum di laman segar bugar!
maka, semlm pertama kali menggunakan daunnya utk masak.
alhamdulillah. sgt sedap bila dimakan. rangup!
kembang rasa hati bila berjaya menjaga pokoknyer hingga boleh dimakan πŸ˜€.

Menu Makan Malam | Petik  Daun Kesum Tepi Laman

Menu Makan Malam | Petik  Daun Kesum Tepi Laman
ni hah asam pedas ayam, lauk semlm, Rabu.
resepinya dah ada di SINI.

gambar pokok daun kesumnya di laman lom la snap lagi.
nak tunggu bebetul rimbun semula, then baru la ditayangkan.
masih diperingkat awal utk dia beraksi di blog πŸ˜„.

asam pedas saya, mesti letak bendi.
mr.asben suka.
anak-anak suka.
saya sure la suka juga.
tapi tu la, semlm ptg dah keletihan, malas dah nak stop memana kedai membeli bendi.
maka, tu yg diletakkan 2 biji tomato peneman si drummet.
if not, togel rasanya asam pedas ku...




selingan cerita, lauk hari Selasa (kelmarin) πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡.
ada skit baki sambal semlm nyer kan. perit memikirkan lauk, kita gorengkan aje ikan tenggiri tu.
selesai...

Menu Makan Malam | Petik  Daun Kesum Tepi Laman
ikan tenggiri goreng

Menu Makan Malam | Petik  Daun Kesum Tepi Laman
sup suhun ada telur & kentang

hari ni? ntah la...
haiwan yg bakal dimasak ialah sotong dan ikan cencaru.



nak usaha lagi mencari anak pokok bendi.
3-4 nursery mencari, lom lagi berjumpa.
lom sempat nak ke pasar besar Melaka nun... sana in shaa Allah ada.
ada la satu nursery ni, menjual biji benih bendi. hu hu hu hu tidak la saya nak membelinya πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
tak pandai!
beli anak pokok, anak pokok yg besar skit.
lebih mahal, tapi senang, dah besar h aha ha ha ha... kejap je lah kita nak tuai hasil nya...
daripada nak menunggu dari biji benih. aduhai... ntah kan hidup, ntah kan tak πŸ˜†  πŸ˜œ.




ok. nak sarapan jap. laparrrrrrr!!!
pagi ni bwk bekal coklat langkawi πŸ˜„πŸ˜„. malas plak tadi nak stop memana beli nasi lemak ke, karipap ke...
lepas anta anak2 ke skola memasing, terus meluncur laju ke ofis jer.
tghari plak, da siap-siap bwk bekal nasi putih dan asam pedas 😍.
makan sama-sama dgn Syuhada nanti, dia bakal transit lagi kat ofis saya ni.

selamat bekerja ye uolls...
πŸ‘‹πŸ‘‹

Wednesday, July 24, 2019

Blogger Challenge No 2 | Your current relationship

5 comments:
assalamualaikum πŸ˜‰

hari ni lambat bersiaran di blog kecil ni.
kena dahulukan kerja hakiki. dok belek-belek fail yg baru diterima.
dok belek-belek website rasmi. klik sana klik sini. practice before the real task dtg.
takde la terkial-kial.

hmmm my current relationship? sememangnya, bukan lagi rahsia dan tidak pernah dirahsiakan.
tidak menjadi sesuatu yg dirahsiakan sebab suka nak hebahkan.
tidak complicated langsung --- direct gitewww.

this coming 23 Ogos 2019 (Jumaat), bakal genap 16 thn hidup bersama dgn si dia.
less than a month kan.
adakah si dia ingat tarikh ulangtahun ke-16 ni? hmmmmm πŸ˜’       πŸ˜„.
dah 15 kali kot... faham lah sgt ha ha ha ha... si dia ingat dgn cara dia yg tersendiri πŸ’—.

Blogger Challenge No 2 | Your current relationship
gambar di 1 Syawal lepas πŸ’—.

as at now, we have no problem at all.
seharian dilalui dgn cara biasa-biasa je.
normal couple.
normal parents.
normal person.
serba sederhana, tapi lengkap.

saya tak suka bila si dia jauh di mata. 
kursus ke. gi hiking ke. satu perasaan yg tak best. seboleh2nya ke mana pun sama-sama sekeluarga.
bila dia depan mata, yes, rasa lengkap. rasa selamat. 
ada byk lagi impian kami sama-sama lom ditunaikan. in shaa Allah, on the way 😌...


πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Tuesday, July 23, 2019

Blogger Challenge No 1 | Introduction and your recent photo

9 comments:
assalamualaikum πŸ˜‰

apa lah yg nak di introduction kan?
dari rupa paras blog ni dah tau lah kot...
ok ok ok... in short ye πŸ˜ƒ.

  1. telah menaip di blog ni selama 10 tahun 3 bulan. tercetusnya Blog Adianiez ni adalah kerana pada masa tu, si penaip ni hah dilanda kebosanan tahap maksima di pejabat. masa tu bekerja dgn syarikat swasta, kerja byk hanya kadang-kadang. bila kerja tu dtg, 3-4 hari ngadap lah satu-satu fail tu. then 1-2 minggu free and easy. kebetulan masa tu ekonomi pun not so good lah... kot lah kan. tapi bukan lah blogger yg aktif. ikut mood. ikut masa. ikut peluang dan ruang. 
  2. menetap di Melaka ye. so, blogger Melaka, kindly tinggal jejak di kotak komen πŸ‘Œ. sape2 dtg Melaka, roger lah ye. mana la tau boleh coffee coffee di rumah kecil saya di pinggir bandar Melaka. in shaa Allah...
  3. adianiez tu hanya nama blog, nama glamer lah. nama sebenar Aida. 4 words only...
  4. umur? ha ha ha ha dah nak masuk 41 uolls. hakaq la sgt iolls ni ye. ibu kpd 2 org puteri jelita, 14 thn & 12 thn. tak ketinggalan putera bongsu yg handsome, Ijat the comel, 7 thn.
  5. yes, saya ibu yg bekerja 8-5 weekdays.
selebihnya, korang boleh la spend masa skit klik klik klik klik link entri yg lepas-lepas ye.

Blogger Challenge No 1 | Introduction and your recent photo
ni lah saya. phone canggih, so jadik la flawless ye wajah nyer. hakikat? hu hu hu hu πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.
gambar paling baru lah ni hah... pagi khamis minggu lepas.
jumpa sawah padi, jakun sekejap! indah......


😊😊😊

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan

6 comments:
 assalamualaikum 😊

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan

sementara kerja belum menerjah pintu, boleh la blogging.
lom lagi ada dateline.
lom lagi ada meeting berderet-deret.
kelak nanti dah gitu, bakal sepi lah laman ni kot πŸ˜….

23 Julai 2019.
genap dah usia perkahwinan saya 15 tahun 11 bulan.
anniversary nyer next month - 16 tahun 😲. alhamdulillah...
dikurniakan 3 org anak yg sihat sempurna akal & fizikal.
kecukupan segalanya di dunia ni - hati senang.

happiness comes in waves... 100% betul.
terkenangkan fenomena tsunami. ombak yg dtg setinggi bangunan 3 tingkat!
sekali dia membelasah bumi, habis segalanya disedut diambil...
muka bumi menjadi rata... sepi... sunyi... kosong...
kemudian, dipulihkan semula. melengkapkan apa yg harus dilengkapkan...

gembira...
tetiba sedih.
bahagia...
tetiba sepi.
indah...
tetiba kecewa.
standard lah kan. kaya atau miskin, alam perkahwinan memang gitu. duit takkan meletakkan bahagia melekat kekal di situ.
diuji dgn mcm2 perkara.
tapi at the end, kembali happy. tak la selesai mana pun masalah / ujian tu...
tapi dilupakan tanpa diselesaikan πŸ˜„. life goes on.
lebih byk perkara penting yg perlu kita handle sebagai org dewasa, sebagai ibu / ayah.

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan
gambar candid raya terbaik πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

takde tips pun! ha ha ha ha...
lalui jer hari-hari tu dgn biasa-biasa je, jgn fikir byk2. apa yg dtg tu, kita redah.
tak boleh tidak, kan. tak boleh elak.
tu yg ada org, menangguhkan perkahwinan. "tidak sekarang, nanti..."
"bila?"
"ntah... in shaa Allah..."
ada la tu yg difikirkan. ada la tu yg diinginkan terlebih dahulu. ada la tu yg nak diselesaikan dahulu.
"takut dgn alam perkahwinan?"
tak lah pada saya. "kenapa nak takut? berkahwin tu sunnah rasulullah..."
cuma kesediaan tu belum ada. bertangguh bukan membawa maksud tidak mahu πŸ˜‰.

Happiness Comes In Waves | 15 Tahun 11 Bulan

pada saya, berkahwin ni sesuatu yg melengkapkan kita.
ada pasangan. ada zuriat. 
menjauhi maksiat semestinya...
lain-lain hikmah tu, along the way, kita cari la slowly.

😌😌😌

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun

31 comments:
assalamualaikum 😊

hu hu hu jam dah pun kul 12:21 pagi.
mata ni hah da ngantuk, tapi batuk terok nih!
sampai terasa nak terkucil tiap kali batuk πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜ž. aduhai... stress!
adakah esok nak kena gi klinik semula???
aduhai...

hmmmmm kongsi lah pe yg saya masak tadi utk dinner.
sampai rumah lebih kurang jam 5:30 ptg.
dalam kereta siap-siap dah bagi arahan kat anak-anak berdua tu.

"kak Syuhada, sampai rumah nanti awak solat Asar dulu. then terus tolong ibu angkat baju kat ampai. settle tu, tolong ibu siram pokok kat laman ye."

"Ijat. sampai rumah terus gi kencing dulu tau. lepas tu tolong kak Syuhada siram pokok. boleh?"

diorang ye kan aje arahan saya.
mana kan boleh ingkar... hi hi hi hi πŸ˜€...
saya pulak nak terus memasak. Asar pun lom solat lagi 😩  πŸ˜Ÿ.

da tau dah pe nak dibuat.
masuk jer rumah, terus saya meluru ke dapur. keluar kan pe patut...
few minutes lepas tu, mr.asben pun sampai dgn motor legend nyer.
and, dia pantau lah anak-anak di laman 😊. bantu saya jugak angkat baju di ampai .πŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
sardin goreng jer uolls...
nak di highlight kan bahawasanya cili padi tu adalah cili padi dari laman saya tau 😍.
da tanam, nak masak, petik jer dari pokok brape yg perlu. i like!

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
sambal goreng ikan bilis.
hu hu hu mesti ada yg kata, "ya Allah πŸ˜³ 😳 😳, byk nyer minyak!!!".
saya sejenis yg tak boleh guna minyak sikit bila buat sambal. dan saya tak pernah recycle minyak. a big NO lah... minyak baru.
kalau tak nampak minyak terbit dgn cantik, sambal warna merah menyala, saya rasa sambal saya tak menjadik.
moreover, saya memang akan masak lama dgn api yg perlahan agar sambal ni tahan for 2-3 hari.
nak kena bebetul masak. sekian tips utk masak sambal πŸ˜‰.

Menu Makan Malam | Sardin, Ikan Bilis & Timun
ulam timun jepun jer...

another tips, ikan bilis utk sambal tu, saya goreng guna air fryer.
suhu 180 dan masa ialah 15 minit. rangup cantik!
then, terus masukkan dlm sambal.

selesai masak lebih kurang jam 6:20 ptg.
alhamdulillah.
syukur atas nikmat masa dan ruang boleh masak utk famili.
usaha utk masak tiap hari, if takde pe aral melintang.
tiba time tak sempat or tak brape rajin, beli aje kat kedai hi hi hi hi...

πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.