assalamualaikum 😌.
selamat pagi Sabtu.
yes, weekend bermula lagi 😃. happy!
time bersama anak-anak. lepak rumah. releks kan minda...
pagi nan indah. pagi ni sarapan nasi lemak.
emak abah ada ni hah kat rumah saya. sementara Faiz, adik bongsu cuti semester, dpt la emak abah berjalan balik Melaka.
ada pemandu, kan...
bila adik dah masuk campus, kembali bersarang la emak abah di KL nun.
sedang tonton tv tadi, terus snap gambo ruang tv👇👇👇. terasa nak share plak pasal NJOI.
just nak share agar ia beri manfaat kpd sesiapa.
kat rumah saya, ada 2 ruang tv - atas & bawah.
tv ruang atas, adalah smart tv. kami gunakan juga android box. 
ruang atas khas utk menonton movies dan tempat Izzat melayan YouTube.

maka di ruang bawah, ruang tamu utama, sememangnya memang memerlukan siaran tv.
dari awal kami tak nak langgan Astro byr bulanan. tak nak dah terikat lagi!
dok fikir samada nak masukkan NJOI atau MYTV. sekali byr jer, utk selamanya.
channel memang tak byk. sesuai sgt dgn kami yg tak brape layan tv.
more to movies and YouTube je.
dibandingkan NJOI dan MYTV, better NJOI. lebih byk channel.
saya memang boleh la nak bandingkan, sebab rumah emak abah di kampung - satu NJOI dan satu lagi MYTV. sgt tahu la kan.

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami

begitu begini begitu begini... akhirnya kami putuskan utk amik NJOI - RM405.
NJOI adalah tv satelit percuma daripada Astro. abis tu, RM405 tu apende nyer? 😳 apa yg percuma???!
👉  RM405 tu adalah untuk set lengkap :
  • dekoder NJOI (warranty nyer 1 tahun)
  • piring NJOI
  • kabel hdmi
  • ada smartcard NJOI juga
  • kabel nak pasang piring 15m
  • remote control
  • all in la dgn kos pasang & pengaktifan NJOI
👉  NJOI ni adalah :
  • percuma - tiada bayaran bulanan
  • tiada kontrak (tidak terikat) - seumur hidup la gamaknya selagi tak rosak 😅

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami
ni  siaran tv yg ada.
ok la tu. lumayan dah semua channel tu. ada siaran radio jugak tau. lagi la ok 👍.

saya kerap klik channel TV3, Astro Prima, Astro Oasis, NJOI dan Hello.
ada kalanya klik juga TV Al-Hijrah dan Astro Awani.
terasa sgt ok. and berharap moga bertahan selamanya lah dekoder NJOI ku tersayang itu 😀.
kebetulan saya memang lebih suka kan Astro Prima dari Astro Ria.
di Ria, byk program berpaksikan hiburan & artis. Astro Prima ni, ada la jugak pasal artis.
tapi more to rancangan masak-memasak. program bual bicara. drama pun ada juga yg menarik.
then, korang cuba layan channel Hello. menarik tau.
ada citer korea (Oh!K), ada few kartun from Astro Ceria & Cartoon Network, ada movie, ada juga program dari channel TLC, National Geography, ...

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami
alihkan kotak, tinggal la dekoder NJOI yg cute ni je.
tak la semak!

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tak Kerap Tonton TV Macam Kami
saya sejenis yg takkan tanggalkan plastik cover tu 😅.
biarkan selagi ia melekat di situ. 
NJOI ni beri juga peluang if kita nak melanggan channels yg lain.
kena klik channel 200 dan beli channel.
beli prabayar NJOI - RM5, RM10 atau RM20. ada senarai harganya 👇👇.

Astro NJOI | Sesuai Untuk Yang Tidak Kerap Tonton TV Macam Kami
saya tak pasti samada ni adalah updated price or not ye.
kena call Astro for further clarifications.

setakat ni, saya dpt free view Pek Aneka. rasanya for 15 days.
Pek Aneka - Warna, Naura, Citra, Animal Geography Wild & Animal Planet.
disebabkan sementara, saya tak klik pun channel ni 😅. elak masalah 'ketagih' nanti hu hu hu hu...

dipendekkan cerita, saya memang sesuai sgt lah dgn NJOI ni.
daripada nak ikat diri dgn Astro bayar bulan-bulan. channel nyer pun lebih kurang.
tetap jer ada program berulang-ulang sampai boleh dihafal jalan cerita 😆.
kalau nak tgk drama, now, kat YouTube pun da boleh tgk, kan... kalau teringin lah.
tidak semestinya la nak langgan channels yg berkenaan.

👌👌
dlm sudut hati yg kecil ni, terasa rindu yg amat dgn channel AXN, DIVA, Lifetime, AFC, TLC.
namun, tu la...
tepuk dada, tanya selera 😉.