assalamualaikum 😊

salam dihulur di ptgJumaat nan indah.
alhamdulillah berada di hari yg mulia ni. penuh barokah, in shaa Allah.

done?
  1. surah Yassin.
  1. surah al-Kahfi.
sekadar mengingatkan diri sendiri. di samping tu, kawan-kawan juga...
kekadang sendiri lupa dek krn kekangan tugas di sepanjang hari.
sebelum azan Asar ni, boleh la dilangsaikan, kiranya berkesempatan 😌😌😌.

my handwriting?
terkenang dulu kala, masa tu saya sekolah rendah.
sgt takut nak buat homework skola depan abah.
akan cuba siapkan homework kat skola. sebab, abah akan ketuk jari kalau-kalau tulisan saya tak betul.
bukannya tak elok tulisan, tau. abah saya menitikberatkan cara satu-satu huruf tu ditulis.
aduhai 😅.
dari bawah ke atas dan baru la ketepi... atau dari atas ke bawah dulu.
seksa!!!
baik menulis perkataan, mahupun nombor. abah akan peratikan jer bila saya buat homework.

pernah sekali saya buat homework di ruang tamu, meja makan.
tiba-tiba abah balik rumah 😖. tak pepasal saya kena ketuk jari-jemari ni.
saya pun tak ingat huruf /  nombor apa yg saya tulis tak ikut citarasa abah 😆😆😆.

frankly speaking, tulisan saya cantik dulu 😄. duluuuuuu lah... kerana didikan abah.
bukan saya je. adik-beradik saya semua mempunyai tulisan yg cantik.
abang saya, amik engineering, now a lecturer di satu IPTA di negara kita --- tulisan dia sebiji-biji, kotak-kotak dan sgt kemas.
paling cantik --- kakak saya yg kedua. tulisan sambung dia mcm ditaip-taip.
dia doktor. tapi tulisan cantik. saya sgt admire tulisan dia.
maka, perlu tahu lah ye, tulisan doktor bukan tak cantik.
mereka menulis shortform yg hanya mereka dan nurses tahu apakah itu 😊😊😊.
adik lelaki saya, saya tak pernah plak tgk tulisan dia 😒😒😒 hmmmmm... nak kena cek ni.

dlm apa keadaan sekalipun, meskipun nak cepat, tetap tulisan saya boleh dibaca oleh org lain dgn sempurna.
semungkin boleh saya maintain tulisan.
sedia maklumkan, 6 tahun di Uni, law student.
bila exam jer, 2 soalan diberikan hanya 2 jam waktu utk menjawab.
tak munasabah!!! maka kami kena berlumba --- jari dan otak. seiring sehati dan sejiwa.
terlalu byk nak cerita (meskipun kebanyakan ntah relevan ntah kan tidak😆), tapi most of the time, jari tak selaju otak.

da abis degree di Uni, merdekaaaaaa... no more tulisan tgn.
bekerja more to menaip, kan.
then dari tahun 2002 (tahun saya grad) sehingga tahun 2017 (tahun saya sambung master in law), korang pun tahu betapa cepatnya teknologi kita berkembang.
semua di hujung jari.
phone kecik... besar pulak... then trend phone kecik kembali. now, phone besar semula.
phone pun dah mcm komputer kan sekarang ni...

so, 1st semester master ari tu, 1st exam for that semester...
korang boleh bayangkan tak keadaan di mana --- jari-jemari saya cramp during exam 2 jam tu!!! 😩😩😩
rasa mcm nak menjerit jer dlm exam hall masa tu!!!
for about 10 minutes saya tak boleh menulis. dok exercise jari-jemari yg montok ni.
lebih kurang 15 tahun tak menulis byk-byk dan cepat-cepat. itu la bahana nyer...
baru la saya tahu, jari-jemari ni pun nak kena warm-up. boleh cramp tuh! 😥

😳😳😳 amboi, Aida.
panjang nyer mukadimah 😃😆😆.
👇👇👇 picture of my handwriting.

salin resepi dari mana ntah 😅.
ni tulisan yg kerap dilihat lah ye.
dlm list nak shopping brg dapur, list nak suruh anak-anak buat apa-apa,...

Blogger Challenge No. 3 | Picture of your handwriting
selain dari blog, yg umpama diari maya saya...
saya seseorang yg mencatitkan semua di diari rasmi.
mudah kemudian-kemudian nak refer keberadaan saya, jika perlu.
tulisan saya versi yg rasmi.

Blogger Challenge No. 3 | Picture of your handwriting
lastly, tulisan saya pagi tadi.
skit jer lah saya dpt paparkan ye. rahsia pekerjaan! 😆😆😆
sambil bos berckp, mata tgk dia tapi tgn menari-nari tulis pe yg disampaikan.
sebolehnya nak salin pe yg kuar dari mulut dia sepenuhnya. namun, x mungkin lah kan...
tu yg digantikan dgn anak panah, sempang, tanda soal... tanda seru pun ada 😂.

yes. tulisan saya kecik-kecik jer.
kalau besar, tgn saya penat! ha ha ha ha ha...