Thursday, July 11, 2019

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi

assalamualaikum 😊.

selamat pagi.
apa khabar semua?
hari ni saya bersemangat masuk ofis.
tiada apa-apa yg penting, just nak rasa 'wow' bila melangkah masuk bilik baru ni. 
nak berkemas skit.
bersihkan bilik. wangi kan bilik. letak perhiasan serba sedikit. then baru ada 'jiwa' kan.

tadi, sebelum jejak kaki ke ofis, sempat beli nasi lemak bungkus.
utk sarapan.
bila dinner awal, gini la jadik nyer, lapar awal.
sedang tunggu nasi lemak dibungkus, terpandangkan cakoi di atas meja penjual.
tetiba...
terimbau kenangan makan cakoi di UNIKEB, bangi.
mujur lah korek-korek phone, ada snap gambarnya.

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi
comel lote cakoi nyer... senang nak makan.
ni cakoi original - 5 pcs RM2. saya biasa beli RM4.
beli dan makan panas-panas dlm kereta, on the balik Melaka. kenyang!

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi
UNIKEB. org bangi surely familiar sgt lah building ni.
di luar UKM. saya memang biasa sarapan & lunch kat sini sepanjang 22 bulan belajar di UKM.

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi
senarai harga.
nak snap molek-molek tak sempat, beratur panjang di tghari 😅.

Rindu Makan Cakoi | UNIKEB Bangi
cakoi cheese. cakoi coklat. cakoi coklat cheese pun ada tau 😍.

kalau takde hal, takkan la jejak lagi ke sini.
nearly end of the year, in shaa Allah, konvo, nak terjah beli seplastik dua.
saya sejenis yg prefer makanan-makanan melayu gini. berbandinglah dgn nugget tu kan.
better la saya belikan anak-anak cakoi ni.
ringan.
rangup.
sedap.
panas-panas 😋.

itulah kisah kerinduan di pagi hari.
moga berjumpa lagi lah wahai cakoi UNIKEB.
hi hi hi hi 😄...

23 comments:

  1. Mrs. A pun suka cakoi yang original makan panas-panas.
    Tapi sekarang cakoi dah berinovasi ada cakoi cheeselah, cakoi coklatlah macam-macam pilihan lagi yang sesuai ikut selera dan usia masing-masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. ikut selera memasing.
      aida masih maintain suka cakoi ori.
      panas-panas. rangup-rangup.

      Delete
  2. Replies
    1. sedap, syaza.
      lebih sedap makan rebut-rebut dgn anak-anak :)
      hmmmm memang kena pusing balik, beli sebungkus lagi hi hi hi hi hi...

      Delete
  3. comei2nya cakoi tuh kak... dana suka makan cakoi cicah kuah kacang... sedap betul rasanya
    aiyan pun suka cakoi time panas2 tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt comel, dana.
      yes. kat area umah akak, cicah sambal or kuah berlada.
      ada juga dgn kuah kacang, just sgt jarang jumpa.
      cakoi UNIKEB ni cicah kuah pandan. sedap!!! manis-manis.

      Delete
  4. Sedapnyaaaaa cakoi tu terliur pula tengok 😬

    ReplyDelete
  5. comelnya cakoi dia.. senang nak makan..
    Sha suka makan dengan sambal tumis..

    ReplyDelete
  6. wah terliur . kecik2 comel macam tu banyak nak kena ngap tu.hehehe

    ReplyDelete
  7. Suka gak makan cakoi tapi suka yang plain panas-panas tu...

    ReplyDelete
  8. kalau ke ukm xpernah pulak singgah sini. boleh cuba lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali, singgah la fiza.
      kudapan dlm kereta :)

      Delete
  9. sedapnya cakoi...dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  10. Yes2.. mmg familiar sangat area situ. nak pergi kelas mmg ulang alik situ. hehe

    ReplyDelete
  11. Adeh, terliur pulak tengok cakoi tue walaupun saya bukan penggemar cakoi..

    ReplyDelete
  12. Wah mcm2 jenis cakoi ya.. Siap ada cheese lagi naa.. Mmg ada variasi yg best2 kan.. Saya suka gak makan cakoi ni.. Layannnn

    ReplyDelete
  13. Hai Aida, semoga diberikan kesihatan yang baik ...sedap cakoi ni panas-panas selalu beli kat pasar malam ....kalau makan lambat dah sejuk kurang kick nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt la btul.
      da sejuk, kekadang akan liat!
      tak syok, kan.

      Delete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.