Saturday, July 20, 2019

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

assalamualaikum 😊😊😊

bersiaran dari rumah dah.
kelmarin da selamat sampai Melaka, lebih kurang jam 11 mlm.
hu hu hu seharian perjalanan dari langkawi. 8 pagi da mulakan perjalanan. hampir 15 jam perjalanan!!!!
akibatnya, semlm demam urat!!! dpt la MC sehari. seharian la semlm berehat, makan ubat ikut time.

belek-belek blog jap. terfikir apa la nak dibebelkan dlm blog kecik molek ni.
hmmmmmm jom la share jap pasal makanan korea yg pedas teramat nih!
lama dah kot viral pasal ramen pedas teramat ni!
hinggakan sana sini ada challenge makan ramen hu hu hu hu...
hmmmmm saya ni sgt la tak berminat nak mencuba.
masih kolot dgn maggi kari tu hah...

sehinggalah baru-baru ni, kak Nurin dan Syuhada yg membawa masuk samyang ramen ni ke rumah 😅.
sungguh kuat la penangan kpop ni. diorang beli di 7eleven.
bukan setakat drama nyer, lagu nyer... mee segera nyer pun anak-anak saya berjaya pengaruhi si ibu kolot ni membeli.
diorang bercerita, kawan-kawan ada yg bawa ramen ni ke sekolah.
ramai-ramai share makan. hmmmmm...

mahal!!! tak patut betul harga gitu. adakah sebab ia diimport jauh dari korea? mungkin...
ikutkan hati, tak payah la beli anak-anak oiiii...
harga nyer lebih mahal dari harga sepinggan nasi ayam! tak berbaloi!!!
tapi beli la jugak kerana kehendak anak-anak dara berdua tu lah...


Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !
first try, diorang beli packaging hitam (hot chicken) dan kuning (ada flavour cheese).

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

ia adalah seumpama mee segera yg lain-lain. 
lembutkan mee segera, toskan dan campurkan dgn serbuk perisa. gaul sebati.
just yg saya nampak perbezaan, mee segera nyer tu kenyal! tebal! tak lembik...

tapi ya Allah, pedasnya. memang berpeluhlah dahi. pedas semcm lah 😖.
cannot go! bila terlalu pedas, saya tak dpt nak menikmati sgt kesedapannya.
boleh dikatakan sedap lah. perisa yg unik.
terutama yg ada rasa cheese tu kan. perisa yg unik. tapi pedas!!!

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !
last week, mr.asben beli yg packaging merah ni.
hot chicken 2x pedas 😳😳😳. saya tgk perkataan tu pun da terasa panas lidah ni.

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

memang la pedas ooiii 😩😩...
saya sanggup 2 kali suap jer. hu hu hu hu hu not my taste lah pedas teramat gini.
lebih rela makan maggi kari potong cili padi, dari makan samyang ramen ni.
takde nikmat nyer kalau dah pedas sgt 😭😭😭.

tapi tu la. my 💙 mr.asben selamba jer makan packaging merah ni.
dia makan relax. tak minum air walaupun seteguk. muka dia aman jer dari start makan hingga la ke suapan terakhir.
😒😒😒 power betul lah anak nismilan ni ekk.

dipendekkan cerita, pendapat saya :

  1. mesti cuba. 
  2. berbaloi mencuba (tapi tak nak repeat dah la 😩)
  3. mahal sgt!!!
😏😏😏 sekian laporan dari korea lah sangaaaattt 😄.
selamat berhujung minggu ye.

27 comments:

  1. ahahaha, samyang ni sedap.. awal2 makan dulu punyalah letak cili semua.. bertong-tong air ekin minum nak hilangkan pedas.. pastu dah lama2 ni, ekin letak setitik dua je cili dia , asal ada rasa je.. ahahaaaa

    ReplyDelete
  2. Saya tak makan sebab tak tahan pedas.

    ReplyDelete
  3. Mama dah Cuba.. Evert time makan mesti sakit perut huhu

    ReplyDelete
  4. Suami PC yang kuat dan suka pedas pun dia taknak makan..sebelum ni kawan PC makan..warded..berak darah..mungkin mulut tahan tapi perut tak tahankan..apa pun itu asbab.Bila PC cerita dengan suami..PC nak beli pun tak dibaginya sebab nanti rugi siapa nak habiskan.hehehehehe.

    ReplyDelete
  5. Satu-satunya makanan Korea yang tak akan Sha cuba.. Mahu terbaring lepas makan nie nanti.. Perut dah nipis nak makan yang pedas-pedas ini.. hehehe

    ReplyDelete
  6. sampai sakit ni...uissshhhh bahaya tu

    ReplyDelete
  7. Ju dah lama beli...dok atas almari dapur je...ntah lah x onz onz lg nak try makan cm ne rasa...asyik2 lupa haha

    ReplyDelete
  8. sy tgk je laa kot... mmg x kn mkn. sbb jenis perut yg sgt sensitif makanan pedas... hehehe

    ReplyDelete
  9. sy tak pernah mkn sebarang mee yang pedas viral ni. sbb sy mmg tak makan pedas, tak nak amik risiko sakit perut...so hanya mampu tgk adik beradik makan

    ReplyDelete
  10. Rabia x mkn pun. Sebab ada gastrik . Setakat ni mkn Maggi kari je

    ReplyDelete
  11. Hahaha yes not worth the hype �� Mahai and bab sedap tu sos dia sedap tapi mee dia kureng. But not good also lah kalau makan pedas2 ni.

    ReplyDelete
  12. jadi mahal sebab mi dia kenyal pastu banyak. Memang kenyang sangat kalau makan ramen samyang ni. Suka makan yang hitam dengan merah, yang kuning tu tak try lagi. Kalau nak kurangkan pedas dia, kena tumis kak pastu letak bahan lain baru sedap dan boleh dimakan hihi

    ReplyDelete
  13. wahh teringin nya nak makan lagi! saya boleh makan , tapi tak boleh terlampau kerap. haha bila rasa mcm nak makan,baru lah beli. :)

    ReplyDelete
  14. hahaha..memnag pedas giler..nad kalau makan ni makan berdua dengan anak buah..hahaa..tak boleh makan sorang..panas perut..biaslah nak rasa juga kan megi korea ni..haha

    ReplyDelete
  15. Dalam almari ada lagi berpaket paket. Ingat boleh tahan sb kalau masak pun selagi tak pedas selagi tu lah letak cili padi, tapi yg ni pedas dia lain macam..Berpijau mulut dibuatnya..hehehe

    ReplyDelete
  16. Uppss, takut makan kalau terlalu pedas :D

    ReplyDelete
  17. Kita awal-awal dah serender daripada makan Samyang pedas-pedas ni sebab kita sayang kat perut kita hehehe nak guna lama jadi kena jaga tak apa lah orang lain makan untuk kita dan kita mampu tengok jer wakakakaka...

    ReplyDelete
  18. Perut kita
    Mmg x tahan pedas. Boleh muntah balik dan kita jadi x appreciate apa yg dimakan. Sekrang mmg trend makan pedas2 kan hehe

    ReplyDelete
  19. Nampak sedap sangat tapi tu la memang tak boleh p kat tekak ni. Adik perempuan sorang tu asyik makan hat ni je...yg pedas tu..teliuq juga setiap kali tgk dia makan...

    ReplyDelete
  20. Sama lah kita, Maggi Kari jugak yang sedap, letak pulak telur gedik, memang tak pandang lain dah haha. Dahla spesis tak tahan pedas, kalau makan ni confirm berair mata hihi

    ReplyDelete
  21. Selalu kat YOutube korean pedas challenge ni, macam teringin jugak nak rasa, boleh ke?Takut masuk ke hidung cam makan wasabi haha
    Boleh Ke Buat Duit Dengan Menulis DiBlog?

    ReplyDelete
  22. Seriouslah pedas sangat ? Teringin nak cuba tapi takut xboleh tolerate kepedasannya tu. Pedas yg boleh dimakan lagi sy okay tp kalau terlampau pedas takut perit perut nanti dibuatnya.

    ReplyDelete
  23. Rawlins sejenis yang tak makan pedas maka segala challenge melibatkan kepedasan - NO THANKS. Memang Rawlins tengok je - walau seurat pun tak akan makan hahaha

    ReplyDelete
  24. Arghhh my fav ramen. Yang cheese tu rasanya die punya spicy very mild. Tak sepedas original tu. hehehe.

    ReplyDelete
  25. Emi biasa kalau teringin, makan yg pek warna kuning tu je. Yang tu kurang pedas, lagipun perencah dia tak letak semua. Heheh

    ReplyDelete
  26. These are my favorite, feeling so hungry now looking at these huhuhu later shall stock up some at home.

    ReplyDelete
  27. Well kena cuba la walaupun mahal tapi sekali pun tak pe kan, i like the hot chicken 2x pedas baru ada umphhh

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.